Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • BMF lancar program usaha sosial pastikan golongan B40 mampu miliki rumah
  • »
  • Berita, BERNAMA, Ekonomi, Masyarakat
  • April 27, 2021April 27, 2021
  • 0

BMF lancar program usaha sosial pastikan golongan B40 mampu miliki rumah

KUALA LUMPUR, 26 April– Better Malaysia Foundation (BMF) melancarkan program usaha sosial baharu untuk membantu kerajaan menangani aspirasi pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, terutamanya isi rumah B40. 

Dalam kenyataan hari ini, Pengasas BMF Tan Sri Vincent Tan berkata usaha sosial ini akan memudahkan pembinaan hartanah dengan kos pemilikan bulanan yang rendah, disesuaikan reka bentuknya untuk membolehkan sesebuah keluarga hidup dengan maju dan jaya.

Oleh itu, katanya yayasan tersebut, dengan kerjasama Berjaya Land Bhd, telah merekabentuk satu unit pangsapuri contoh bersaiz 900 kaki persegi dengan lima bilik dan empat bilik mandi, untuk inisiatif ini.

Tan berkata rumah mampu milik secara realistiknya berharga dari RM120,000 hingga RM300,000 bagi pangsapuri bersaiz dari 450 kaki persegi hingga 900 kaki persegi di Lembah Klang.

“Harga tersebut boleh dicapai dengan sokongan kerajaan dari segi mengenakan premium tanah yang rendah dan caj pembangunan yang nominal untuk projek perumahan mampu milik,” katanya.

Sehubungan itu, Tan menggesa kerajaan untuk melaksanakan inisiatif strategik bagi bank dan institusi kewangan menyediakan pembiayaan 100 peratus kepada pembeli rumah B40 dengan pinjaman rumah dua generasi antara tempoh 40 dan 60 tahun supaya pembayaran balik pinjaman mampu dibayar dan diuruskan.

Selain itu, katanya kerajaan juga perlu menjamin pinjaman rumah pembeli rumah B40 supaya pinjaman tersebut dapat ditawarkan pada kadar faedah yang rendah.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: B40, BMF, tgk

Editorial2

  • Permohonan Azmin batal saman pengundi Gombak didengar 30 Jun
  • COVID-19: Kompaun mesti ikut garis panduan – Takiyuddin

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.