Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Jadual Cub Prix Malaysia mungkin terjejas jika kes COVID-19 meningkat
  • »
  • Berita, BERNAMA, Sukan
  • April 25, 2021April 25, 2021
  • 0

Jadual Cub Prix Malaysia mungkin terjejas jika kes COVID-19 meningkat

SEPANG, 25 April  — Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PSBWPKL) bimbang Kejuaraan Cub Prix Malaysia pusingan ketiga yang dijadual berlangsung pada 22 hingga 23 Mei ini akan terjejas sekiranya kes COVID-19 di negara ini terus meningkat.

Presidennya, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata selain itu, jika kes jangkitan terus menunjukkan peningkatan, ia juga mungkin menjejaskan penganjuran pusingan-pusingan seterusnya dengan yang terakhir dijadual pada Disember nanti.

“Apa pun saya dan pihak PSBWPKL agak lega kerana dua pusingan perlumbaan Cub Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah pun berlangsung pada 20 hingga 21 Mac dan 3 hingga 4 April lepas,” katanya pada majlis berbuka puasa PSBWPKL di Paddock Chalet, SIC di sini, malam tadi.

Tujuh lagi pusingan Cub Prix yang dijadualkan adalah pusingan keempat pada 26 hingga 27 Jun, pusingan kelima (9 hingga 10 Julai), pusingan keenam (7 hingga 8 Ogos), pusingan ketujuh (4 hingga 5 September), pusingan kelapan (9 hingga 10 Oktober), pusingan kesembilan (13 hingga 14 November) dan pusingan terakhir pada 18 hingga 19 Disember.

Selain itu, Shahrol Yuzy berkata PSBWPKL akan menganjurkan dua pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada Jun ini di SIC.

“Pelumba dari pelbagai negara seluruh Asia akan datang ke Malaysia kerana kerajaan telah membenarkan ‘bubble sport race’ tetapi kami tetap risau jika kes terus meningkat acara ini akan terjejas,” katanya.

Sehubungan itu, Shahrol Yuzy berharap rakyat Malaysia dapat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 agar semua kejohanan sukan di Malaysia dapat dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: Cub Prix, tgk

Editorial2

  • Perhilitan Johor rampas 1,070 ekor burung murai
  • 2.7 juta rakyat Johor terlibat Banci Malaysia 2020

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.