Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Penduduk Tegas Untuk Selamatkan Bukit Payung
  • »
  • Alam Sekitar, Berita, Ekonomi, KARYASAMA, Masyarakat
  • April 25, 2021May 10, 2021
  • 0

Penduduk Tegas Untuk Selamatkan Bukit Payung


PARIT SULONG, 25 April 2021 – Semalam, Persatuan Alam Warisan Bukit Payung (PAWBP) atau lebih dikenali sebagai Gerakan Selamatkan Bukit Payung, telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masalah kos guaman untuk proses kehakiman yang sedang berjalan antara mereka dengan Kerajaan Negeri Johor, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) di Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru.

 

PAWBP adalah sebuah persatuan yang dibangunkan oleh penduduk tempatan Parit Sulong bagi mewakili keseluruhan suara penduduk untuk membantah pembinaan Insinerator Waste to Energy (WTE) di Bukit Payung yang bakal menjejaskan kehidupan mereka dengan sangat teruk.

Persatuan ini juga ditubuhkan untuk memelihara kelestarian alam sekitar Bukit Payung termasuklah air terjun, tapak tinggalan sejarah dan fosil purba yang ada di situ.

Menurut En. Zahrin Abd Rahman, penduduk dan setiausaha PAWBP, setakat ini bayaran guaman yang telah dilakukan adalah sebanyak RM24,000. Kebanyakan duit yang terkumpul adalah melalui sumbangan masyarakat ramai, penduduk tempatan yang terkesan, persatuan dan pertubuhan luar yang menyokong bantahan ini.

Tambah beliau lagi, jumlah keseluruhan kos guaman yang perlu dilunaskan adalah sebanyak RM40,000. Bermakna, mereka masih memerlukan lagi RM16,000 sebelum perbicaraan pertama berjalan pada 25 Mei ini di Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru.

Pengerusi PAWBP yang juga penduduk tempatan, En. Abu Bakar Azmi, lebih mesra dikenal sebagai Baba, memberitahu kami bukanlah satu kerja mudah untuk mendapatkan sejumlah 16,000 ringgit dalam masa sebulan. Apatah lagi untuk mengharap penduduk kampung dapat menabung bersama-sama untuk menanggung kos guaman, ia bukan satu tuntutan yang ringan.

“Waktu pandemik ini membuatkan banyak pergerakan ekonomi masyarakat terganggu, jadi kita tidak boleh mengharap lebih dari sekadar yang mampu disumbangkan penduduk kampung.” Kata beliau malam semalam.

“Tempoh sebulan ini sebenarya terlalu singkat untuk kita kumpulkan RM16,000. Sekarang ini kerjasama kuat dari setiap kampung penting untuk memastikan dana guaman terkumpul, agar keadilan buat Bukit Payung dapat ditegakkan…”

“…apa pun kita berterima kasih kepada 2 kampung utama yang telah menjadi nadi penggerak dan tulang belakang Parit Sulong selama ini untuk menyelamatkan Bukit Payung, iaitu Kg. Md. Noor dan Kg. Kolam Air.” Tambahnya lagi.

Apabila ditanya kenapa pihak PAWBP tidak mengambil peguam Probono, Baba memberitahu kami,

“Kes dah berjalan lebih dari setahun, dalam masa setahun dulu tak ada langsung timbul persoalan tentang peguam Probono. Kita orang-orang kampung tak ramai yang tahu selok-belok proses kehakiman, apatah lagi tahu wujudnya ‘peguam Probono’ ketika itu.”

“Yang penduduk faham, satu-satunya jalan untuk selamatkan Bukit Payung, kita harus menggunakan saluran yang betul, harus bawa perkara ini ke mahkamah. Untuk naik mahkamah, kita perlukan duit.”

“Jadi apa yang kita buat sekarang, adalah teruskan apa yang telah diputuskan penduduk dan persatuan sebelum ini.”

Isu pembinaan Insinerator WTE di Bukit Payung ini telah berlangsung untuk lebih dari 10 tahun. Sudah melalui 3 fasa parti pemerintah, projek pernah ditangguh dan berjalan semula, perjumpaan demi perjumpaan dengan ahli politik dan menteri telah dilakukan, tetapi sehingga kini projek masih dilihat akan terus dilaksana tanpa mempertimbangkan tuntutan kepentingan penduduk tempatan.

Penduduk percaya projek ini bakal menjejaskan kehidupan dan keselamatan penduduk 18 buah kampung, sumber air bersih bukit, air terjun, peninggalan sejarah, peninggalan fosil purba dan potensi eko-pelancongan yang dimiliki oleh Bukit Payung.

PAWBP memohon agar masyarakat dapat menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka menampung kos guaman yang berbaki lebih kurang RM16,000.

Sumbangan boleh dilakukan terus ke akaun Persatuan Alam Bukit Payung, 0106-0004020-712 (Bank Muamalat).

Tags: Bukit Payung, Insinerator, JPSPN, Kerajaan Negeri Johor, KPKT

Iltizam Iman Abd Jalil

  • Isu gari: Lelaki didakwa pukul pengawal peribadi bukan dalam tahanan polis
  • 50,000 pelajar bakal terima peranti CERDIK pada akhir Mei 2021, baki 100,000 menjelang akhir September

Jemput baca

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

Apa perbezaan ‘perubahan iklim’ dengan ‘pemanasan global’?

  • December 13, 2022January 15, 2023
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.