Skip to content
Laman Utama » Lawak Rogol : Saya lakukan ini untuk setiap pelajar, bukan hanya saya – Ain Husniza

Lawak Rogol : Saya lakukan ini untuk setiap pelajar, bukan hanya saya – Ain Husniza

27 April — Seorang remaja perempuan mendakwa bahawa guru lelakinya membuat jenaka mengenai rogol ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sehingga mencetuskan kemarahan di media sosial.

 

“Nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18”.

 

Ain Husniza Saiful Nizam, 17, berkata kata-kata yang tidak menyenangkan itu dibuat semasa pelajar membincangkan tentang topik gangguan seksual semasa kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolahnya di daerah Kuala Selangor pada tarikh 23 April 2021.

“Kami bercakap tentang bagaimana undang-undang melindungi mereka yang di bawah umur 18 tahun daripada penderaan dan gangguan seksual,” kongsi Ain. Kemudian, gurunya berkata, “Nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18”. ”Kalau lelaki yang kena rogol ia tidak akan dilaporkan kerana mereka rasa sedap,” tambahnya gurunya lagi.

Menurut Ain, pelajar-pelajar perempuan di dalam kelas itu terkejut mendengar lawak tersebut, manakala pelajar-pelajar lelaki hanya ketawa mendengarnya.

 

Ain mendedahkan perkara itu di dalam sebuah video di laman media sosial TikTok, yang kemudiannya diciap di laman media sosial Twitter. Ain juga berkongsi tangkap layar di Twitter, yang dilaporkan mengenai aduannya berhubung lawak tersebut kepada kaunselor sekolahnya.

Kaunselor sekolah berkenaan meminta maaf bagi pihak guru lelaki tersebut, namun dia juga memberitahu bahawa remaja lelaki suka bergurau kasar , tetapi tidak menyimpan perkara itu di hati.

Ayahnya, Saiful Nizam Ab Wahab membuat laporan polis mengenai perkara ini pada malam 24 April.

“Pada saya ini sangat mengecewakan apabila seorang guru yang diberikan kepercayaan mendidik anak-anak menjadikan perkara ini seperti hal yang biasa”. “Lebih teruk lagi apabila secara tidak langsung menyuntik pada minda anak-anak muda bahawa merogol itu boleh dilakukan, dan diterima sebagai sesuatu yang normal malah dijadikan bahan lawak semasa mengajar,” kata Saiful.

Beliau menambah lagi, bahawa guru harus lebih sensitif terhadap perkara ini. Beliau juga turut meluah rasa kecewa dengan kaunselor sekolah berkenaan kerana seolah-olah tidak menangani perkara itu.

 

“Minta pengetua sekolah pelajar ini melihat isu ini dengan lebih serius. Minta siasat apa yang didakwa dan guru yang terlibat”. “Rogol bukanlah jenaka, dan guru harus menekankan keselamatan, bukan sebaliknya,” kata Maszlee Malik.

 

Sementara itu isu ini menarik perhatian bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik, yang meminta pengetua sekolah berkenaan untuk menyiasat lebih lanjut tentang isu ini.

“Minta pengetua sekolah pelajar ini melihat isu ini dengan lebih serius. Minta siasat apa yang didakwa dan guru yang terlibat”. “Rogol bukanlah jenaka, dan guru harus menekankan keselamatan, bukan sebaliknya,” kata Maszlee Malik.

 

“Ya, saya mendapat ancaman rogol dari salah seorang rakan lelaki sekolah saya. Saya menangis,” kata  Ain

 

Disebabkan isu ini, Ain telah menerima rakaman audio ancaman rogol daripada rakan sekolahnya. Audio itu pada asalnya dihantar ke sebuah media group chat.

“Ya, saya mendapat ancaman rogol dari salah seorang rakan lelaki sekolah saya. Saya menangis,” kata  Ain di laman Twitter yang disertai tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace yang sudah digunakan dalam 114,000 ciapan.

“Pelajar lelaki seperti itulah yang menjadi alasan untuk saya terus berjuang, dan guru-guru seperti ini yang mendoktrin pemikiran ke dalam minda anak-anak remaja lelaki perlulah dibersihkan dari sistem pendidikan kita,” tambahnya.

Ayahnya menyiarkan kenyataan di lama media sosial Facebook mengenai ancaman yang diterima oleh anak perempuannya, dengan mengatakan bahawa dia akan membuat laporan polis yang berasingan mengenai perkara ini.

“Nampaknya, akan ada laporan seterusnya apabila anak saya dapat ugutan rogol dari rakan sekolahnya kerana tidak berpuas hati tentang apa yang berlaku, lebih lagi ia mencemarkan nama baik sekolah”.

“Nampak tak? Mereka tak setuju dan seterusnya ugut nak rogol! Semudah itu sahaja. Biasalah tu kan? Pemikiran seperti ini dikatakan ‘biasa’ dari banyak pandangan yang saya terima sama ada di WhatsApp, Facebook dan sebagainya,” kata Saiful.

Saiful kini berasa berbelah bahagi untuk membiarkan anak perempuannya, Ain pergi ke sekolah seperti biasa setelah mengetahui tentang ancaman rogol terhadap anaknya.

Saiful menyokong penuh tindakan anak perempuannya dalam meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat umum mengenai kejadian lawak rogol yang melibatkan guru lelaki itu.

“Isu ini telah mendapat perhatian dari pelbagai pihak dan peringkat, moga ianya menjadi satu titik tolak kepada perubahan kualiti pendidikan kita serta masyarakat yang sedang dibentuk untuk masa hadapan”.

 

“Kalau saya pilih jalan itu, ia hanya saya. Bagaimana dengan pelajar lain?” soal Ain.

 

Ketika diwawancara  oleh MalaysiaKini, Ain telah disoal tentang pembelajaran di rumah (homeschooling) berikutan ketidak hadirannya ke sekolah pada Isnin,26 April lalu kerana takut akan keselamatan dirinya.

“Kerajaan sepatutnya beri kita pendidikan. Kenapa sampai perlu pilih homeschooling ?”

“Kalau saya pilih jalan itu, ia hanya saya. Bagaimana dengan pelajar lain?” soal Ain.

“Sedih melihat anak saya terpaksa melalui perkara seperti ini, namun inilah masanya untuk kita lakukan perubahan  dan berharap bahawa ia tidak akan berulang lagi,” kata Saiful.

 

“Dengarlah suara pelajar, apa yang kami ingin perkatakan. Di mana lagi kami sepatutnya mendapatkan bantuan? Kami minta bantuan guru dan mereka kata ini perkara biasa,” kata Ain lagi.

 

Ain berharap bukan sahaja untuk menggalakkan lebih ramai pelajar bersuara tentang apa yang dihadapi, tetapi untuk pihak lain juga mula mendengar.

“Ini kali pertama saya mendengar seorang guru berkata sedemikian, tetapi setelah bercakap dengan rakan perempuan saya mereka berkata bahawa ini bukanlah kali yang pertama”.

“Dengarlah suara pelajar, apa yang kami ingin perkatakan. Di mana lagi kami sepatutnya mendapatkan bantuan? Kami minta bantuan guru dan mereka kata ini perkara biasa,” kata Ain lagi.

Kesedaran Ain terhadap isu sosial sudah lama.

Di saat tanggapan lazim adalah ramai remaja membazir masa dengan internet, Ain berkata medium itulah yang membangkitkan minatnya terhadap isu sosial.

“Disebabkan saya terdedah dengan hal-hal di internet, saya jadi berani untuk bercakap tentangnya,” katanya.

“Orang kata generasi kami tak peduli terhadap isu moral…Saya yakin ramai remaja yang peduli dengan hal-hal ini, yang rasa ia salah, tetapi bila saya mula bersuara, ini respons yang saya terima.

“Bagaimana anda rasa reaksi pelajar, mereka akan rasa kecewa. Kami ingin bersuara tetapi suara kami tidak didengar,” katanya lagi.

Ain berkata kartunis Zunar adalah antara aktivis yang dikaguminya, memandangkan dia turut meminati seni.

Saiful pula menegaskan kepentingan membina kepercayaan antara ibu bapa dan anak mereka.

 

Tak ada beza antara saya dengan anda – Ain Husniza

 

Dia juga berkata kalangan yang mengkritik anaknya kerana “mencemarkan” nama sekolah perlu tahu yang anaknya adalah seorang pelajar cemerlang, yang mewakili sekolah dalam pertandingan debat bahasa Inggeris dan seni di peringkat negeri.

“Baru-baru ini dia menang pertandingan debat di Selangor dan dapat tempat ketiga dalam pertandingan seni. Dia bukan pelajar bermasalah,” katanya lagi.

Tersipu apabila pencapaiannya dibangkitkan, Ain berkata dia sama saja seperti pelajar lain. Dia gemar menonton video di TikTok, menonton anime dan melayari internet.

Katanya, dia bukan datang daripada keluarga berada dan dia memiliki lingkaran sosial yang sama dengan pelajar lain.

“Tak ada beza antara saya dengan anda,” katanya lagi.

 

#MakeSchoolASaferPlace

 

Sumber : MalaysiaKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *