Skip to content
Laman Utama » Merenung Semula Tugas ‘Khalifah’

Merenung Semula Tugas ‘Khalifah’

Oleh: Izzat Ibrahim Shamjuddin

Selesai ikuti program panjat Bukit Payung anjuran PERTISAS, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pemandangan yang menyedihkan apabila melihat sebuah Hutan Simpan Kekal yang diteroka secara haram oleh pengusaha sawit. Sebahagian kawasan pula ditarah untuk dijadikan tempat pelupusan sampah.

Dapat merasai kelainan suasana hutan yang dicipta oleh Allah berbanding ‘hutan’ yang diatur oleh manusia.

Hutan Allah dapat merasakan angin yang damai melalui penebat angin, rasa berseni dengan kepelbagaian tumbuhan, dan rasa selamat dengan tanah yang subur.

Sambil menapakkan kaki saya iringkan dengan doa dan salam perjuangan kepada para tentera, jurutera, arkitek yang terdiri daripada serangga, haiwan dan tumbuhan.

Mereka adalah pekerja Tuhan yang tidak pernah lelah menurut perintah untuk menghidupkan (membaiki) kembali bumi.

Tugas manusia adalah membantu, memimpin dan bekerja bersama-sama dengan mereka (alam) untuk sama-sama menjaga kejadian yang telah sedia ada tercipta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *