Rentas Negeri Melaka : Wajib Lulus Ujian Saringan COVID-19

MELAKA, 1 Jun — Kerajaan negeri Melaka mencadangkan supaya semua individu yang ingin merentas negeri wajib lulus ujian saringan COVID-19 sebelum mereka dibenarkan untuk merentas negeri walaupun telah diberi kelulusan oleh pihak polis.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata cadangan tersebut telah dipersetujui  oleh beberapa pihak untuk dilaksanakan di seluruh negara, namun tertakluk pada keputusan yang akan diputuskan secara rasmi nanti.

Tindakan itu bertujuan sebagai langkah pencegahan awal bagi memastikan hanya individu yang benar-benar bebas daripada sebarang gejala wabak COVID-19 dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas negeri.

Beliau berkata lagi bahawa kos untuk ujian saringan tersebut perlu ditanggung oleh majikan sekiranya ia melibatkan pekerja manakala ditanggung sendiri jika membabitkan urusan peribadi.

“Ujian saringan ini sangat penting memandangkan pada masa ini, kira-kira 70 peratus aripada mereka yang disahkan positif didapati tidak mempunyai gejala dan keadaan sedemikian amat membimbangkan,”katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *