2 Jun — Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menafikan kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang mendakwa kerajaan tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk memaksa bank menawarkan moratorium menyeluruh kepada para peminjam.
Dengan keadaan darurat yang masih berkuat kuasa, Haniff mengatakan bahawa kerajaa hanya perlu membuat peraturan darurat yang akan memberi kuasa untuk melakukannya.
Dengan menggunakan kuasa darurat, kerajaan telah menangguhkan prosiding parlimen, meluluskan perbelanjaan tanpa membentangkannya di parlimen, dan membenarkan mengambil alih harta persendirian jika diperlukan untuk membantu mengendalikan pandemik COVID-19 tetapi mengapa tidak pada moratorium menyeluruh kepada para peminjam?
Semua yang dilakukan dibenarkan walaupun nampak seakan-akan salah. Sudah tentu, tidak ada semak dan imbang, tetapi ia dibenarkan dalam keadaan darurat.
“Jadi untuk Tengku Zafrul mengatakan bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa, sama sekali tidak benar. Saya menekankan bahawa itu salah sama sekali. Itu semua adalah pembohongan kepada orang ramai,” katanya pada 1 Jun semalam.
Beliau berkata lagi bahawa peraturan itu dapat menjadi satu peraturan sederhana yang menetapkan bahawa semua perkhidmatan kewangan dengan jumlah tertentu ditangguhkan dalam pembayarannya,denda pembayaran lewat dan sebagainya, untuk jangka waktu tertentu.
“Dengan cara ini, kerajaan dapat memaksa bank untuk memberikan moratorium pembayaran pinjaman dalam apa jua syarat yang difikirkan sesuai, dan ini dapat dibatasi kepada kemudahan tertentu jika diperlukan,” katanya.
Pada 31 Mei, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melancarkan bantuan ekonomi bernilai RM40 bilion yang dinamakan PEMERKASA Plus.
Bantuan ini diumum sebelum sekatan penuh di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), di mana moratorium pinjaman yang disasarkan diberikan kepada kumpulan B40 serta mereka yang kehilangan pekerjaan dan perniagaan kecil yang tidak dapat beroperasi semasa perintah kawalan pergerakan penuh.
Bantuan PEMERKASA Plus ini berbeza dengan moratorium keseluruhan pinjaman yang diberikan kepada orang ramai ketika negara pertama kali di bawah PKP pada bulan Mac 2020.
Pemimpin UMNO, Puan Zarkashi mempersoalkan mengapa kerajaan tidak memberikan moratorium pinjaman menyeluruh kerana sekatan penuh PKP akan memberi kesan pada semua orang.
Tengku Zafrul menjelaskan bahawa moratorium pinjaman yang disasarkan adalah hasil perbincangan antara bank dan Bank Negara Malaysia.
Beliau mendakwa bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk tidak memaksa bank memberikan moratorium menyeluruh.
Sumber : MalaysiaKini