“Walaupun jangka masa pembinaan yang panjang selama 10 tahun, sekiranya anggaran kami terhadap jangkaan kontrak iaitu RM32.9 bilion terbukti tepat, itu adalah satu kejutan.
“(Kami) mengulangi saranan ‘’overweight” ke atas sektor itu,”’ tambahnya.
MRT3 akan mempunyai lebih daripada 30 stesen hentian 10 stesen pertukaran meliputi 50 kilometer (km), lebih panjang daripada jangkaan awal 40km.
Walaupun kerajaan memberi komitmen dan menyokong projek ini, MRT Corp tetap meninjau untuk mendapatkan pembiayaan persendirian antara 10 peratus hingga 30 peratus bagi meringankan beban fiskal negara.
“Dari aspek ini, kami percaya skim pembayaran tertangguh (10 peratus hingga 30 peratus daripada jumlah biaya kontrak) boleh diguna pakai bagi menjimatkan aliran tunai kerajaan,” tambahnya.
Selain Gamuda, penerima lain adalah Kimlun, IJM dan MRCB, kata Kenanga Research.
Sementara itu, sekiranya pembiayaan persendirian sememangnya berlaku, firma itu percaya IJM dan MRCB memiliki peluang cerah untuk mengambil peranan yang lebih besar dalam pembinaan MRT3, sekiranya dilihat pada imbangan kira-kira masing-masing yang lebih besar dan kukuh yang membolehkan mereka menyediakan keperluan dana pembiayaan.
Sumber : BERNAMA