Oleh: Ann Zain Ibnu Ramli
Dam Dam Dum!
Bukan bunyi mercun
Bertempiaran segala isi konkrit
Yang lari, lari
Yang luka, parah, meleleh darah
Yang mati, kaku ditangisi
Yang jadi yatim piatu juga balu
Yang cacat sudah tak terbilang
Berpuluh-puluh tahun dunia bisu
Hanya kutuk, boikot radang sana sini terlihat
Runtuhnya kaisar Ottoman
Liga Bangsa-Bangsa Dunia bangga kurnia Mandat Palestina
Membuka pintu kepada tetamu berhati Iblis
Konon celaka mereka perlu simpati
Itu semua helah tipu daya panji Zionis
Bagai Belanda lapar tanah
Bagai melepaskan anjing tersepit
Tuan rumah kau injak
Alasanmu tanah milik leluhur
Hingga kini Al Aqsa bertubi-tubi disasar
Berhatikan binatang segala insan lemah kau pelurukan
Wira bacul kamu!
Kanak-kanak dan wanita target dominan
Tak puas genosid hingga ke Gaza
Mata serigala kamu!
Kaurampas segala-galanya daripada mereka
Sejak Nakba 1948
Tak malu mengaku hak orang milik sendiri
Kausangka Al Khalik tak memerhati cereka hanyirmu
Kausangka As Sami’ tak mendengar tangis pilu Palestin
Kausangka Al Basir tak melihat kekejamanmu bergenerasi
Kau tak tahu janji Al Malik Al Kudus
Palestin akan bebas!
Palestin akan bebas!
Tanpa senjata mereka masih bertahan
Kerana mereka kejar janji syurga para syuhada
Kerana mereka tahu aura doa para muslim masih ada sisa
Kerana mereka tahu takdir Allah ini bukan sia-sia
Kerana mereka yakin bantuan Allah pasti tiba
Kamulah teroris asli
Bukan rakyat Palestin
Kamu menuding bangsa lain teroris
Kamulah bangsa teroris itu
Kamulah yang robek pakaian insan para muslim
Hingga berguguran air mata terlebih ukuran Uhud
Cerita berita berbelit-belit itu memang pakarmu
Hakikatnya kau ialah generasi pembunuh!
Berselindung di sebalik putar belit
Janji Allah pasti tiba
Palestin akan bebas
Panji Muslim akan menguasai
Masanya akan datang
Al Aqsa akan kembali dibuka
Masanya rahsia di Loh Mahfuz
Ikhwanul muslim
Tadah tanganmu, berdoalah
Qunut Nazilah lafazlah
Jangan simpatimu bermusim
Jangan bantumu bermusim
Jangan dermamu bermusim
Jangan puisimu bermusim
Kerana derita Palestin sudah berdekad-dekad
Bukan baru semalam malapetaka menimpa mereka
Bukan baru semalam mereka dicacatkan
Bukan baru semalam mereka dicerobohi
Ikhwanul muslim
Berdoalah tanpa putus-putus
Ya Sami’ Ya Mujib
Perkenankanlah dengan kadar segera
Kehancuran Bani Israel
Bagai daun-daun dimamah ulat.
Cameron Highlands, Pahang
20 Mei 2021