Alir Cahaya: Semangat & Harapan

0 0
Read Time:2 Minute, 24 Second

Oleh: Aisyah Bhr (Kumpulan Kuratorial Alir Cahaya)

Alir Cahaya, adalah sebuah projek seni instalasi awam yang membawa elemen ‘cahaya’ sebagai sebuah karya bersama kolektif seni dan komuniti sekitar Batu Pahat, karya seni awam yang dibangunkan berkisar tentang ‘pemulihan’ jiwa dan mental; bertujuan untuk merangsang semangat masyarakat menempuhi Pandemik.

‘Alir’ bermaksud pergerakan yang berterusan, menggambarkan sifat tenaga yang mengalir seperti sungai dan arus Elektrik. Manakala unsur cahaya pula sifatnya menerangkan, memberi kehangatan dan membuat kita merasa selamat. Bertitik-tolak dari situ, karya ini adalah sebuah kerjasama antara kolektif dari pelbagai disiplin. Seterusnya, bergabung bersama komuniti tempatan dalam memberi inspirasi melalui tema ‘Semangat dan Harapan’. Antara yang terlibat dalam pembangunan karya ini adalah penggiat seni, budaya, muzik, sejarah, senibina, kejuruteraan, pertanian dan alam Sekitar. Ini termasuklah komuniti setempat, remaja dan mahasiswa.

Dalam menjalani kehidupan Norma Baru di fasa pasca-pandemik, beberapa isu utama seperti Kesihatan Mental, Perubahan Iklim dan Kemanusian perlu mendapat perhatian yang sewajarnya. Manusia harus akui, kehidupan Manusia dan Alam telah banyak berubah. Tragedi berkurung, kehilangan orang tersayang dan hilang pekerjaan, telah memerangkap manusia ke dalam ketakutan dan kerisauan yang dalam; menyebabkan masalah kesihatan mental seperti kemurungan semakin meningkat.

Tetapi, di sisi bertentangan, ketika pergerakan manusia dan ekonomi lumpuh, alam pula semakin mekar dan sembuh. Adakah ini satu cerminan bahawa manusia tidak lagi bergerak selari dengan alam? Apa yang sebenarnya umat manusia harus renungkan ke dalam diri mereka?

Tenaga yang menjadi sumber cahaya adalah unsur yang sangat semula jadi. Getaran dan gelombangnya berkait rapat dengan peredaran matahari, bulan, siang dan juga malam yang membuatkan gelap menjadi terang. Bertepatan dengan Karya ‘Alir Cahaya’, yang berkonsepkan Perjalanan Rohani dan Terapi semangat. Karya ini bakal diterjemahkan melalui gabungan nilai lama dan baru, di mana seni kontemporari bertembung dengan sejarah, tradisi dan kebudayaan setempat. Oleh itu, karya installasi utama ini dibahagikan kepada 3 prinsip cahaya iaitu:

1) Cahaya dan Air

Instalasi bersama komuniti ‘Lab Meditasi’ yang akan menggabungkan kaedah penanaman secara outdoor dan indoor, menggabungkan sumber tenaga solar sebagai sistem dalam menghasilkan reka-bentuk hidroponik dan akuaponik. Elemen seperti rumah kaca dibina menggunakan kayu dan besi sebagai rangka utama. Gabungan material yang lain seperti bahan kitar semula dan bahan yang mesra alam.

2) Cahaya dan Biasan

Sebuah instalasi set pentas serbaguna dengan mengaplikasikan elemen digital (video mapping). Set pentas yang berfungsi sebagai pentas persembahan dan medium karya digital. Material seperti fabrik, besi dan papan akan digunakan dalam pemasangan layar dan pembinaan pentas.

3) Cahaya dan Tenaga

Pemasangan Pintu Gerbang. Sebuah karya yang disusun mengikut reka bentuk “Gunungan” sebagai subjek utama. Struktur akan dibina menggunakan besi dan manakala gabungan cahaya pelita dengan lampu LED akan menjadi bahan utama karya intsalasi ini.

Alir Cahaya adalah sebuah simbol kepada semangat dan harapan, dengan mengangkat imej “gunungan” sebagai lambang kehidupan, kerana dalam gambaran tersebut dilukiskan unsur- unsur udara, air, angin, api dan tanah. Ia juga diertikan sebagai kehidupan yang tiada habis, atau yang disebut,

Patah tumbuh, hilang berganti”.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
100 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *