Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Nelayan Kg. Perigi Aceh Dizalimi Industri Perkilangan
  • »
  • Alam Sekitar, Berita, KARYASAMA, Masyarakat
  • April 20, 2021April 20, 2021
  • 1

Nelayan Kg. Perigi Aceh Dizalimi Industri Perkilangan

Oleh: Iltizam Iman Abd Jalil

PASIR GUDANG – Kelmarin, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) mengadakan Lawatan Tinjauan ke Selatan Johor. Di bawah program Latihan Aktivis Alam Sekitar ke-9 (LASAK 9.0), mereka melawat ke Kg. Perigi Aceh untuk mengenal pasti potensi dan permasalahan di persekitaran tersebut.

Kehadiran mereka disambut mesra oleh komuniti tempatan. En. Othman, Ketua Kampung Perigi Aceh juga turut bersama ketika itu. Beliau yang dikenali sebagai Othman Adon, seterusnya berucap membentangkan permasalahan yang terdapat di sekitar kampung mereka.

Berdasarkan sumber kami yang hadir bersama ketika itu, En. Othman Adon banyak membentangkan masalah pencemaran sungai yang memberi kesan kepada sumber pendapatan nelayan.

Menurut beliau, sekarang ini satu-satunya peluang pekerjaan yang ada untuk orang kampung (nelayan) hanyalah industri perkilangan. Kilang-kilang yang ada di sekitar bertumbuh pesat, sedang membuka lebih banyak ruang pekerjaan.

Tetapi kepesatan industri yang masuk, membuatkan nelayan asal semakin terasak. Sungai yang menjadi sumber pendapatan mereka dicemari aktiviti perkilangan. Menurut beliau lagi, keadaan Sg. Daeng, Sg. Kopok sehinggalah ke Sg. Kim Kim berada dalam keadaan yang sangat merisaukan, dalam setahun nelayan terpaksa berhadapan dengan keadaan sungai tercemar sebanyak 12 kali, di mana airnya berwarna hitam-kehitaman dan ikan akan timbul mati.

Sumber gambar: BERNAMA

Beliau menyatakan bahawa orang laut Seletar berdekatan Kg. Pasir Putih juga menerima kesan yang sama seperti nelayan kampung mereka, terjejas teruk akibat perindustrian tidak terkawal yang menyebabkan pencemaran sungai dan laut.

Laluan sungai ini pernah menjadi lubuk ikan dan udang yang mewah buat nelayan suatu ketika dahulu, keadaannya bersih dan airnya segar. Sayangnya, sekarang nelayan sendiri dijangkiti penyakit kulit selepas pulang menangkap ikan. Apabila air surut, jelas pencemaran sungai kelihatan.

Menurut En. Othman lagi, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya mengambil sampel air pada waktu air pasang, yang mana tidak menunjukkan realiti sebenar keadaan sungai ini. Beliau menyarankan keadaan ini dapat ditinjau oleh Tunku Idris Iskandar agar dapat mendekati lebih lanjut permasalahan rakyat jelata yang berkait dengan sungai dan pantai. Alam sekitar memerlukan pembelaan.

Beliau menambah, bahawa pengambilan sampel air harus dilakukan sekali lagi oleh JAS terutamanya sampel sewaktu air surut, dan masyarakat harus membantu JAS dalam proses pengambilan sampel tersebut. Ini kerana, masyarakatlah yang paling sedar tentang keadaan persekitaran mereka; apa-apa berlaku, orang kampunglah yang pertama sekali akan menanggung kesannya.

Dalam laporan Berita Harian pada 22 Julai 2019, bertajuk 16 Sungai Nazak, mereka meninjau sepanjang sungai Johor dan mendapati sekurang-kurangnya keadaan pencemaran 16 buah sungai di sini semakin kritikal dan gagal ditangani oleh pihak berkuasa.

 

Baca seterusnya: Lesen Nelayan Membebankan Nelayan

Tags: Johor, Kg. Perigi Aceh, Pencemaran

Editorial

  • KWP bakal wujud kebun komersial skala besar, bantu gelandangan jana pendapatan
  • Lesen Nelayan Membebankan Nelayan

Jemput baca

Pementasan Sidang Ruh, The Wall Batu Pahat

  • July 8, 2022January 21, 2023
  • 0

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

One Comment

  1. Lesen Nelayan Membebankan Nelayan Lesen Nelayan Membebankan Nelayan KARYASAMA

    April 20, 2021 at 8:23 am
    Reply

    […] Alam Sekitar ke-9 (LASAK 9.0) anjuran Persatuan Sahabat Alam (KUASA), laporan lepas boleh dibaca di sini, penduduk Kg. Perigi Aceh juga mengeluarkan rasa kecewa terhadap sistem pengurusan permohonan lesen […]

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.