Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Pelajar MMU juara Pertandingan Pengucapan Awam ESUM-Taylor’s College
  • »
  • Berita, BERNAMA, Pendidikan
  • April 25, 2021April 25, 2021
  • 0

Pelajar MMU juara Pertandingan Pengucapan Awam ESUM-Taylor’s College

PETALING JAYA, 24 April — Pelajar Universiti Multimedia Malaysia (MMU) Pavit Coran menjuarai Pertandingan Pengucapan Awam English Speaking Union Malaysia (ESUM)-Taylor’s College hari ini.

Pavit menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 daripada Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Charles Hay bagi ucapan empat minitnya mengenai kesedaran kesihatan mental pada pertandingan yang berlangsung di Kampus Lakeside Taylor’s College di sini.

Pengerusi ESUM Tan Sri Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja’afar berkata pemenang akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Pengucapan Awam Antarabangsa ESU (IPSC) yang akan diadakan secara maya dari London pada 10 hingga 14 Mei ini.

Tunku Dara Naquiah, yang juga ketua hakim pertandingan itu, turut memuji penguasaan Bahasa Inggeris peserta dan menggalakkan mereka untuk lebih mendalami bahasa tersebut serta memaklumkan bahawa ESUM sedang melaksanakan lebih banyak projek bagi mempromosi penggunaan Bahasa Inggeris.

Pengarah Kampus Taylor’s College Josephine Tan pula berkata pengucapan awam bukan sekadar kemahiran berkomunikasi tetapi juga memfokus kepada keyakinan penutur untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai topik tertentu sehingga sampai kepada khalayak.

“Anda mungkin tidak memenangi pertandingan tetapi jika anda tahu cara untuk menjawab sesuatu pertanyaan dengan baik, maka itu sudah menjadikan anda sebagai pemenang,” katanya kepada Bernama.

Turut hadir Naib Pengerusi ESUM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Ahli Majlis ESUM Datuk Seri Azman Ujang dan Datuk John Louis O’Hara serta wakil British Council Malaysia Kate Chodzo.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: ESUM, fbk, MMU, Taylor College, tgk

Editorial2

  • Aktivis Tawau Ditangkap Kerana Bersuara Untuk Penduduk
  • Kerana Bersuara Badan Binasa?

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.