Oleh: Mohd Fadzlee Ahmad @ Post-Malayism
Nota perkongsian falsafah, mengkaji bentuk pemikiran tokoh pemikir Indonesia, Saudara Tan Malaka @ Sutan Ibrahim (1897-1949). Kajian berpandukan teks/buku berjudul Pemikiran Politik Tan Malaka (Jalan Penghubung Memahami Madilog) yang ditulis oleh Safrizal Rambe cetakan 1, Februari 2003 penerbit Pustaka Pelajar Celeban Timur, Yogjakarta 55167. Buku ini akan dijadikan sumber pengisian fenomenologi (Phenomenological Content) di dalam fondasi asas mengkaji dan memahami bentuk pemikiran Tan Malaka.
Perkongsian ini akan lebih bertumpu kepada bentuk pemikiran falsafah politik beliau, yang dinamakan Madilog (Materialism – Dialektika – Logika), iaitu satu resolusi dan manifestasi pemikiran di dalam misi dan visi perjuangan Tan Malaka,
Konseptual Pemikiran Falsafah Politik Tan Malaka @ ‘Tan Madilogi’ → (Struktural Model Bentuk Pemikiran atau Filsafat Politik Tan Malaka).
Apakah itu ‘Tan Madilogi’?
Tan Madilogi adalah satu kajian bentuk dan kaedah pembentukkan bentuk pemikiran Tan Malaka, iaitu suatu kajian bentuk intiusi sistem pemikiran beliau melalui:-
- Melihat cetusan idea (manifested thought’s) di dalam perspektif fenomenologi keberadaan ketika itu (Konflik, Permasalahan dan Dilema Indonesia sebelum mencapai kemerdekaan 1946).
- Melihat konseptual beliau dalam menginterpertasi dan menterjemahkan nilai kefahaman beliau terhadap fenomena yang berlaku.
- Melihat operasi minda beliau (mind functioning) di dalam meng-inkapsulasi dan meng-formula-kan penyelesaian pada ketika itu. Serta membentangkan proposisi dan argumentasi dengan kajian penelitian terhadap aspek-aspek di dalam kajian metodologi falsafah (A) Order Fenomenologikal, (B) Prinsiplal dan Variasi Ontologikal, (C) Nilai Epistemologikal dan (D) Aksiologikal (Nilai Akhir → Matlamat dan Visi) bentuk pemikiran Tan Malaka (The Mind of Tan Malaka’s).
PEMBENTANGAN DAN PENELITIAN KAJIAN BENTUK DAN KAEDAH PEMBENTUKKAN BENTUK PEMIKIRAN TAN MALAKA (TAN MADILOGI).
Interpertasi Kefahaman dan Kajian Kaedah Falsafah ini bersumber dari teks Bab 3 Materialisme Dialektika Logika: Kunci Memahami Pemikiran Tan Malaka (m/s 87 sehingga m/s 190) dan Bab 4 Revolusi Indonesia Dalam Pandangan Tan Malaka (m/s 191 sehingga m/s 250).
A. KAJIAN BENTUK FENOMENOLOGI → INDONESIA SEBELUM MENCAPAI KEMERDEKAAN 1946.
Bagaimanakah Tan Malaka melihat keadaan rakyat dan sistem pemerintahan ketika itu? Bagaimanakah Tan Malaka mendefinisikan serta menghuraikan situasi pemfaktoran lapangan sosial, politik, ekonomi dan budaya kemasyarakatan (Sistem Kepercayaan dan Sistem Pemikiran) bangsa Indonesia ketika itu?
Tan Malaka menerjemahkan keadaan kemasyarakatan dan kenegaraan Indonesia pada ketika itu sebagai suatu kisah penindasan kuasa politik & ekonomi serta suatu doktrinasi budaya pemikiran, sepertimana yang beliau menerjemahkannya di dalam ‘Hikayat Perbudakan’. Hikayat Perbudakan mengambarkan satu episod lama, di mana kemasyarakatan Indonesia masih lagi dijajah, iaitu pemfaktoran penjajahan/doktrinasi dalam 2 bentuk:-
- Sistem pemerintahan penjajah kolonial
- Doktrinasi pemikiran/ kepercayaan melalui Sistem Keagamaan.
PROPOSI DAN ARGUMENTASI INTERPERTASI OLEH TAN MALAKA
- PEMFAKTORAN FAKTA SISTEM PEMERINTAHAN PENJAJAHAN KOLONIAL (COLONIAL SYSTEM).
a. Revolusi Indonesia (Revolusi Nasional dan Revolusi Sosial)
a.1. Api Kebangkitan Revolusi → Tan Malaka melihat fenomena implikasi kepada peperangan Dunia Kedua, membawa kepada semangat kemerdekaan Indonesia. Keunikan geopolitik Indonesia, yang memiliki kepelbagaian bangsa, latar kepercayaan dan landskap minda yang berbeza, membuatkan terma ‘Revolusi Nasional’ adalah fondasi perkumpulan dan penyatuan bangsa di dalam melepaskan diri dari kawalan imperialis. Permulaan kepada pengujudan semangat nasionalisme atau ‘Rakyat Indonesia’.
a.2. Permasalahan Kelas di dalam proses mencari erti Kemerdekaan Yang Tulen → Ujian terbesar di dalam gerakan revolusi kemerdekaan Indonesia adalah sikap dan tindakan berkumpulan yang berbeza latar kepercayaan dan pemikiran bagi menjaga kepentingan dan tradisi masing-masing.
- Permasalahan Revolusi Nasional → Permasalahan Model atau kerangka Sistem yang akan dicadangkan dan diimplementasi sebagai suatu kaedah sistem tadbir urus Negara.
- Permasalahan Revolusi Borjuis → ‘Dual Participator Problem’ iaitu kesan timbal balik di antara pertarungan kelas (Feudal vs Borjuis).
- Permasalahan Revolusi Proletar → Adakah Golongan Proletar mampu dan Berjaya membebaskan dirinya dalam erti kemerdekaan yang sempurna? Adakah Golongan Borjuis yang disokong oleh golongan Proletar di dalam revolusi Nasional mempu membawa pratikaliti idea asas komunisme ke arah mayarakat yang bersifat sosialistik?
a.3. Kemerdekaan 100% Indonesia, ‘Memperkuat Kemerdekaan Republik’ → Satu perjuangan Revolusi Sosial (Permodenisasian Rakyat), iaitu membebaskan segala doktrinasi/sistem pemerintahan imperialis yang hanya membawa keuntungan kepada sesetengah pihak serta satu proposisi kepada budaya pemikiran yang moden, iaitu rasional dan pratik tanpa ada ganguan dari pihak penguasa sistem serta kepercayaan agama.
b. Sistem Hukum Tubuh Kenegaraan ‘Soviet’ atau ‘Parliament’.
Tan Malaka memiliki satu gaya penelitian kognitif dalam menganalisa pergerakan dan perkembangan politik seluruh dunia. Ini boleh dilihat melalui perspektif beliau terhadap Sistem Hukum Tubuh Kenegaraan ‘Soviet’ atau ‘Parliament’.
Tan Malaka menegaskan model ‘Parliament’ yang mengunakan sistem perwakilan hanyalah suatu ‘perkakas’ atau ‘alat’ golongan pemerintah. Sistem ini hanya memberi kelebihan kepada golongan kapitalis, di mana sistem ‘Parliament’ juga dapat dilihat sebagai satu sistem peninggalan imperialis, dan juga sebagai satu Alat-Penjajahan bagi bangsanya (Rakyat Indonesia).
Berbanding dengan Sistem “Soviet” atau Dewan Rakyat, menurut perspektif Tan Malaka, ‘Organisasi Rakyat’ adalah satu-satunya jalan untuk merealisasikan sosialisme yang dicita-citakan. Berpegang teguh kepada tema asas foundasi sosialisme: Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu (All for One, One for All).
- PEMFAKTORAN FAKTA DOKTRINASI PEMIKIRAN/KEPERCAYAAN MELALUI SISTEM KEAGAMAAN.
- Permasalahan Kepercayaan Mistik, Hinduisme dan Ajaran Kejaweng (merujuk kepada budaya Masyarakat Minangkabau).
- Permasalahan Sistem Pengurusan Ke-Agamaan, (Sistem Kasta) serta Permasalahan Nilai Metafizika di dalam Sistem Keagamaan yang Tidak boleh dibuktikan menggunakan logika melalui nilai-nilai Empirikal.
B. KAJIAN BENTUK ONTOLOGI → ALIRAN DAN BENTUK PEMIKIRAN (MODEL KEPERCAYAAN DAN MODEL PEMIKIRAN) TAN MALAKA (THE MIND OF TAN MALAKA’S).
Suatu penelitian kepada bentuk pemikiran Tan Malaka dengan melihat pemfaktoran fakta ontologikal (1) di dalam aliran pemikiran (fahaman) serta (2) transformasi dan transmutasi di dalam Aliran Pembelajaran dan Aliran Keilmuan yang membentuk ideologi pemikiran Tan Malaka, dan akhir sekali (3) kajian bentuk falsafah pemikiran Tan Malaka atau Filsafat Politik Tan Malaka ‘Tan Madilogi’.
PROPOSI DAN ARGUMENTASI DIDALAM PERJALANAN KEHIDUPAN TAN MALAKA (EKSISTENSI)
1. PEMFAKTORAN FAKTA MODEL PEMIKIRAN DAN MODEL KEPERCAYAAN MELALUI ALIRAN PEMBELAJARAN SERTA PENGARUH TOKOH-TOKOH PEMIKIR (AHLI FALSAFAH).
- 1.1. Pendidikan Awal dan Menengah Tinggi
- Mempelajari Ilmu Pendidikan Agama dan Seni Persilatan. Pada tahun 1908, beliau didaftarkan ke Kweekschool (sekolah guru negara) di Fort de Kock. Bukit Tinggi, kemudian memyambut pembelajarannya di Rijkskweekschool (sekolah pendidikan guru pemerintah Belanda), pada Oktober 1913, beliau menyertai Sociaal Democratische-Onderwijzers Vereeniging (Asosiasi Demokrat Sosial Guru) dan menerima ijazahnya yang disebut hulpactie (relief action) pada November 1919.
- 1.2. Pengaruh daripada Ahli Falsafah Barat
- Semasa kuliah (persekolahan), pengetahuannya tentang revolusi mulai meningkat setelah membaca “de Fransche Revolutie”, setelah berakhirnya Revolusi Rusia pada Oktober 1917, beliau dilihat terpengaruh dengan fahaman komunisme dan sosialisme, Tan Malaka membaca karya-karya Karl Marx, Friedrich Engels, Vladimir Lenin dan Friedrich Nietzsche sebagai kajian di dalam pembelajarannya (pengetahuan).
- 1.3. Perkembangan Budaya Falsafah/Pemikiran Serta Pemerintahan Islam
- Tan Malaka amat menyanjungi Ahli Fikir Islam Ibnu Rusyd serta konsep ‘Muttazillah’ yang digunakan semasa tampok pemerintahan Islam zaman khalifah Al Ma’mun 198-219H/ 813-833M).
2. PEMFAKTORAN FAKTA MODEL PEMIKIRAN DAN MODEL KEPERCAYAAN MELALUI PENGALAMAN DAN PERGERAKAN POLITIK SEMASA AWAL REVOLUSI INDONESIA.
- 2.1. Pengalaman Berkerja
- Menerima tawaran Dr. C.W. Janssen untuk mengajar anak-anak kuli di perkebunan teh di Sanembah, Tanjung Morawa, Deli, Sumatera Utara. Semasa di sana Tan Malaka juga menulis beberapa propaganda subversif untuk para kuli, dikenal sebagai Deli Spoor.
- 2.2. Mendirikan Sekolah Sendiri
- Pada tahun 1921, beliau mendirikan sekolahnya sendiri di Semarang (SEKOLAH SERIKAT ISLAM SEMARANG).
- 2.3. Menceburi bidang Politik dengan bantuan rakan-rakan
- Menceburi bidang politik melalui pertolongan rakannya iaitu Tjokroaminoto, Semaoen dan Darsono.
- 2.4. Terlibat dengan Gerakan Revolusi serta Menubuhkan Parti
- Mendirikan sebuah parti bernama Parti Republik Indonesia (PARI) pada tahun 1927.
3. KAJIAN BENTUK EPISTEMOLOGI → FORMULASI STRUKTURAL LOGIKA MADILOG DAN NILAI FILSAFAT POLITIK TAN MALAKA MADILOG.
Secara asas, penilaian terhadap MADILOG menurut penulis buku, Pemikiran Politik Tan Malaka (Jalan Penghubung Memahami Madilog), Safrizal Rambe menyatakan MADILOG adalah merupakan hasratnya untuk Indonesia. Ianya adalah berbeza dengan fahaman barat, ia menuntut ketaatan pembaca.
“Madilog versi Tan Malaka adalah imbauan seorang nasionalis untuk bangsanya dapat membebaskan diri daripada keterbelakangan dan kemunduran”.
Apakah itu Madilog dan Nilai Implementasinya?
Madilog adalah singkatan kepada Materialisme Dialektika dan Logika di mana ia adalah Model Filsafat Pemikiran Politik (Falsafah Politik) Tan Malaka. Ia bertujuan sebagai suatu model penyelesaian konflik, permasalahan dan dilema bangsanya (sosio-politik, ekonomi, serta budaya pemikiran & kepercayaan). Nilai Implementasi secara kolektifnya adalah untuk merangka dan menjayakan:-
- Visi untuk bangsanya keluar daripada keterbelakangan dan kemunduran.
- Misi untuk Indonesia mencapai Kemerdekaan 100%
FORMULASI STRUKTURAL LOGIKA MADILOG – The Manifesto of MADILOG (Manifesting of Order – Formula of Understanding (Principle and Variable)).
- ‘Madilog’ oleh Tan Malaka berbeza dengan ‘The Communist Manifesto’ oleh Karl Marx & Friedrich Engels
- Walaupun kelihatan ada nilai persamaan dari segi teori ‘Dialektika Material’, tetapi implementasi dan struktur sistem penyimpulannya adalah berbeza; kerana adanya perbezaan daripada segi nilai fenomenologi dan budaya tempatan. (Kesamaan Perbandingan pada Nilai Terhampir Marxis-Leninsim & Ketidaksamaan Perbandingan pada Nilai Terhampir Komunis Internasionalis).
- ‘Dari Madilog ke Murbanisme’ → Madilog adalah cetusan ideologi Tan Malaka
- Satu konseptual model yang boleh diguna pakai sebagai kaedah untuk mencipta satu perubahan (modenisasi) dan mencapai matlamat kemerdekaan bagi bangsanya (Indonesia).
- Cetusan Ideologi atau Filsafat Politik Tan Malaka ini diimplementasi dan dipraktikan secara menyeluruh oleh Gerakan Parti Murba, di mana dasar penubuhan Gerakan Politik Parti Murba ini, adalah 100% bersandar pada nilai epistemologi Madilog atau kaedah berfikir Madilog yang diterbitkan oleh pemikiran Tan Malaka.
-
- Pergertian Murba adalah Musyawarah Rakyat Banyak, Partai Murba ditubuhkan pada 7 November 1948 oleh Tan Malaka, Chaerul Saleh, Sukarni dan Adam Malik.
-
- Menterjemahkan nilai ideologikal Madilog (Nilai-Nilai MADILOGis) oleh Tan Malaka dengan menerapkan sepuluh titik pedoman Dasar Moral Revolusioner KE-MURBA-AN sebagai teras (manifesto) di dalam menjalankan visi dan misi gerakan revolusioner. Mengambil contoh perkara kesembilan dan kesepuluh di dalam manifesto Murba:-
-
- Perkara Kesembilan → Membuktikan perlaksanaan CARA-BERFIKIR dan CARA-KERJA yang tertentu dan teratur (bersistem dan berencana) dalam hubungan pembagian kerja antara ahli parti.
- Perkara Kesepuluh → MEMILIKI KEMAMPUAN untuk mendisplinkan diri sendiri untuk bekerja serta kerja perjuangan dan dalam pergaulan perhubungan kawan sama kawan, dengan semangat dan jiwa revolusioner ke MURBA-AN, berdasarkan pedoman pandangan hidup yang MADILOGis. (Huruf besar sesuai dengan aslinya).
4. KAJIAN BENTUK AKSIOLOGI → NILAI KOLEKTIF (NILAI AKHIR) MENGIKUT KESESUAIAN MASA SEKARANG FILSAFAT POLITIK TAN MALAKA MADILOG.
“True is Not Truth, Truth is Relevant” (Knowledge of Certainty) → Maka penelitian terhadap pemfaktoran fakta Nilai Aksiologi dikatologkan seperti berikut sebelum Nilai Kolektif (Nilai Akhir) Pemikiran Tan Malaka atau Tan Madilogi (Model Filsafat Politik Tan Malaka) dirumuskan.
Peng-indeks-an Nilai Kolektif Model Pemikiran Tan Malaka.
- Apakah itu Tan Madilogi?
- Kaedah Pemikiran ‘Berfikir’ Tan Malaka → Materialisme. Dialektika. Logika (MADILOG).
- Apakah Ideologi Tan Madilogi?
- Untuk Membawa Bangsanya Keluar Daripada Keterbelakangan Dan Kemunduran, (Me-modenisasi Pemikiran) melalui kaedah berfikir MADILOGis.
- Apakah Fahaman Tan Madilogi?
- MURBANISME: Satu Aliran Anutan Pemikiran Filsafat Politik Tan Malaka. Satu aliran kefahaman ‘Modenisasi’ (yang dipengaruhi oleh tradisi dan budaya falsafah barat). MADILOG dianggap ‘buah tangan’ beliau untuk masyarakat Indonesia selepas pulang dari Eropah.
- Apakah Doktrinasi Tan Madilogi?
- Penyebaran dan pendoktrinasian Pemikiran Rakyat Indonesia adalah melalui penerapan Nilai ideologi Madilog (Nilai-Nilai MADILOGis) di dalam resolusi sepuluh titik pedoman Dasar Moral Revolusioner KE-MURBA-AN, ‘Partai Murba’ adalah agen Pembawa dan Penyebar Tan Madilogi (Pemikiran Tan Malaka).
- Apakah Legasi Tan Madilogi?
- Legasi Tan Madilogi di dalam Gerakan Politik Indonesia berakhir pada September 1965, apabila Parti Murba dibekukan oleh Pemerintah. Namun Legasinya (Tan Madilogi) di dalam dunia pemikiran arena politik dan bidang akedemik (sains politik), masih lagi diguna-pakai, diteroka, dipelajari dan difahami sehingga hari ini.
- Karya-karya penulisan Tan Malaka masih lagi dijadikan rujukan, kajian kes di dalam mempelajari Sains Politik dan Evolusi Pergerakan Gerakan Politik di sekitar Asia Tenggara. Tan Malaka diangkat sebagai salah satu tokoh pemikir (Ahli Filsafat Politik) besar di sekitar rumpun asia tenggara, melalui sistem pemikirannya (Tan Madilogi).
NILAI KOLEKTIF (NILAI AKHIR: AKSIOLOGI) FILSAFAT POLITIK TAN MALAKA MADILOG (TAN MADILOGI) PROPOSISI DARI PERKONGSIAN.
Melihat daripada Legasi yang ditinggalkan oleh Tan Malaka, beliau selayaknya diangkat sebagai ‘Tokoh Pemikir atau Ahli Filsafat Politik’ kerana sumbangan besarnya di dalam sosio-politik-ekonomi, kepada revolusi Kemerdekaan Indonesia, mahupun pergerakan revolusi Kemerdekaan Malaysia. Beliau boleh dianggap tokoh ‘permodenan pemikiran’ dengan memperkenalkan konsep dan kaedah berfikir yang lebih rasional dan empirikal.
“Pengenalan kepada Pemikiran Tan Malaka adalah ‘pemulaan’ bagi menghadapi peralihan (paradigm shift) di dalam revolusi pemikiran, sebagai satu persiapan untuk menempuh era ‘Post Modernisme’ pada masa akan datang”.
Sekian, Terima Kasih. Salam
*nota ini pernah dibentangkan di KuBu (Kuliah Buku) pada 29 Januari 2016 (jumaat).