Oleh: Fadzlee Ahmad
Terapi Seni “Art Therapy” adalah suatu displin kaedah“rehabilitasi & pemulihan” yang dibangunkan oleh kumpulan kolektif konstruktif, terdiri daripada pakar seni (kurator), pengiat seni, ahli psikologi, ahli neuroscience, ahli farmaseutikal dan lain-lain lagi, bagi mendapatkan kaedah alternatif didalam rawatan gangguan keseimbangan psikologikal & mental pesakit, selain kaedah kaedah klinikal & farmasi. Selari dengan perkembagan masa, kaedah terapi seni dilihat mampu membantu & menyelesaikan permasalahan semasa yang berkaitan penyakit.
Secara definisi, “Art Therapy” mepunyai dua pengertian mengikut onto-epistemologi yang berbeza sumber. 1. Me-manifestasi & Meng-eksperesi potensi diri melalui aktiviti seni untuk kesejagatan hidup (The Well-Being, Body Mind and soul) pengertian mengikut perspektif lapangan seni. 2. Rawatan Psikologikal & Mental mengunakan kaedah seni, melalui fasa proses “therapeutic” dalam rawatan, pengertian mengikut persepsi lapangan psikologikal.
1. Hubungan dan Teori Perkaitan “Segi Tiga Rangkaian Elementri” Dalam Terapi Seni
Terapi Seni adalah “Kepemilikan Semua”, kerana terapi seni tidak memerlukan nilai karakteristik /kualiti karya seni dalam nilai terap prosesnya. Terapi Seni boleh dijalankan perseorangan, pasangan, kumpulan atau komuniti berkelompok secara sendiri atau diselenggara oleh pihak teknikal.
Segitiga Rangkaian dalam ‘terapi seni”, merujuk kepada komponen pihak pertama; iaitu artis atau responden, terhadap karya seni atau tindak balas responsif terhadap suatu karya seni sebagai contoh kawasan Terminal 3, Lapangan Terbangan Antarabangsa Changi Singapore, yang menerapkan “Art Therapy on Customers Based” dalam instalasi Seni didalan susun atur infrastruktur binaan arkiteknya. Dan melalui instalasi seni yang diterapkan dengan prinsipal “terapi” dilihat mampu membantu dan menyelesaikan masalah , (1) melegakan keletihan otot (muscle stress), (2) gangguan psikologikal akibat perubahan altitud, dan (3) gangauan mental akibat penerbangan yang panjang. Maka komponen pertama adalah diklasifikasikan sebagai umum atau pelanggan “Terapi Seni”.
Komponen ke 2, adalah Hasil Kerja Karya Seni (The Artwork), iaitu Nilai Proses Pembuatan Seni atau Nilai “On-going installation” dalam karya seni. Di mana pengisiannya terlebih dahulu ditentukan dan diatur-carakan oleh Ahli Terapi Seni dengan memastikan kesan “therapeutic effect” terhasil semasa proses pembuatan karya seni atau tindak balas responden yang melihat karya seni itu. Di sini, pemilihan konsptual idea (objektif) dan material bahan pembuatan seni, adalah sebagai parameter pemboleh ubah di dalam kerangka model terapi.
Komponen yang terakhir dalam rangkaian Segitiga Rangkaian Terapi Seni, iaitu Ahli Terapi Seni, golongan ini adalah mereka yang memiliki kepelbagaian displin ko-kurikulum yang seperti seni (lukis, abstrak, seni bina, arca, ukiran dll), psikologi, neurosains dan lain-lain lagi, tugas utama mereka ini adalah mereka-bentuk persekitaran (ruang) (Fabricating space), dengan objek-objek yang diolah secara kreatif menjadi satu perkakas terapi (Art Installation), serta mengawal pemboleh ubah keadaan ruang yang menjadi proses pemulihan & rehabilitasi. Selain itu, mereka juga (Art Therapist) adalah yang memahami hubungan antara pemfaktoran Elementri & Frekuensi Seni (Air, Api, Angin dan Tanah) dengan pemfaktoran “genesis” manusia iaitu (1) anatomi tubuh (fizikalitasi). (2) Tingkatan psikologikal (Psyche Realm) dan (3) bentuk kesedaran (state of consciousness),
2. Bagaimana Terapi Seni Berfungsi “Art Therapy” ?
Merujuk kepada pakar terapi daripada displin (1) Klinikal & Farmasi dan (2) Kumpulan Meditasi (tradisional), (90%)penyakit yang berkaitan psikologikal (emosi dan mental) adalah berpunca daripada ke-tidakseimbangan persamaan parameter psikologikal (psyche realm), yang akhirnya menganggu (1) ketidakstabilan keupayaan tubuh (metabolisme & kardiovaskular) (2) Ketidakstbilan emosional (psikologi) dan (3) Ketidak selarian dimensional landskap minda. Ahli Terapi berpendapat dan bersetuju permasalahan ini berpunca daripada “sifat elementari” genesis kemanusiaan yang tidak stabil atau Kuasa Elementeri Air,Api,Angin dan Tanah yang menjadikan eksistentasi kemanusian itu berada dalam komposisi tidak stabil.
Seni secara asasnya memiliki nilai semua unsur pembentukan elementeri (air, api, angin dan tanah) dari segi aspek getaran (frekuensi) objek atau darjah ketumpatan pencahayaannya (aspek rasa dan warna/bunyi).
Maka terapi seni, berfungsi dengan mengunakan bahan material terapi (the artwork), bertindak balas dengan deria rasa (sensory) pesakit atau kumpulan responden, supaya satu proses “therapeutic” bertindak balas dengan mengembalikan nilai persamaan yang menyamai di dalam ketidak-seimbangan persamaan parameter (sebelum proses terapi).
Perkara ini mula berlaku melalui proses apabila pihak responden karya seni (Subject of Consciousness) bertindak balas (physical/mind observance) dengan proses/hasil karya seni (Object of Consciousness).
Apabila berlaku asmimilasi pertukaran informasi (streaming of data) antara (subjek dan objek) berlaku, berlaku satu fenomona (phenomenology) dwi-kesedaran, iaitu bersatu dua kesedaran antara objek dan subjek (“you can be unite in dual consciousness, but not in nature”) di keadaan Keberadaan “Mental State”, semasa keadaan ini berlaku, sistem kognitif psikologikal (stimulate & respond) dan sistem artikulasi logika pemikiran (annihilates & subjugate) akan mengembalikan dan mengimbangi semula permasalahan ketidakstabilan sistem pada fungsi manusia.
→ Keberkesanan rawatan atau alat terap terapi, adalah bergantung kepada protokol aturcara instalasi (Art Installation) dan penalaan, dimana perihal penalaan akan dibincangkan kelak dalam perihal (Meditation Lab) atau kajian penalaan & protokol pengaliran alir terap (perisian fungsi matriks kuasa elementeri)
3. Aplikasi & Objektif “Art Therapy” Terapi Seni.
Kebanyakan Aplikasi Terapi seni membawa kepada Objektif “Pemulihan & Rehabilitasi, namun seiring dengan masa penggunaan aplikasi terapi seni ini, boleh digunakan atas objektif yang lain.
Masyarakat Melayu dahulu, amat kaya dengan karya aplikasi Terapi Seni (Art Therapy) dalam budaya & demografi kependudukannya, Aplikasi Seni Terapi seperti, persembahan seni Kuda Kepang, Seni Silat (seni sepuh), Main Putri, Mak Yong, Menora, Persembahan Wayang Kulit dan banyak lagi, adalah contoh Aplikasi Seni Terapi, milik budaya dan warisan Melayu. Namun ia ditinggalkan sedikit demi sedikit akibat daripada permodenan dan perubahan geo-politik.
Aplikasi Seni Terapi Moden hari ini lebih berkisar kepada objektif kempen kesedaran dan gaya hidup, dengan aplikasi seni terapi berkonsepkan “Green Technology” iaitu menjurus kepada penggunaan sumber tenaga bersih, penjagaan alam sekitar, kitar semula, dan penjagaan kesihatan (amalan pemakanan dan senaman).
Terdapat juga aplikasi “seni terapi” yang bersifat sintetik dan klinikal, seperti kaedah CATCH-22, Binaural Beats, faraday’s cage dan lain-lain lagi bagi mencapai matlamat dan keputusan.
4. Pengenalan kepada “Art Therapy” dalam program Alir Cahaya (Kajian Kes).
Program Alir Cahaya memiliki beberapa aktiviti program yang memiliki unsur atau aplikasi seni terapi didalam pengatur-caraan programnya, Antaranya acara instalasi seni “Pintu Gerbang Cahaya di Kg.Baru, dan dua domain program yang mengunakan aplikasi Seni Terapi iaitu (1) Meditation Lab (Lab Meditasi) dan (2) Persembahan Wayang Kulit.
Lab Meditasi (Terapi Hijau)
Aktiviti didalam Lab Meditasi adalah “on-going installation” atau proses yang berterusan dengan menerapkan konseptual idea “Terapi Hijau”, struktural model yang direka bentuk oleh kurator seni alir cahaya menerapkan domain element cahaya, air dan tumbuhan didalam projek “Lab Meditasi”, terdapat juga program hiliran dan satelit bagi melengkapkan vektor “on-going installation” seperti aktiviti forum “Art Therapy”, Kempen Alam Sekitar dan Kitar Semula, Juga aktiviti pengedaran anak benih pokok-pokok kepada peserta.
Wayang Kulit (Terapi Psikologikal Tradiosional)
Berlandaskan Nilai Budaya dan Demografi Setempat, Kurator Program, menengahkan warisan & budaya seni “Wayang Kulit”, dengan penglibatan kumpulan seni wayang Kulit Setempat.
Seni Wayang Kulit, adalah salah satu alat terap terapi seni yang tertua dan diperakuai keberkesanannya, nilai elemementi di-inkapsulasi dalam suatu pementasan panggung yang memiliki kepelbagaian element & karateristik seperti, instalasi pentas, instalasi muzik (gamelan) dan instalasi perisian (sastera wayang).
“…dan apabila anak muda, hari ini sibuk dan mentelaah “The Caveman Concept” oleh Plato, pusaka tua sudah memiliki aplikasi terapi seni dalam Pementasan Wayang”.
Hello, I think your blog might be having browser compatibility issues. When I look at your blog in Ie, it looks fine but when opening in Internet Explorer, it has some overlapping. I just wanted to give you a quick heads up! Other then that, wonderful blog!