Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Masyarakat
  • »
  • MBSA tawar diskaun kompaun 50 peratus sepanjang Ramadan
  • »
  • BERNAMA, Masyarakat
  • April 14, 2021April 14, 2021
  • 0

MBSA tawar diskaun kompaun 50 peratus sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 14 April — Orang ramai digalak melunaskan tunggakan kompaun dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Kempen Pengurangan Kompaun sebanyak 50 peratus sepanjang Ramadan ini bermula semalam hingga 12 Mei ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata kempen tersebut merupakan inisiatif pihak MBSA untuk menggalakkan orang ramai membayar tunggakan kompaun mereka sebelum tindakan tegas diambil.

Katanya jenis kompaun yang layak mendapat diakun 50 peratus adalah kesalahan mengikut Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005 dan Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007.

Selain itu, katanya turut mendapat pengurangan kompaun ialah Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007, Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 dan Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007.

“Bagi kompaun Tempat Letak Kereta (Perintah Pengangkutan Jalan MBSA) akan diberikan pengurangan sehingga RM30 daripada jumlah asal di semua kaunter pembayaran MBSA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrin berkata untuk memudahkan orang ramai membayar tunggakan kompaun, pihak MBSA turut menyediakan perkhidmatan Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel yang akan beroperasi pada setiap Sabtu di pasar raya terpilih di kawasan pentadbiran MBSA.

Orang ramai juga boleh membuat pembayaran kompaun di Kaunter Utama, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam, katanya.

Untuk sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-55222882 atau 03-55105133 sambungan 1477, 1656, 1657 dan 1658 atau layari portal MBSA.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Bazar Ramadan batal, peniaga terpaksa ‘lelong’ bekalan kelapa
  • SMK Kubang Kerian cipta aplikasi atasi masalah sampah, kitar semula

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.