OPEN MIC @ ALIR CAHAYA BATU PAHAT 2021/22 Bertempat Di Tapak Pameran Utama, Terminal Bas Ekspres Batu Pahat Johor

8hb Januari 2022
Jam 11 Malam

RINGKASAN DAN NOTA PERBINCANGAN.

SESI PERBINCANGAN DAN PERKONGSIAN PENDAPAT
Bersama Saudara Anas Suhaib daripada Kolektif Kebun Komuniti Cinta Lestari.

Latar Belakang Pembentang:

Salah seorang pendiri gerakan kolektif Kebun Cinta Lestari, Permaculture Designer di Pt Sikom Esplanade dan berlatar belakang Pendidikan sarjana Falsafah Seni Bina (Arkitek).

Beliau juga terinspirasi dan menalaah karya-karya dan idea Bill Mollison dan David Holmgren, dalam kajian dan ujikaji beliau terhadap perkara konseptual idea “permaculture”. Beliau juga merupakan perintis dan pemula terhadap perjuangan konseptual idea dan praktis amalan “permaculture” di Negeri Johor dan Malaysia.

TOPIK PERKONGSIAN: 101 FOUNDASI KONSEPTUAL “PERMACULTURE”

Pengenalan Terhadap Topik Perkongsian:

“Ya “permaculture” bukanlah sebab dan perkara utama perlunya bertani dan menjaga alam sekitar, tetapi “permaculture” adalah suatu konseptual idea, teori formulasi struktur pelan, bagi kelangsungan dan keseimbangan suatu kehidupan”.

Ada apa dengan “Kebun Cinta Lestari” yang telah beliau usahakan bersama kolektif?

Ia adalah salah cubaan aplikasi merealisasikan konseptual idea “permaculture”, dan kajian beliau.

Di KCL aku “meng-kompos” diriku dan yang lain, supaya mendapatkan kehidupan yang lebih baik.”

Proposi Perkongsian; Suatu perbentangan konspetual idea dan teori formulasi “Permaculture” yang diklasifikasi sebagai “Etika Permaculture”. Dalam sesi perbincangan ini 12 prinsipal utama didalam “permaculture” tidak dibincangkan secara argumentasi dialektika, namun hanya digunakan sebagai pemboleh ubah bersandar didalam menerangkan “Etika Permaculture”.

HIPOTESI AWAL PERBENTANGAN

Konsep idea “Permaculture”, tidak hanya terbatas kepada tujuan perkakasan sahaja, seperti bertani, pengunaan sumber bersih, penjagaan alam sekitar, namun ia mestilah difahami secara asas fondasi “Permaculture” yang boleh diterapkan nilai dan kegunaannya pada peranti aplikasi kehidupan yang lain-lain.

ARGUMENTASI 1: MENYELUSURI BENTUK PEMIKIRAN BILL MOLLISON, PENGASAS KONSEPTUAL IDEA “PERMACULTURE”

Bagi memahami apa itu “Permaculture” atau konseptual ideanya, saudara Anas Suhaib menegaskan kepada mereka yang berminat untuk mengetahui apa itu “permaculture” disarankan supaya membaca dan menelaah buku Permaculture One oleh Bill Mollison dan David Holmgren.

Bruce Charles “Bill” Mollison adalah seorang penyelidik, penulis, saintis, guru dan biologist, mengikut saudara Anas, memahami bentuk pemikiran (aliran kesedaran) beliau dapat membantu kita memahami nilai sebenar “permaculture” kerana gagasan idea Bill Mollison secara dasar persoalan nilai etika, hubungan manusia dan alam. Dan kelangsungan “survival ke-manusiaan”.

Terdapat dua cabang dalam judifikasi terminology “permaculture”, pertama legitemasi definasi “Permaculture” sebagai “permanent agriculture” dan legitemasi definasi kedua adalah “Permanent Culture”, namun kedua-dua terminology adalah nilai terbitan daripada ontological gagasan pemikiran konseptual idea bill mollison dalam “permaculture”.

Secara pendapat telaah kajian saudara Anas Suhaib, terhadap gagasan pemikiran Bill Mollison, beliau berpendapat Bill Mollison amat dekat dengan persoalan kemanusiaan, dan memiliki pengetahuan yang luas terhadap perkara psikologikal dan spiritual.

Sebelum perbincangan dibahas lebih lanjut saudara diminta mengulas tentang Jagadish Vasudev atau Sadhguru, iaitu seorang pendiri Isha Foundation yang memiliki program-program yang mempunyai nilai terbitan penakulan epistemology “Etika Permaculture” namun ia secara judifikasi definasi tidak menyatakan ia (program) adalah salah satu aplikasi perkakasan “Permaculture”. Saudara anas menjawab “Secara kemungkinan dan kebarangkalian Bill Mollison dan Sadhguru memiliki jaringan landskap kolektif pemikiran dan kesedaran yang sama , dan berbeda pada teori formulasi kerangka model (reka bentuk) kerana mengambil kira pemfaktoran lokaliti dan budaya setempat.

ARGUMENTASI 2, MEMBINCANGAKAN DAN MEMBENTANGKAN “ETIKA PERMACULTURE”.

Bagi membentangkan 3 elemen utama didalam “Etika Permaculture”, sekali lagi saudara Anas menegaskan ia adalah argumentasi gagasan idea dan perbincangan falsafah, ia mengunakan prinsip geometrical struktur skalar vetor dan bukan lah skalar produk seperti akhir aplikasi peranti perkakasan “permaculture”. Maka elemteri “Etika Permaculture” adalah pemfaktoran rangkaian pemboleh ubah segitiga, didalam mendapatkan suatu keadaan keseimbangan didalam reka bentuk struktur janaannya.

A. HUMAN CARE (MESRA KEMANUSIAAN)

Pernbincangkan dimulakan dengan apa itu erti kemanusiaan, evolusi pemikiran kemanusiaan (tingkatan kesedaran), tahap keadaan keberadan psikologikal manusia serta perkembangan sains dan teknologi yang mempengaruhi gaya hidup dan cara berfikir manusia hari ini. Soal ini, membentangkan akan “Ke-survival” bangsa manusia pada masa akan dating, seiring dengan evolusi kemausian dan dinamika perubahan terhadap kontinum masa dan ruang.

Menurut Rakan Kajian “Permaculture”, David Holmgren, menekankan kepentingan reka bina struktur penempatan kemausiaan itu adalah paling penting, kerana ia suatu tindak balas kognitif terhadap ruang tempat tinggal (penempatan) bersandar dengan pola pemikiran manusia dan keadaan psikologikalnya secara keseimbangan, sebagai seorang arkitek saudara Anas menambah, soal reka bentuk rumah secara foundasinya mestilah melihat kepada kepenggunaan, keperluan mengikut fungsi-fungsi yang diperlukan oleh manusia itu sebagai tempat perlindungan dan rehabilitasi, dan bukanlah suatu reka bentuk penepatan yang hanya berlandaskan kepada nilai kosmetik pasaran dan demografi penempatan.

Secara hipotesis akhir, adalah bersetuju, bahawa elementri “Human Care” (Mesra Kemanusiaan”, mengajak kita memahami akan perihal diri Kemanusiaan itu sendiri, iaitu 1. Tingkatan Pola Psikologikal dan Pemikiran 2. Evolusi & Transformasi Dinamika Kemanusian dalam kontinum ruang dan masa).

B. EARTH CARE (MESRA ALAM)

Design “Permaculture” mengajar kita memahami dan mengetahui akan perihal ekologi alam sekitar dan symbiosis antara “Alam dan Kehidupannya” sebagai tataran model landskap yang perlu difahami, “Permaculture” tidak menolak kemajuan dan transformasi kemanusiaan, tetapi “permaculture” mengajak manusia berfikir tentang perkara keseimbangan dalam hubungan manusia dan alam.

Sebagai contoh, pembukaan penempatan baru (reclaiming land) tebus guna tanah di persisiran pantai dan muara sungai, adakah ia menganggu ekosistem persekitaran, adakah ia menganggu fungsi ekosistem yang menstabilkan rantaian keseimbangan fungsi semula jadi alam sekitar?, contoh seperti habitan paya bakau, kedudukan paras air pasang dan surut, keadaan lantai sungai dan muara (kehidupan dan jenis tanah), habitat kehidupan penumpang seperti kunang-kunang dan siput? Adakah ia membawa perubahan kesan negatif pada manusia dan alam.

Mesra alam juga bermaksud penjagaan, pemuliharan dan simpanan sumber daya alam, Maka didalam memenuhi kehendak manusia dalam aspek penempatan, adakah kita memahami “Post Mesra Alam” sebagai reka bentuk struktur bagi mengimbangi kegunaan dan pemuliharaan?

“Post Mesra Alam” adalah suatu terminology konseptual idea “de-constructed & post structuralism” didalam manusia me-reka bentuk pelan keseimbangan Habitat ekologi dan ekosistem alam semula jadi dan alam tebus guna sebagai suatu kesefahaman kepentingan didalam hubungan manusia dan alam.

C. FAIR SHARE ECONOMICS (SENSE OF SURPLUS),

“Permaculture” tidak mengajak manusia untuk kembali kembali kepada sistem barter dan menolak budaya makro ekonomi baru didalam elemen konseptual ideanya, Memahami terminology “Fair Share Economics” adalah memahami permasalahan utama sistem rangkaian bekalan “supply chain” dalam urusan permasaran produk ke pengguna, Iaitu didalam rangkaian bekalan tiada aktiviti aktiviti mengambil untung secara lebihan didalam rangkaiannya.

Element Ekonomi didalam “Permaculture” juga mengajak semua, memahami akan pemfaktoran makro ekonomi 1. Settlement dan 2. Domestication dalam memahami surplus dalam graf permintaan dan bekalan. Memahami kedua dua pemfaktoran ini permasalahan lebihan dan kekurangan dapat diselesaikan secara mudah dan bersistematik seterusnya mengurangkan kos logistic bekalan dan pembekal dan pengguna mendapat kesamarataan didalam aktiviti pertukaran (perniagaan).

Saudara Anas juga, menegaskan beliau sedang meneliti fungsi dan keboleh upayaan sistem koperasi bagi menyelesaikan permasalahan “Kesamarataan”, Konsep Operasi dan Aplikasi sistem koperasi di negara Jepun dilihat Berjaya mengatasi masalah ini, namun beliau menegaskan Adakah sistem operasi koperasi sedia mampu menyelesaikan masalah logistic dan rangkaian bekalan (supply chain), yang tidak terkawal dan tidak adil kepada pengguna dan pengeluar produk (individu dan syarikat kecil). Beliau juga berharap pihak berkuasa, memberi penekanan terhadap perkara ini, dan suatu perundangan peraturan baru, yang lebih sistematik, telus dan adil dapat dijalankan bagi mengatasi masalah aktivit-aktiviti mengambil untuk berlebihan dan manipulasi pasaran dapat dibanteras, dan memberi keadilan kepada semua, baik dari segi pihak pengguna atau pihak pengeluar produk kecil (individu/syarikat kecil).

HIPOTESIS AKHIR PERBINCANGAN

Beliau berharap lebih banyak gagasan perbincangan terhadap konseptual idea “Permaculture” di buat ketika ini, Ini adalah kerana elemen utama didalam mereka bentuk sesuatu permasalahan adalah bermula dengan Analisa konsep dan membuat teori formulasi kerangka model terhadap objek spekulatif dan pemfaktoran-pemfaktoran yang mempengaruhi. “Permaculture” bukanlah asas kepada usaha tani dan penjagaan alam sekitar, akan tetapi “permaculture” adalah suatu kerangka model (design) bagi penyelesaian ketidak seimbangan sistem kehidupan manusia. Supaya “Ke-survival” bangsa manusia dan alam kehidupanya kekal dalam evolusinya (permanent).

Perbincangan akan disambung dalam sesi akan datang.

Disediakan oleh
Editorial Unit Karyasama
Untuk Program Alir Cahaya Batu Pahat.

9hb Januari 2022
Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *