Skip to content
Laman Utama » Analisa Pasca PRU-15 Malaysia

Analisa Pasca PRU-15 Malaysia

KERAJAAN PERPADUAN: THE ROMANCE OF THREE KINGDOM (THE THREE KINGDOM).

Artikel ini menjalankan perbandingan antara pergerakan blok parti politik sebelum dan selepas PRU 15 dengan meta-naratif sejarah “The Three Kingdom”. Merujuk kepada perihal epistemologi falsafah politik (ideologikal), strategi percaturan pergerakan politik sebelum, perkembangan evolusi kemanusian, dan masa depan negara.

PENGENALAN RINGKAS MENGENAI “THE THREE KINGDOM”

Zaman Tiga Kerajaan, ialah suatu era pemerintahan satu per enam, yang merupakan “zaman perpecahan” di dalam sejarah kerajaan China. Merujuk kepada tempoh 60 tahun, antara pengasasan Kerajaan Wei pada tahun 220 Masihi sehingga penaklukan kerajaan Wu oleh dinasti Jin.

Istilah “Tiga Kerajaan” pada terminologi keadaan adalah merujuk kepada setiap negeri yang dikuasai oleh bukan golongan Raja. Kerajaan berikut adalah, Kerajaan Wei dipimpin oleh Cao Wei. Kerajaan Shu dipimpin oleh Shu Han. Dan kerajaan Wu dipimpin keluarga Wu Timur.

OBJEKTIF ARTIKEL PASCA PRU 15 MALAYSIA
Kerajaan Perpaduan: The Romance of Three Kingdom (The Three Kingdom)
  1. Memberi pengenalan, kefahaman dan kesedaran berpolitik (sains kemasyarakatan), yang sentiasa bersifat dinamik terhadap perubahan masa dan evolusi kemanusian (kemasyarakatan).
  2. Memahami pergerakan parti politik, adalah takluk kepada percaturan dan pengurusan kemasyarakatan. Ia bukanlah semata-mata bergantung terhadap ideologi yang dipegang, namun ia adalah berkadaran langsung dengan keperluan masyarakat. Baik dari segi teorem permasalahan, atau pemboleh ubah parameter yang baru.
  3. Memahami etika dan moral dalam politik, “Tiada kawan yang berkekalan, tiada musuh yang berpanjangan”.
PRU 15 – RINGKASAN OBJEK SPEKULATIF KOMPONEN BN, PH DAN PN DI DALAM ‘THE THREE KINGDOM”
A. Barisan Nasional

Komponen Barisan Nasional (BN) boleh disamakan dengan Kerajaan Shu Han. Kerajaan ini didirikan oleh Liu Bei. Pada peringkat awal kerajaan ini adalah kerajaan yang stabil, namun diakhir era pemerintahannya dianggap sebagai kerajaan yang korup. Sebahagian daripada pembesar dan panglimanya, mengkianati perjuangan awal Liu Bei. Hal ini adalah mirip dengan komponen Barisan Nasional sebelum PRU 14 lagi.

B. Pakatan Harapan

Komponen Pakatan Harapan (PH) era kepimpinan Tun Mahathir (PRU 14), dapat disamakan dengan Kerajaan Cao Wei. Kerajaan Cao Wei memiliki nilai yang sama dengan Kerajaan Pakatan Harapan pasca PRU 14. Pemikiran Tun Mahathir dan Cao Wei adalah hampir sama, di mana Tun Mahathir sangat propagatif dalam melihat masa depan politik. Beliau memiliki pemikiran order baru (New Order). Di mana dasar yang dibuat semasa pemerintahan Pakatan Harapan banyak menjurus kepada the 4th Industrial Revolution, Digitalisasi dan Artificial Intelligent. Pada 22 bulan pemerintahannya, Tun Mahathir telah mencadangkan “Kerajaan Perpaduan” (Unity Government) bagi menyelesaikan konflik politik yang timbul. Namun perkara ini tidak berlaku akibat propaganda sentimen kepentingan “agama dan bangsa”.

→Tun Mahathir (pemikiran Cao Wei) dan Anwar Ibrahim (pemikiran Lui Bei).

“Tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang berpanjangan”.

Tun Mahathir (Order Baru) dan Anwar Ibrahim (Reformis).

Bagi memahami pola wacana di dalam perihal ini dengan lebih lanjut, sila rujuk perkara perbincangan dan filsafat pemikiran “ Wacana Cao Wei dan Lui Bei”. Secara ringkas (order baru), lebih kepada percaturan politik (political strategic movement), iaitu dengan mengujudkan kekalutan (chaos), dan mengenakan order baru terhadap perkara kekalutan (orderly chaos). berbanding dengan gerakan reformis, ia hanyalah “menukar kepemimpinan” yang baru, dan mengamalkan “keterbukaan” didalam pentadbiran kerajaan (good governance), bagi menyelesaikan masalah “korupsi” dan “salah laku peminpin”.

C. Perikatan Nasional

Komponen Perikatan Nasional (PN),(Kerajaan WU Timur). dari segi demografi dan geopolitikal sokongan terhadap Perikatan Nasional, ia juga amat mirip dengan kerajaan Wu Timur. Konseptual Politik “The Three Kingdom”, adalah “Kingdom from Heaven”, dan konseptual ini digunapakai oleh perikatan Nasional dalam menguatkan “kekuasaan” dengan menjual produk kempen yang berteraskan “agama dan bangsa”, Kerajaan Wu Timur adalah kerajaan minoriti, sama dengan Perikatan Nasional, dan ia hanya mengambil untung daripada kegagalan dan kecuaian Komponen Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (Cao Wei dan Shu Han).

Meta Naratif “The Three Kingdom” adalah pemula yang baik, 101 Politic Movement, yang baik dan bagus untuk dipelajari bagi setiap warga negara Malaysia memahami “percaturan politik” (strategic movement) dan “Karateristik Peminpin” (Properties of Mind), pergerakan gabungan komponen parti politik dan peminpin peminpin parti politik, ada di dalam kisah kisah peristiwa yang berlaku di dalam sejarah “The Three Kigdom”.

HIPOTESIS AKHIR KESIMPULAN ANALISIS POLITIK POST PRU 15.

REFORMASI PENTADBIRAN (good governance) – Negara memerlukan suatu tadbir urus yang cekap dan telus.

NEW ORDER (future of civilization) – Capitalism Vs Monarki Vs Socialism, Fungsi dan pengaruh ketiga tiga perkara prinsipal diatas terlibat secara langsung dan tidak langsung terhadap PRU dinegara, dan menjadi agen penting terhadap keputusan PRU. Seharus ia diketahui oleh semua pengundi, dan taksiran “sosialisme” atau kontrak rakyat tidak seharusnya diwarnai dengan perihal bangsa, agama dan demografi.

PERPADUAN – Kedudukan hak istimewa setiap kaum adalah dilindungi oleh perlembangaan dan undang-undang negara, maka produk kempen yang memainkan sentimen bangsa dan agama haruslah dihapuskan.

RUMUSAN PENDAPAT

Hak mengundi dan berpolitik adalah Hak setiap warga negara dan ia dilindungi oleh peruntukan undang-undang, namun memahami apa itu politik? Strategik politik? Poses pemilihan Dewan Rakyat? Sistem Pentadbiran Kerajaan dan Hak Sebagai Warga Negara adalah suatu keperluan bagi mereka yang berfikir dan rasional terhadap perubahan evolusi kemanusiaan dan negara.

Jika Menurut Biar Bijaksana, Jika Mengikut Biar Berakal”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *