Oleh: Izzat Ibrahim
Hari ini mesin rumput, ada seekor burung tiong ikut belakang. Mungkin cari makanan. Pastu pertama kali nampak rama-rama putih beterbangan.
Sebelum ini upah orang meracun. Memang tak jumpalah suasana macam ni. Huhu. Patutlah rasa macam takde roh.
Tadi bila nampak burung dan rama-rama baru terasa hidup kebun sawit ni. Ada roh. Kalau tidak rasa sunyi je.
Kewujudan haiwan dan serangga dalam kebun adalah kayu ukur tahap hidupnya tanah di kawasan tu. Lagi besar ekosistem dan lagi banyak spesis yang wujud, lagi imarah lah tanah.
Kerana semua haiwan itu akan menjalankan fungsi yang pelbagai. Kegiatan mereka akan memastikan ekosistem tanah terus subur dan lestari.
Kewujudan haiwan ini tak boleh dibuat-buat. Hanya dengan menjalankan teknikal urus tanah dengan betul sahaja akan berjaya memanggil mereka. Teknikal urus tadbir ini boleh dipelajari oleh manusia. Sebagai khalifah, kita memang diberi kemampuan untuk menjaga dan membantu bumi untuk kekal dan kembali hidup.
Antara caranya, perbanyakkan jumlah tanaman seperti pokok bunga dalam kawasan tanah. Setiap pokok akan memanggil haiwan dan serangga yang berbeza.
Mudah kan? Tapi agak mencabar kalau kita nak menghadapi mentaliti tatacara pertanian konvensional dan modern. Sekarang ini mentaliti petani perlu tanam satu jenis tumbuhan. Sebab bagi mereka untuk ‘senang jaga’ dan memastikan produksi tinggi memenuhi pasaran untuk menjamin keuntungan.
Tapi betul kah senang jaga? Betulkah produksi semakin tinggi dan kekal lama?
Pernah sekali saya ikut orang meracun kebun. Saya nampak rama-rama terbang keluar dari kebun. Sedih saya lihat waktu itu dan saya hidupkan enjin kereta lalu pergi.
Fungsi rama-rama itu sangat besar dalam kebun kita. Mereka membantu petani melakukan aktiviti pendebungan. Semakin efektif, semakin banyak keberhasilan tanaman.
Lebih mudah sebenarnya aktiviti bertani apabila kita bersahabat dengan alam tanpa meracunnya. Mereka akan bantu kita semula. Begitulah.
.
Izzat Ibrahim Shamjuddin
Bersahabat dengan alam.