Skip to content
Laman Utama » Apakah Hanya Ada Satu Jalan Hidup?!

Apakah Hanya Ada Satu Jalan Hidup?!

Oleh: Chi Atman

Mereka selalunya menyalahkan perkumpulan yang spesifik untuk sebuah permasalahan bersistem — Yahudi untuk keuntungan semata-mata kapitalisma, pendatang asing di dalam krisis ekonomi — sama seperti manusia menyalahkan politikus secara individu di dalam korupsi politik. Masalahnya adalah sistem itu sendiri.

Tidak kira siapa pun yang memerintah, mereka tetap menghasilkan kuasa yang tidak seimbang dan tidak ada lansung harga diri. Masalah itu bukannya kerana ia rosak, tetapi memang begitulah sistem itu berfungsi. Musuh kita bukanlah manusia, tetapi institusi-institusi dan rutin yang mengasingkan sesama kita dan diri sendiri.

Garis kesalahan yang sama juga berjalan di dalam tamadun kita melalui persahabatan dan hati kita; melalui perhubungan yang berbeza, cara hidup yang berbeza. Apabila kita tidak mengikuti peranan yang terpaksa kita laksanakan, kita membuka garis kesalahan itu, dan mengajak orang lain untuk membuat pendirian masing-masing.

Perkara terbaik adalah dengan mengelakkan daripada keseluruhan dominasi –tidak mengurus sistem itu untuk menjadi lebih baik, tidak mengubahkan pangkat mereka yang terlibat dan mereka yang menerimanya, tidak menstabilkan sistem dengan mereformasikannya.

Matlamat utama protes adalah tidak meminta lebih banyak undang-undang atau pemimpin, tetapi untuk menunjukkan bahawa kita sendiri dapat bertindak berdasarkan kekuatan kita, menggalakkan mereka yang lain melakukan yang sama dan tidak menggalakkan pihak pemerintah untuk masuk campur. Ini bukanlah persoalan peperangan — konflik yang selari dengan pihak tentera musuh yang tersusun — tetapi lebih kepada ketidak-taatan yang merebak.

Tidak cukup hanya dengan edukasi dan perbincangan, menunggu hati dan fikiran mereka yang lain untuk berubah. Sehinggalah idea-idea diluahkan melalui aksi, berdepan dengan orang lain dengan pilihan yang konkrit, perbincangan kekal sebagai sesuatu yang abstrak.

Ramai manusia bertindak berdasarkan perbincangan teoritikal, tetapi apabila sesuatu terjadi, apabila yang dipertaruhkan menjadi tinggi dan mereka dapat melihat perbezaan yang ketara antara kedua-dua belah pihak yang bertelagah, mereka akan menetapkan pendirian. Kita tidak perlukan kesamaan, juga bukanlah pemahaman yang menyeluruh seluruh dunia, juga bukan sebuah peta jalan untuk betul-betul sampai ke destinasi — cukuplah dengan keberanian untuk,

BERJALAN DI JALAN YANG LAIN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *