Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Latif Romly gusar kurang kejohanan sebelum ke Tokyo
  • »
  • Berita, BERNAMA, Sukan
  • April 25, 2021April 25, 2021
  • 0

Latif Romly gusar kurang kejohanan sebelum ke Tokyo

KUALA LUMPUR, 25 April — Kekurangan kejohanan olahraga di dalam dan luar negara susulan pandemik COVID-19 nyata menggusarkan atlet paralimpik negara dalam membuat persiapan menghadapi temasya Sukan Paralimpik Tokyo pada Ogos depan.

Perkara itu dinyatakan atlet lompat jauh para negara Abdul Latif Romly yang bakal mempertahankan pingat emas yang dimenangi beliau pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

“Setakat ini kami tiada masalah dengan sesi latihan, cuma sekarang saya hanya nak mencari kejohanan sebab susah nak dapatkan kejohanan ketika ini.

“Kejohanan dalam Malaysia cuma ada satu tahun ini yang saya sertai iaitu Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia tetapi kejohanan di luar negara masih belum ada setakat ini,” katanya kepada pemberita pada sesi rakaman takbir Raya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama atlet kebangsaan di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Abdul Latif berkata beliau bersedia dengan sebarang prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) menjelang temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 susulan peningkatan drastik kes COVID-19 di Negara Matahari Terbit tersebut.

Pada Rabu lepas, agensi berita Kyodo melaporkan kerajaan Jepun merancang melaksanakan darurat sekali lagi di Tokyo, Osaka dan Hyogo berikutan lonjakan kes COVID-19 sehingga menggugat sistem kesihatan di daerah itu.

Pada edisi Sukan Paralimpik 2016, Abdul Latif merangkul pingat emas acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) dengan catatan 7.60 meter (m) yang juga merupakan rekod baharu dunia pada ketika itu.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: COVID, Paralimpik, tgk

Editorial2

  • Ibu bapa jangan risau, kerajaan ada cara tangani kluster pendidikan – Rina
  • Jual martabak lebih 1,000 keping sehari di depan tangga rumah

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.