Batu Pahat, 5 April – Penduduk di kawasan Batu Pahat dikejutkan dengan insiden banjir kilat akibat hujan lebat yang bermula pada pukul 2:30 petang tadi.
Kebanyakan jalan-jalan utama dalam bandar Batu Pahat sudah tidak boleh dilalui lagi.
Antara jalan-jalan yang dinaiki air adalah Jalan Pegawai(Dataran Batu Pahat), Jln Bukit Pasir, Jalan Rahmat, Jalan Zabedah, Stesen Bas Batu Pahat dan depan Kompleks 2000.
Penduduk-penduduk bandar Batu Pahat atau individu yang ingin melalui jalan tersebut dinasihati supaya berhati-hati dan batalkan aktiviti luar yang berhampiran dengan kawasan-kawasan banjir.