Skip to content
Laman Utama » Diskusi Lantai (1): Buruh, Petani dan Aktivis Sosial

Diskusi Lantai (1): Buruh, Petani dan Aktivis Sosial

Oleh: Izzat Ibrahim Shamjuddin

Pertemuan pertama ini lebih kepada perbincangan tentang konsep, masa dan piawaian ahli yang bakal dijemput.

Kami meletakkan 2 bidang ini (buruh dan petani) sebagai tema kerana inilah golongan masyarakat yang benar-benar marhaen (dan yang wujud di Simpang Renggam).

Sistem ekonomi, teknologi dan kehidupan sekarang membuatkan kaum buruh dan petani semakin terhenyak dengan kemiskinan. Sedang mereka tiada pilihan atau terpaksa untuk tidak memilih kehidupan yang lain.

Aktivis sosial pula adalah mereka yang mempunyai pilihan. Tetapi memilih untuk hidup dan bersama masyarakat terpinggir. Bergelumang dengan tanah, sama-sama rasa lapar dan rasa tekanan ditekan hierarki atasan.

Tumpah air mata salah seorang daripada kami apabila menyebut,

“Golongan buruh ini sebenarnya menyimpan rasa dendam.”

Perasaan dendam itu kepada golongan yang memonopoli ekonomi, politik kuasa dan buaya-buaya yang tamakkan harta. Sebagai pekerja, pengundi dan ahli marhaen, kita dipegang dan dijadikan balaci nafsu serakah populariti dan kemewahan mereka.

Budaya ini telah meresap kepada kepelbagaian kelompok. Daripada bandar ke pinggiran. Daripada organisasi sebesar negara kepada sekecil keluarga. Daripada gerakan islamis kepada gerakan nasionalis. Daripada golongan intelek kepada golongan pentaklid.

Sudah cukup rasanya untuk kita terus menggantungkan leher kepada sistem yang membentuk monopoli ini.

Cukuplah daripada meletakkan pengharapan dan serahkan kuasa kepada golongan yang hanya pandai bercakap dan sejenis hanya mengarah-arah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *