Oleh: Zulfiqar Mohd Yusof
Bangsaku dahulu
sungguh gemilang
digilai Timur dan Barat.
Bangsaku dahulu
gagah perkasa
merentasi Hindi dan Pasifik.
Kini
bangsaku buta
pabila kaca disangka permata.
Bangsaku kian buta
pabila mengangkat kerakusan
berbanding keadilan.
Bangsaku terus buta
tatkala membiarkan korupsi
membenam ketelusan.
Wahai bangsaku!
pecahkanlah kaca
daulatkan keadilan
tarahlah korupsi
jikalau mahu gemilang kembali.