Berakhirnya Tirai Besi

Oleh: Haziq Azhar

Pada 30 tahun yang lalu, seluruh dunia menyaksikan kejatuhan kuasa besar komunis, Kesatuan Soviet sekali gus menamatkan ancaman komunis di seluruh dunia.

Sebelum kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991, komunisme sudah hilang taringnya apabila Tembok Berlin berjaya diruntuhkan pada 1980.

Tidak lama kemudian, persidangan Malta diadakan pada 2 Disember 1989 menandakan berakhirnya Perang Dingin berlangsung selama berdekad.

Presiden Amerika Syarikat (AS) George HW Bush berkata dunia akhirnya dapat menikmati keamanan sebenar. Katanya,

“Masa hadapan itu bermula dengan saya dan Pengerusi Gorbachev,” 

Sementara itu, pemimpin Soviet pula berjanji tidak akan memulakan peperangan dengan AS.

Dunia sekali lagi bergembira apabila Jerman mula bersatu pada 3 Oktober 1990 menandakan berakhirnya dominasi tirai besi di Eropah.

Sebelum kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991, komunisme sudah hilang taringnya apabila Tembok Berlin berjaya diruntuhkan pada 1980.

Penyatuan Jerman

Penyatuan ini bukan sahaja kegembiraan rakyat Jerman malah penduduk di seluruh dunia kerana komunisme semakin lama hilang bisanya.

Untuk pengetahuan, peristiwa keruntuhan Tembok Berlin berpunca kesilapan pengumuman pemimpin Günter Schabowski. Schabowski mengumumkan peraturan baharu berkenaan merentas ke luar negara termasuk Jerman Barat.

Disebabkan salah faham, rakyat Jerman Timur terus berkerumun di tembok itu sehingga penjaga tembok hilang kawalan. Akhirnya, rakyat bangkit melakukan demonstrasi secara aman sehingga berakhirnya negara komunis Jerman.

Sementara itu, rakyat Czechoslovakia bangkit menentang Kerajaan Komunisme pada tahun yang sama. Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Velvet yang menyaksikan kebangkitan rakyat terutama dalam kalangan pelajar.

Kebangkitan rakyat Czechoslovakia menentang kerajaan diktator komunis kerana tidak tahan tekanan hidup ditambah lagi keadaan ekonomi semakin teruk.

Selain itu, keruntuhan Tembok Berlin di Jerman memberi inspirasi dan semangat rakyat Czechoslovakia bangkit menentang kerajaan.

Bangkit Melawan Kezaliman

Kebangkitan rakyat Czechoslovakia menentang kerajaan diktator komunis kerana tidak tahan tekanan hidup ditambah lagi keadaan ekonomi semakin teruk.

Kebangkitan rakyat menentang kezaliman komunis tidak terhenti di Jerman dan Czechoslovakia malah merebak ke Kesatuan Soviet.

Pemimpin dan Presiden Rusia pertama, Boris Yeltsin mengambil langkah dengan beberapa pemimpin bekas negara Kesatuan Soviet untuk membubarkan negara komunis.

Oleh itu, tertubuhnya Negara Bebas Komanwel pada 8 Disember 1991 diketuai oleh Yeltsin.

Rakyat Soviet turun padang untuk menunjukkan solidariti mereka terhadap tentera dan pemimpin yang mahu menggulingkan Kerajaan Soviet. Bagaimanapun, kudeta itu gagal namun Kerajaan Soviet mula kehilangan pengaruhnya.

Hak Kebebasan Manusia

Tepat 25 Disember 1991, pemerintahan Kesatuan Soviet secara rasminya tamat apabila Pengerusinya Mikhail Gorbachev meletak jawatan.

Komunisme pada awalnya memperjuang hak kebebasan kaum buruh dan kesamarataan masyarakat. Namun, ideologi komunisme mula ditolak oleh penduduk dunia apabila pemimpin Soviet sendiri mengamalkan diktator.

Tambahan lagi, penduduk dunia tidak tahan dengan gaya totalitarian komunisme selain diperhati 24 jam.

Begitulah hakikat manusia itu makhluk bebas dan setiap makhluk bernyawa mencintai kebebasan.

 

Rujukan:

  1. Anna Spysz (n.d) Panic! on the Streets of Prague. https://www.local-life.com/prague/articles/velvet-revolution.
  2. BBC (Disember 3, 1989). 1989: Malta summit ends Cold War. http://news.bbc.co.uk/onthisday/hi/dates/stories/december/3/newsid_4119000/4119950.stm
  3. BBC (April 1, 2010). Communist-East Germany. http://news.bbc.co.uk/hi/english/static/special_report/1999/09/99/iron_curtain/timelines/egermany_93.stm
  4. Miller, Chris (March 5, 2017). “The Struggle to Save the Soviet Economy”. C-Span.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *