Nasib Agamaku

Oleh: Zulfiqar Mohd Yusof

Lelah agamaku
siang malam ditunggang
demi kepentingan peribadi.

Semput agamaku
pagi petang ditunggang
demi meraih pentaksub.

Tenat agamaku
dari Januari hingga Disember ditunggang
demi menyelamatkan diri.

Selagi ada bulan dan bintang
agamaku ditunggang
demi mengaburi
mata hati massa.

Sungguh malang nasib agamaku
pabila menjadi kuda tunggangan
politikus keji
yang mendambakan kuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *