Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Rencana
  • »
  • Melawan Pemerintah Pusat Dari Kaca Mata Berbeza
  • »
  • Alam Sekitar, Masyarakat, Rencana
  • November 30, 2022November 30, 2022
  • 0

Melawan Pemerintah Pusat Dari Kaca Mata Berbeza

Oleh: Izzat Ibrahim

Terima kasih Izzuddin Khalis pos ini. Sebuah penghargaan yang tulus.

“Bila dah ada makanan dan komuniti, rasa macam ‘malas’ sudah nak fikir sangat-sangat pasal isu-isu yang luar daripada kawalan.

Lagi-lagi dah pernah rasa korupsi dari semua parti yang pernah memerintah walaupun peringkat daerah dan negeri. Huhu.

Bila kurang berkomuniti, mudah timbul pergaduhan bila kita tak bersahabat dan berkenalan betul-betul dengan orang lain aliran. Kalau berkomuniti, pasti lebih berhati-hati. Belajar hasilkan makanan sendiri dan bina komuniti linkungan dekat. Lebih mandiri dan lestari. Insha Allah.” Ulas saya di ruangan komen Izzuddin Khalis di atas.

Komuniti manusia yang bertani, mengasah kemahiran dan belajar hidup mandiri ini adalah sebuah gerakan rebel yang sangat berakar umbi.

Ia menentang sebuah pemerintahan berpusat. Yang cuba mengawal kesemuanya termasuk pergerakan, keperluan dan kehidupan. Sehingga membuatkan rakyat bergantung penuh pada mereka.

Pemerintahan jenis ini sanggup memusnahkan alam seperti sungai, hutan dan lautan semata-mata untuk mengaut pendapatan. Sebab semua di bawah kawalannya. Tidak pelik sekiranya pemerintahan jenis ini sanggup ‘memusnahkan’ manusia untuk kekal berkuasa.

Jadi perlawanan terhadap sistem pemerintahan yang paling utuh adalah dengan berusaha mengurangkan rasa bergantung kepada sistem yang mengawal ini. Berusaha hidup semandiri yang boleh.

Bahkan usaha ini adalah sebuah kebaikan buat pemerintah. Fokus mereka boleh tertumpu kepada fungsi mereka sendiri seperti perhubungan luar sesama kerajaan, menarik pelabur, pelancong dan kepakaran.

Mereka akan berminat datang untuk belajar dan bertukar kemahiran dengan rakyat. Rakyat ini yang hidup mandiri dengan potensi dan fungsi sendiri. Alam juga akan lebih terjaga dan menarik minat orang luar.

Semua orang berhak memutuskan sendiri berdasarkan fungsi sendiri.

Seperti projek dusun buah-buahan oleh kawan-kawan komuniti lestari di Simpang Renggam, Aelham Kusairi hantar saya gambar ini.

Dusun buah-buahan komunti lestari Simpang Renggam.

Aelham beritahu saya, sekarang semakin meningkat bilangan belia kampung yang sertai projek kebun. Kita kumpulkan seramai mungkin belia yang membanting tulang.

Bila fokus dengan kerja, akan menarik orang yang mahu fokus dengan kerja.

Sebelum saya pindah ke Sabah ada orang tanya, “Kalau kau pindah Sabah, siapa nak run projek-projek di Simpang Renggam?“

Saya jawab, “Projek-projek itu semua projek komuniti. Ramai yang sama-sama bangunkan dan masing-masing ketuai projek masing-masing. Takda yang paling ketua.“

Jadi bila saya tinggalkan pun, setiap projek akan terus berjalan. Kita dah set-up projek itu akan lestari. Dia tetap akan berjalan walaupun ada yang tingggalkan.

Tak perlu kita nak jadi terpaling ketua. Penat weh nak cuba-cuba control semua. Itu kerja Tuhan, bukan manusia. Manusia hanya jalankan fungsi diri sendiri.

Cuma fungsi saya je lah yang hilang di situ. Suatu hari nanti bila-bila pun saya akan hilang fungsi di dunia ini. Akan meninggal. Semua orang begitu.

Jadi, seperti yang saya tulis di atas, perlawanan terhadap sistem pemerintahan yang paling utuh adalah dengan berusaha mengurangkan rasa bergantung kepada sistem yang mengawal ini.

Kita usahakan untuk hidup semandiri yang boleh.

#DirectDemocracy

Tags: Demokrasi langsung, Kebun Cinta Lestari

Editorial

  • Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson: Peringkat 1 (Kepercayaan lwn Ketidakpercayaan)
  • Bumi Akan Semakin Panas dan Memburuk

Jemput baca

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.