Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Luno perkenalkan ‘Bitcoin Cash’ kepada pengguna Malaysia
  • »
  • Berita, BERNAMA, Ekonomi, Teknologi
  • May 5, 2021May 5, 2021
  • 0

Luno perkenalkan ‘Bitcoin Cash’ kepada pengguna Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Mei — Luno kini menawarkan perdagangan Tunai Bitcoin atau Bitcoin Cash (BCH) di platformnya kepada pengguna Malaysia mulai hari ini, setelah menjadi tukaran aset digital pertama yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

BCH adalah mata wang kripto kelima yang diluluskan di Malaysia selepas Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC).

Dalam satu kenyataan hari ini, Luno menjelaskan rakyat Malaysia kini boleh membeli, menjual dan belajar mengenai BCH di platformnya kerana ia telah menjadi sebahagian daripada senarai penawaran aset digital yang semakin berkembang yang termasuklah BTC, ETH, XRP dan LTC.

Pengurus negara Luno Malaysia Aaron Tang berkata BCH kini berada di kedudukan 15 teratas mata wang kripto paling banyak diperdagangkan di seluruh dunia.

“Kami hanya menyenaraikan aset digital yang selamat dan bereputasi yang mempunyai faedah utiliti yang diinginkan pelanggan kami. Dan, itulah sebabnya kami memperkenalkan BCH selepas mendapatkan kelulusan daripada SC.

“Kami berharap pengenalan BCH di platform kami akan memberi inspirasi kepada pengguna Malaysia untuk meneroka mata wang kripto secara mendalam dan mengetahui mengenai faedah yang ditawarkan, sama ada untuk perdagangan atau pelaburan,” katanya.

BCH dilancarkan pada bulan Ogos 2017.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: BCH, Bitcoin Cash, BTC, ETH, LTC, Luno, tgk, XRP

Editorial2

  • MVIA gesa kerajaan gubal undang-undang salah guna vape
  • UTHM: Program Kompos Sisa Makanan Bulan Ramadan 2021

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.