Skip to content
Laman Utama » Melawan Pemerintah Pusat Dari Kaca Mata Berbeza

Melawan Pemerintah Pusat Dari Kaca Mata Berbeza

Oleh: Izzat Ibrahim

Bila dah ada makanan dan komuniti, rasa macam ‘malas’ sudah nak fikir sangat-sangat pasal isu-isu yang luar daripada kawalan. Lagi-lagi dah pernah rasa korupsi dari semua parti (barisan pemerintah) yang pernah memerintah walaupun peringkat daerah dan negeri. Huhu. Bila kurang berkomuniti, mudah timbul pergaduhan bila kita tak bersahabat dan berkenalan betul-betul dengan orang lain aliran. Kalau berkomuniti, pasti lebih berhati-hati. Belajar hasilkan makanan sendiri dan bina komuniti linkungan dekat. Lebih mandiri dan lestari. Insha Allah.

Ulas saya di ruangan komen Izzuddin Khalis di atas.

Komuniti manusia yang bertani, mengasah kemahiran dan belajar hidup mandiri ini adalah sebuah gerakan rebel yang sangat berakar umbi. Ia menentang sebuah pemerintahan berpusat. Yang cuba mengawal kesemuanya termasuk pergerakan, keperluan dan kehidupan. Sehingga membuatkan rakyat bergantung penuh pada mereka. Pemerintah jenis ini sanggup memusnahkan alam seperti sungai, hutan dan lautan semata-mata untuk mengaut pendapatan. Sebab semua di bawah kawalannya. Tidak pelik sekiranya pemerintahan jenis ini sanggup ‘memusnahkan’ manusia untuk kekal berkuasa.

Jadi perlawanan terhadap sistem pemerintahan yang paling utuh adalah dengan berusaha mengurangkan rasa bergantung kepada sistem yang mengawal ini. Berusaha hidup semandiri yang boleh. Bahkan usaha ini adalah sebuah kebaikan buat pemerintah. Fokus mereka boleh tertumpu kepada fungsi mereka sendiri seperti perhubungan luar sesama kerajaan, menarik pelabur, pelancong dan kepakaran.

Mereka akan berminat datang untuk belajar dan bertukar kemahiran dengan rakyat. Rakyat ini yang hidup mandiri dengan potensi dan fungsi sendiri. Alam juga akan lebih terjaga dan menarik minat orang luar.

Semua orang berhak memutuskan sendiri berdasarkan fungsi sendiri.

Seperti projek dusun buah-buahan oleh kawan-kawan komuniti lestari di Simpang Renggam, Aelham Kusairi hantar saya gambar ini.

Dusun buah-buahan komunti lestari Simpang Renggam.
Gerak Kerja Mandiri

Aelham beritahu saya, sekarang semakin meningkat bilangan belia kampung yang sertai projek kebun. Kita kumpulkan seramai mungkin belia yang membanting tulang. Bila fokus dengan kerja, akan menarik orang yang mahu fokus dengan kerja.

Sebelum saya pindah ke Sabah ada orang tanya, “Kalau kau pindah Sabah, siapa nak run projek-projek di Simpang Renggam?

Saya jawab, “Projek-projek itu semua projek komuniti. Ramai yang sama-sama bangunkan dan masing-masing ketuai projek masing-masing. Takda yang paling ketua.

Jadi bila saya tinggalkan pun, setiap projek akan terus berjalan. Kita dah set-up projek itu akan lestari. Dia tetap akan berjalan walaupun ada yang tingggalkan. Tak perlu kita nak jadi terpaling ketua. Penat weh nak cuba-cuba control semua. Itu kerja Tuhan, bukan manusia. Manusia hanya jalankan fungsi diri sendiri.

Cuma fungsi saya je lah yang hilang di situ. Suatu hari nanti bila-bila pun saya akan hilang fungsi di dunia ini. Akan meninggal. Semua orang begitu.

Jadi, seperti yang saya tulis di atas, perlawanan terhadap sistem pemerintahan yang paling utuh adalah dengan berusaha mengurangkan rasa bergantung kepada sistem yang mengawal ini.

Kita usahakan untuk hidup semandiri yang boleh.

#DirectDemocracy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *