Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Kelonggaran pulang buat pekerja Malaysia divaksin di Singapura sedang diusahakan
  • »
  • Berita, BERNAMA, Masyarakat
  • April 25, 2021April 25, 2021
  • 0

Kelonggaran pulang buat pekerja Malaysia divaksin di Singapura sedang diusahakan

ISKANDAR PUTERI, 25 April — Kelonggaran untuk membenarkan rakyat Malaysia di Singapura yang telah divaksin pulang ke negara terutama bagi menyambut perayaan Aidilfitri sedang diteliti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Datuk Mohd Izhar Ahmad berkata kelonggaran ini termasuklah dengan menyediakan pas laluan hijau khas buat mereka yang terlibat.

“Ya, ini adalah antara perkara yang hendak disusun…pekerja-pekerja yang terlibat dan selamat divaksin mungkin kita akan beri pas laluan hijau khas untuk mereka.

“Perkara ini kita kena duduk berunding dan perhalusi dalam kategori kluster yang patut dan boleh diberi kelonggaran,” kata beliau kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan Program Ziarah Kasih sempena Ihya Ramadhan Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) di sini hari ini.

Mohd Izhar berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan kelonggaran diberi terhadap pekerja Malaysia yang telah divaksin di Singapura untuk pulang ke negara bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut beliau, keperluan vaksinasi adalah antara syarat yang dipersetujui kerajaan Malaysia dan Singapura dalam rundingan untuk membuka semula pintu sempadan dan justeru itu, Johor akan mengikutinya.

“Kita diminta agar semua rakyat kita divaksin. Jadi Johor akan mengambil langkah proaktif untuk segerakan proses vaksinasi bagi membolehkan kebenaran persetujuan pembukaan pintu sempadan dengan Singapura tercapai,” katanya.

Beliau juga berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong dijangka mengadakan perbincangan mengenai perkara itu pada awal bulan depan.

Pada program berkenaan, sebanyak 500 bakul makanan diedarkan kepada 500 penerima yang memerlukan merangkumi empat daerah iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai dan Pontian.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: Aidilfitri, COVID, tgk

Editorial2

  • Jual martabak lebih 1,000 keping sehari di depan tangga rumah
  • Isu gari: Lelaki didakwa pukul pengawal peribadi bukan dalam tahanan polis

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.