Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Rencana
  • »
  • Pendidikan
  • »
  • Kritik & Ulas, Ilmu Berharga Buat Manusia
  • »
  • Pendidikan
  • May 27, 2021May 27, 2021
  • 0

Kritik & Ulas, Ilmu Berharga Buat Manusia

Oleh: Izzat Ibrahim

Antara ilmu berharga yang saya perolehi daripada guru pengucapan awam saya, Bro Shah Kirit adalah ‘sentiasa meminta kritikan atau komentar’ daripada pendengar. Lebih banyak kritikan diperoleh daripada orang yang tepat, ianya akan menjadi semakin baik.

Kalau bagus, di mana dan apa yang bagusnya?

Kalau kurang baik, apa yang tak baik dan bagaimana cara yang lebih baik?

Sepanjang saya berlatih dengan Bro Shah, beliau banyak fokuskan kepada proses persediaan. Kekurangan kualiti hasil mesti disebabkan proses yang tidak betul-betul baik.

Begitulah kebanyakan usaha yang berjaya meraih penghasilan yang baik adalah daripada sikap fokus kepada cara kerja yang terbaik. Hasil yang baik tidak akan dikecapi hanya semata-mata dengan niat yang ikhlas atau input yang dirasakan berkualiti.

Konsep kerja ini semakin saya fahami apabila memerhatikan alam bekerja. Alam mendapat makanan bukan dengan meminta tetapi dengan memberi. Dalam komuniti alam, dia memberi dan daripada komuniti itu juga dia diberi.

Contoh bagaimana tumbuhan dapatkan makanan.

Daripada akarnya menghasilkan makanan untuk mikrob dalam tanah. Kemudian mikrob akan beraktiviti sehingga tanah menjadi subur. Daripada tanah yang subur akan terhasil nutrien dan itulah makanan untuk pokok tadi.

Begitulah fitrah mereka bekerja menurut perintah dan susun atur daripada Sang Pengatur Kerja.

Buku Kembara Darus Senawi 1963 saya mengambil langkah tersebut. Saya melantik 2 orang prufread yang pernah komen penulisan saya sebelum ini. Pelantikan tersebut adalah sebuah tanda penghargaan dan terima kasih. Kerana dulu pernah kritik saya.

Sebelum saya dilatih dengan Bro Shah, saya rasakan kritikan adalah sebuah serangan. Dan meminta komentar adalah tindakan yang tidak perlu.

Sikap begini membuatkan saya jadi syok sendiri dengan penulisan atau penyampaian. Buku Camp De Calais dan Travelog MITY adalah fasa sikap saya yang dahulu. Banyak kelemahan yang jumpa dan terlihat masih mentah.

Buku Kembara Darus Senawi 1963 pula adalah fasa lain selepas 4 tahun saya pulang ke Malaysia dan dapat berguru dengan beberapa orang berkaitan teknikal penyampaian dan sikap peribadi.

 

Izzat Ibrahim Shamjuddin
“Esok lebih baik berbanding hari ini.”

Editorial

  • KE ARAH PEMULIHAN ‘PENYAKIT SOSIAL’ NEGARA: USAHA KELAB PEMADAM UMS
  • Cengal – Warisan Belantara Malaysia

Jemput baca

Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson: Peringkat 1 (Kepercayaan lwn Ketidakpercayaan)

  • November 29, 2022January 16, 2023
  • 0

Tanah Air Berdaulat, Merdeka Dengan Pendidikan!

  • August 24, 2022September 3, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.