KUALA LUMPUR,1 Jun — insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan bagi bulan Mei 2021 di Sabah dan Sarawak.
Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata, bagi Sabah dan Sarawak IPG masing-masing adalah sebanyak 0.005 sen dan 0.10 sen untuk setiap kilogram.
Pekebun-pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG mulai 1 hingga 30 Jun 2021 berdasarkan pengeluaran Mei 2021.
Tambah LGM lagi,sudah dimaklumkan mulai Januari 2019 IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada pada paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada pada paras RM2.50 sekilogram ke bawah.
Pada bulan Mei yang lepas, harga purata peringkat ladang bagi cuplump (sekerap) untuk Semenanjung adalah RM2.80 sekilogram, Sabah RM2.45 sekilogram, dan Sarawak Rm2.40 sekilogram.
Sumber : BERNAMA