Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Guru mesti hormati hak kanak-kanak – Suhakam
  • »
  • Berita, BERNAMA, Masyarakat, Pendidikan
  • May 4, 2021May 5, 2021
  • 0

Guru mesti hormati hak kanak-kanak – Suhakam

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa Menteri Pendidikan untuk mengambil tindakan terhadap guru yang telah menganiaya pelajar perempuan secara seksual menggunakan bahasa yang tidak senonoh dan berbaur lucah.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata tindakan juga mesti diambil terhadap guru-guru yang mengganggu aktiviti pelajar tersebut yang cukup berani mempertahankan hak kanak-kanak.

“Guru mesti menghormati hak kanak-kanak dan melayan mereka dengan bermaruah setiap masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan Noor Aziah merujuk kepada isu pelajar remaja perempuan menerusi aplikasi TikTok yang mendakwa seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika di dalam kelas semasa membincangkan isu gangguan seksual ketika subjek pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolahnya.

Kata Noor Aziah, Suhakam bimbang dengan laporan terbaru berhubung tingkah laku buruk sesetengah guru yang mencemarkan imej profesion itu.

Tingkah laku tersebut termasuklah guru memperlecehkan seorang aktivis pelajar secara seksual di media sosial dengan menggunakan bahasa yang kotor dan mengejek tubuh pelajar selain budaya toksik dalam kalangan guru yang saling melindungi antara satu sama lain apabila terdapat aduan terhadap guru, katanya.

Beliau berkata guru adalah teladan dan mesti menyedari bahawa tindakan mereka atau tiada tindakan oleh mereka akan memberi kesan kepada kehidupan pelajar mereka selama bertahun-tahun.

Guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan visi Akta Pendidikan 1996 yang bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, kata Noor Aziah.

Beliau turut mengingatkan dan menegaskan bahawa sekolah mesti dijadikan tempat yang selamat untuk kanak-kanak.

Lebih banyak mekanisme hendaklah dirancang dan dilaksanakan agar kanak-kanak dapat menikmati masa mereka belajar, memperoleh pendidikan yang bermanfaat dan sihat yang akan berlangsung seumur hidup mereka, katanya.

Noor Aziah juga mengulangi bahawa fungsi sekolah, latihan guru dan sistem pendidikan hendaklah dikaji semula sehingga visi Akta Pendidikan dan juga prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC)  dapat dicapai.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Monopoli kartel projek : SPRM pantau jabatan-jabatan kerajaan
  • Vaksin AstraZeneca: KKM jamin rawatan segera jika berlaku kes darah beku

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.