Pengenalan Kepada Teori Spektrum Politik

Oleh: Fadzlee Ahmad

Ada apa dengan PRN Johor 2022? Melihat perspektif spektrum parti politik berhaluan kiri sebagai suatu anjakan paradigma “Kematangan Pilihan Berpolitik”. Juga sebagai alternatif penyelesaian masalah “kontrak Kemasyarakatan” setelah hampir 65 tahun mencapai negara bangsa merdeka.

Pengenalan Terhadap Perbincangan & Argumentasi

Penulisan ini bukanlah satu doktrin pemikiran bagi mempengaruhi, menyokong atau menolak ideologi parti politik yang bertanding di PRN Johor 2022. Tetapi satu bentuk wacana pemikiran bagi mencentus dan membentuk kesedaran masyarakat terhadap organisasi politik, konseptual idea dan teori formulasi yang membentuk parti politik. Serta sedar akan tanggungjawab dan cabaran kontrak sosialnya yang semakin kompleks dan berubah-ubah keadaannya pada masa hadapan.

Apakah Itu Spektrum Aliran Ideologi Politik Haluan Kiri & Kanan?

Sebelum kita membincangkan pengenalan pengertian akan spektrum aliran ideologi politik haluan kiri & kanan, harus difahami dahulu oleh semua bahawa tiada legitimasi & judifikasi spektrum ideologikal politik yang tetap atau mutlak. Ini kerana, evolusi kemanusiaan itu berasimilasi dan mengalami transmutasi mengikut keadaan masa, pola pemikiran dan pemfaktoran geopolitikal. Maka, ia bukan persoalan akan aliran haluan kiri atau haluan kanan, namun ia lebih kepada suatu nilai epistemologikal dalam memahami sains politik secara keseluruhan.

Judifikasi pengertian suatu spektrum aliran politik adalah bergantung kepada beberapa pemfaktoran teori formulasi, antaranya (1) bentuk model ekonomi, (2) strata sosial (heiraki kemasyarakatan), (3) pembentukan undang-undang, (4) sifat moral politk dan pelbagai pemfaktoran lain-lain. 

Spektrum Ideologi Politik Haluan Kiri

Spektrum ideologi politik kiri, kebiasaannya menggunakan bentuk model ekonomi interventionisme iaitu kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap industri utama ekonomi. Dengan menolak peranan pemodal (kapitalis) di dalam pembangunan struktur dasar dan model ekonomi. 

Mengutamakan kepentingan pekerja dan pengurusan kaedah penghasilan yang sama rata. Bagi negara yang mengamalkan spektrum politik haluan kiri, ia bersifat “sekular” atau “kemanusian sejagat” dengan menolak pengaruh budaya dan agama di dalam sistem pentadbiran kerajaannya. Maka, legitimasi / sah mengikut perundangan negaranya, undang-undang yang menentukan budaya dari segi moral atau dalam etika sains politik pada spektrum haluan kiri pula, sifat manusia dan kemasyarakatan mudah dibentuk, prinsipal “sekularisme” adalah dinamik kepada perubahan masa (sains & teknologi) dan evolusi pemikiran manusia. 

Spektrum Ideologi Politik Haluan Kanan

Spektrum ideologi politik kanan pula, menggunakan model sistem “laissez faire” adalah asas pembentukan model ekonomi. “laissez faire” secara terminologi bermaksud “membiarkan”. Ia adalah suatu model pasaran ekonomi bebas. Ini bermaksud pihak pemodal (kapitalis) “bebas” menjalankan aktiviti ekonomi, pengeluaran dan pembuatan. Serta, mengawal keluk “permintaan & bekalan” dalam aktiviti pasaran.

Bagi yang mendokong idea ini, mereka menyatakan setiap manusia diberi peluang dan kebebasan untuk mengejar cita-citanya. Namun secara lahiriah, sistem “laissez faire” ini selalu dikritik, kerana ia bersifat tidak adil. Peluang yang sama rata, adalah satu kaedah “monopoli” sebelah pihak yang berkuasa dan memiliki dana harta (modal). Golongan minoriti ini menduduki hirarki puncak piramid dalam status dan strata kemasyarakatan. 

Pemimpin  dan kelompok masyarakat yang menerajui sistem politik spektrum kanan ini, kebanyakannya mewarisi sistem pemerintahan beraja (budaya) dan kumpulan penguasa agama. Kemudian mengadaptasi sistem demokrasi sebagai suatu bentuk enkapsulasi model pemerintahan. Namun nilai moral politik masih lagi mewarisi “tradisi” sistem pemerintahan yang lama.

Pembentukan undang-undang negara, agama dan budaya menjadi asas pembentukan undang-undang perlembagaan Negara. Di mana penguasa agama dan pemegang adat budaya memiliki keistimewaan yang berbeza di dalam perlembagaan undang-undang berbanding masyarakat umum.

Kematangan Pilihan Spektrum Ideologi Di Dalam  Sistem Demokrasi Selepas 65 Tahun Kemerdekaan VS Evolusi Kemanusiaa Era Post-Modernisme 2022

Secara keseluruhan semua parti politik dominan di Malaysia secara asasnya mengamalkan dasar spektrum aliran politik kanan (right wings). Berteraskan politik bangsa, budaya setempat dan agama. Walau bagaimanapun, ia (parti politik) mengalami perubahan mengikut rentak dan menggunakan struktur penjenamaan semula (dekonstruktif). Bermain wayang tentang  motto kerja atau misi & visi parti-parti mereka sebagai progresif, kuasa rakyat dan keadilan sosial yang menjuruskan kepada gerakan “nasionalisme” atau negara bangsa. 

Namun perkara dekonstruktif ini hanyalah alat propaganda atau “campaign material” bagi menyokong dan membantah sesetengah isu yang dibangkitkan semasa tempoh kempen pilihanraya. Semua kerajaan Negeri dan kerajaan Pusat, sama ada dari blok pemerintah atau blok pembangkang adalah menjalankan dasar spektrum aliran politik kanan. 

Setelah 65 tahun merdeka, dimanakah nilai nasionalisme negara bangsa Malaysia tersebut? 

Adakah pemfaktoran ketenteraman kontrak sosial seperti budaya, bangsa dan agama masih lagi digunakan sebagai “campaign material” bagi strategik percaturan meraih undi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya? 

Bagaimapula dengan taraf kualiti hidup atau keadaan “sosialisme umum” masyarakat Malaysia selepas 65 tahun merdeka?

Ia bukanlah persoalan spektrum warna aliran politik kiri dan kanan, ia adalah permasalahan kultus (kelompok sosial) dan doktrinasi pemikiran. Mengikut teori evolusi kemanusian, manusia adalah entiti kesedaran yang dinamik. Evolusi kesedarannya akan membawa kepada landskap pematika logika yang lebih tinggi dan nilai empirikal dalam menyatakan keputusan. 

Manusia hari ini tidak lagi perlu tunduk di bawah naungan dan keputusan manusia yang mendiami hirarki status kehidupan yang lebih tinggi kerana ia “merdeka” dalam pemikirannya dan membuat keputusan secara kolektif  majoriti kemasyarakatannya. Maka begitulah juga dengan sistem politik (sains kemasyarakatan) sosialnya, tiada konseptual idea atau teori formulasi aliran spektrum politik yang ideal dan mutlak, ia semestinya berubah mengikut evolusi kemanusian dan permasalahan semasa. 

Ya, ia bukanlah persoalan aliran spektrum politikal kanan atau kiri, namun menganuti atau mempercayai kultus dan doktrinasi aliran spektrum kanan atau kiri tanpa mengetahui epistemologi kedua-dua aliran spektrum politik adalah suatu kepercayaan “half truth” atau tidak menyeluruh di dalam membuat keputusan. Merujuk kepada model konseptual idea ahli falsafah moden Noam Chomsky, manusia hari ini adalah di dalam fasa post-modernism dimana konseptual idea pemikiran barat (sekular) dan pemikiran timur (konservatif), mengalami hybrid (post-structuralism and deconstructed), iaitu suatu nilai epistemologi inkapsulasi baru akibat daripada perubahan nilai dialektika di dalam  penstrukturan dekonstruktif nilai persamaan yang menyamai dan nilai ketidaksamaan persamaan di dalam teori formulasi permasalahan perspektif matriks teori persamaan kedua-dua objek spekulatif polariti kiri dan kanan. 

Tahun 2022, bukanlah suatu parameter menyokong atau membantah aliran spektrum kiri atau kanan, tetapi ia lebih kepada memahami asas utama politik dasar (principle & variable) akan model sistem pentadbiran kerajaan, iaitu suatu model politik negara bangsa, yang relevan dan menjamin kelangsungan hidup berkaitan sosialisme untuk semua warga negara. Tanpa kiri, kanan tidak boleh ada, Tahu kiri, kerana sebab tahu apa dan kenapa adanya kanan.

Hari ini, manusia mencari kesempurnaan di dalam kehidupan bangsa Negaranya, bukanlah berpihak kepada “dua polariti perbedaan” akan tetapi memahami “trilogi medan kesatuan” (kutub kanan, kutub kiri, dan medan bukan arus kanan dan arus kiri), sebagai resolusi untuk menyelesaikan permasalahan kemasyarakatan (sosiologi) pada masa dan ketika.

PENGENALAN KE ATAS SPEKTRUM ALIRAN PARTI POLITIK KIRI SEBAGAI SUATU NILAI EPISTEMOLOGI KESEMPURNAAN MENGENAL KONSEPTUAL IDEA, IDEOLOGIKAL PARTI POLITIK DAN PEMFAKTORAN KESEDARAN & KEMATANGAN KEMASYARAKATAN DI DALAM BERPOLITIK

  • Mengenal  Konseptual Idea, Sosialisme Sebagai Asas Pembentukan Parti Politik Berhaluan Kiri. 

Ontologikal Fahaman Sosialisme: 

Sosialisme lahir daripada gerakan penentangan terhadap kleptokrasi dan nepotisme di dalam sistem pentadbiran pemerintahan feudal, penguasaan golongan pemodal dalam ekonomi dan disokong oleh institusi keagamaan. Dan juga disebabkan oleh gerakan kebangkitan kesedaran rakyat bawahan, terhadap ketidak-adilan, cengkaman kekuasaan, doktrinasi teologi yang berat ke arah pemerintah, dan erti “kemerdekaan” sebenar pada diri serta sosiologi kehidupan mereka. 

Secara mudah (bahasa), sosialisme adalah “suatu gerakan rakyat”. Dalam pendefinisian secara literasi kasus politik, sosialisme adalah teori formulasi konseptual idea, sistem organisasi sosial dan ekonomi, dimana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati secara bersama oleh seluruh rakyat secara adil dan saksama. Maka sosialisme bukanlah secara mutlak anti kepada sistem keagamaan dan sistem monarki, akan tetapi ia adalah penyelesaian permasalahan kepada sistem yang korup dan tiada keadilan di dalam kontrak sosial.

PRO DAN KONTRA IDEOLOGI FAHAMAN SOSIALISME DIDALAM GEOPOLITIK ASIA (TIMUR):

Sosialisme Mengangkat Isu Permasalahan Rakyat iaitu membentang perkara penting dalam asas kehidupan manusia seperti; 

  1. Kesihatan 
  2. Pendidikan 
  3. Perlindungan (Rumah dan Kemudahan Asas) Serta
  4. Taraf Kualiti Hidup (Kuasa Beli dan Indeks Kebahagian Masyarakat) yang secara penstrukturan formulasinya, setiap rakyat di dalam sistem sosiologi sebuah negara wajib mendapatkan keempat-empat parameter diatas secara percuma atau berkebajikan (subsidi bersasar). Maka idea sosialisme mula dipelopori di negara asia sebagai agen perubahan (penyelesaian masalah) kepada sistem feudal yang sedia ada dan diterima oleh masyarakat-masyarakat yang menginginkan perubahan. 

Kelemahan konseptual idea sosialie di negara Asia khususnya Asia Tenggara;

  1. Teori Filsafat Sosialisme diambil secara literal (terus)
  2. Kurang kesedaran dan pendidikan masyarakat terhadap teori politik (sains kemanusian). 

Sosialisme selalu dikait rapat dengan fahaman Komunisme, kerana kedua-duanyamemiliki persamaan iaitu “merakyatkan institusi kerajaan” atau kuasa rakyat sebagai suatu identiti di dalam pembentukan negara bangsa, secara wacana keilmuan, tiada judifikasi legitimasi lengkap ke atas kasus “sosialisme vs komunisime”. Namun komunisme dilihat sabagai suatu konsep idea yang melambangkan keadaan “utopia” atau puncak komuniti masyarakat dan bukanlah suatu kenyataan realiti yang berlaku terhadap kelompok kemasyarakatan. 

Secara keseluruhan garis masa sekarang, kebanyakkan negara barat (eropah) mengamalkan sistem konseptual idea sosialisme yang berintegrasi (hybrid) dalam pentadbiran kerajaan, termasuklah negara kesatuan Soviet Rusia, (Union of Soviet Socialist Republics), dan negara yang mengamalkan komunisme “communist state”, dengan pemfaktoran teori formulasi ideologi Marxisme-Leninisme hanyalah negara seperti China, Cuba, Laos dan Vietnam, yang menggunakan kaedah “unitary one party socialist republik” dalam kaedah peraturan dewan rakyat (parlimen). Bagi memahami konseptual idea “sosialisme” pada keadaan masyarakat majoriti yang ada, teori formulasi sosialisme itu haruslah “dibangunkan” dan diberi enkapsulasi baru, supaya ia sesuai dan diterima masyarakat, contohnya konsep idea “Islam dan Sosialisme” oleh Ali Syariati (Iran), dan Tjokroaminoto (Indonesia), yang sesuai dengan budaya dan pegangan agama masyarakat setempat. 

Di malaysia konseptual idea sosialisme selalu dikaitkan dengan PARTI KOMUNIS CHINA (rejim Mao Zhedong) dan bukan konseptual idea sosialisme secara kaedah teori ilmu, maka ia ditolak kerana kepentingan memelihara agama dan budaya adalah penting bagi masyarakat ketika itu. 

  • Mengapa Perlu Ada Pengenalan Pengetahuan      Terhadap Spektrum Politik Kepada Masyarakat Umum Di Malaysia?

Kepentingan paling utama di dalam perkara ini adalah supaya mendapatkan gambaran keseluruhan yang sempurna, serta kefahaman terhadap lanskap politik tanah air dan sosialisme rakyatnya. 

Kedua adalah suatu kesedaran iaitu tanggunjawab interaksi dirinya dengan sosial masyarakat dan negaranya. Kedua- dua pemfaktoran ini adalah paling penting iaitu menjadi penakulan nilai, akan nilai “kemerdekaan” diri dan haknya dalam suatu negara bangsa. Namun dua parameter pemboleh-ubah dibawah, boleh menyebabkan nilai kemerdekaan diri dan hak warga-negara itu dicabuli dengan tanpa sedar dan diketahui oleh masyarakat umum sekiranya tiada dan pendedahan dan pengetahuan terhadap teori spektrum politik.

DOKTRINASI DAN HALUSINASI PLATFORM MEDIA (INFORMATION CENTER) (THE BIG DATA & DATA INFORMATION MANAGEMENT)

Secara keseluruhan, kebanyakan media massa, media cetak, media elektronik, adalah memiliki platform Spektrum Politik Haluan Kanan, walaupun ia diklasifikasikan sebagai media pro-kerajaan, pro pembangkang atau bebas, ia masih judifikasi terhadap fabrikasi jaringan spektrum aliran ideologikal politik kerajaan, secara dasar, ia masih lagi bersifat konvernsional, bias terhadap isu berkelompok (kumpulan sasar) seperti bangsa, agama, kaum, dan pendapatan isi rumah, selain itu, melindungi pihak-pihak yang berkepentingan seperti pemodal dan institusi agama dan bangsa. 

Sebagai contoh, semasa kempen PRN Johor 2022, manifesto atau akur janji, pihak blok kerajaan atau blok pembangkang adalah sama daripada asas kaedah pembentukan, corak kempen yang sama, strategi target pengundi yang sama. 

Mengapa tiada parti yang bertanding membentangkan kegagalan sistem pentadbiran? Sistem pentadbiran sedia ada pula tidak berpihak kepada rakyat?

Dan kenapa selepas 65 tahun mencapai kemerdekaan, “Modal Insan” rakyat tidak dijadikan sebagai pelaburan utama negara, agar taraf hidup rakyat dapat diperkasa?

Adakah kemajuan itu dinilai daripada pembangunan infrastruktur dan perkembangan industri, namun minda dan taraf kehidupan rakyat masih lagi duduk ditakut seperti negara selepas merdeka?

Mengapa politik hasutan (individu), politik kemiskinan bangsa, politik teras agama, politik rasuah (melalui program-program ceramah berserta hiburan persembahan artis & persembahan kebudayaan) serta program “menukar minyak hitam” dan petrol percuma bagi motosikal masih lagi menjadi dominan sebagai “alat propanganda” didalam kempen PRN Johor 2022. 

Tema kempen PRN seperti perpaduan, kestabilan, bangkit bersama, menjadi “objektif misi dan visi”, mengapa tiada tema “Memperkasakan Rakyat”, “Menjadi Taraf Hidup Rakyat Kelas Pertama”, “Modal Insan adalah Asas Negara Maju”, mengapa tema-tema ini tiada? 

Kerana semua penglibatan parti politik yang bertanding adalah daripada spektrum politik aliran kanan. Atau secara definisi kematangan, “berpolitik atau berkempen” selepas 65 tahun merdeka, mengapa tiada program debat perdana di antara calon-calon Menteri Besar atau berserta calon calon kabinet-kabinet bayangan yang akan menduduki portfolio kerja tertentu? 

Kemudian disiarkan secara langsung di atas talian media elektronik dan stesen televisyen utama negara, kaedah ini lebih mudah bagi “pengundi-pengundi” menilai sendiri karisma, ideologi dan wacana yang ingin dibawa sebagai manifesto pilihanraya. Kaedah ini telah dijalankan dan diamalkan oleh negara jiran kita seperti Singapura dan Indonesia. 

Ini menunjukan kematangan ahli politik mereka serta rakyat mereka secara keseluruhan di dalam mengamalkan demokrasi. Dan paling utama kaedah ini adalah suatu perkara yang efektif dan mesra S.O.P kesihatan semasa negara masih lagi dalam ancaman pandemik Covid 19.

INSTITUSI PARLIMEN (DEWAN RAKYAT) SEBAGAI ALAT PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG (DASAR NEGARA); DAN AHLI DEWAN RAKYAT PEMBANGKANG SEBAGAI SUATU MEKANISME SEMAK DAN IMBANG

Semua dasar pelan tindakan pembangunan dan pentadbiran Negara harus dibahaskan di dewan rakyat dipersetujui sebelum dijalankan oleh institusi kementerian dan jabatan. Maka apa jua keputusan majorti ahli dewan rakyat (ahli parlimen) adalah jua hasil tindak balas daripada pegangan ideologikal parti dan keseluruhannya adalah penganut aliran spektrum politik kanan (yang berpihak kepada golongan pemodal). Sebagai contoh, peratusan belanja pembangunan belanjawan negara lebih dominan kepada pembangunan infrastruktur yang dinyatakan sebagai impak kemajuan sains dan teknologi, sedangkan pembangunan modal insan dan taraf hidup dijadikan perkara sekunder yang diberikan subsidi berkala dan pinjaman.

Sedangkan pemain industri dan pemodal didalam projek pembangunan skalar besar diberi “Geran Jaminan Kerajaan”. Adakah ini suatu keadilan dalam kontrak sosial masyarakat majoriti sedangkan “duit rakyat” dijadikan “Geran Jaminan Kerajaan” bagi membiayai projek dimana golongan tertentu memiliki kepentingan?

Perkara ini, boleh dilihat secara spesifikasi (kajian kes), melalui tindakan kerajaan dibawah majoriti konsesus blok Barisan Nasional, blok pakatan harapan atau blok Perikatan Nasional, tindakan kerajaan membuat keputusan di dalam menangi isu kemasyarakatan (monotorium) atau isu global seperti wabak penyakit, kemelesatan ekonomi dunia, kebanyakan tindakan dan dana belanjawan lebih banyak melindungi pihak pemain industri dan pemodal, dan terdapat beberapa isu kesalahan jenayah dadah, kesalahan jenayah kewangan (AMLA) dan lain kes jenayah tidak dibuka kertas siasatan atau dibicarakan di mahkamah kerana mereka merupakan golongan strata atas piramid sosial negara ini. 

Kerana “Kuasa Politik” atau Modal Gerakan Aliran Spektrum Politik Kanan di-biayai dan diberi sokongan oleh golongan kepentingan (pemain industri dan pemodal).

SEMAK DAN IMBANG DALAM SISTEM DEMOKRASI : 

Amerika Syarikat merupakan negara yang mempromosi dan membangunkan sistem demokrasi dalam dewan senat, begitu juga dengan United Kingdom, negara yang mewariskan sistem demokrasi perlembagaan di Malaysia, kedua dua negara ini, memiliki suatu sistem “semak imbang” yang stabil (untuk masa ini), iaitu memiliki dua blok spektrum ideologi politik haluan kiri dan kanan Conservative Party (British Right UK) dan Labour Party (British Left UK) untuk United Kingdom dan Republican Party (Right Leaning) dan Democratic Party (Left Leaning) di Amerika Syarikat. 

Adakah “keadilan dan kesamarataan” kaedah semak dan imbang dalam sistem demokrasi boleh berlaku sekiranya dua-dua blok iaitu blok kerajaan dan blok pembangkang adalah datang daripada sama aliran spektrum ideologikal politik kanan?

  • PERKEMBANGAN KONSEPTUAL IDEA SOSIALISME DAN EVOLUSI KEMASYARAKATAN DALAM NEGARA MAJU. 

Bagi meneliti keberkesanan dan perkembangan konseptual idea sosialisme, kita tidak semestinya perlu memahami keseluruhan teks makalah “Das Kapital “ atau “Communist Manifesto” (namun ia digalakkan), akan tetapi adalah dengan memahami parameter pemfaktoran asas kepada konseptual idea sosialisme itu. 

  1. Kesihatan 
  2. Pendidikan 
  3. Perlindungan (Rumah dan Kemudahan Asas) Serta
  4. Taraf Kualiti Hidup (Kuasa Beli dan Indeks Kebahagian Masyarakat). 

Adakah negara kita memiliki sistem kesihatan yang baik dan percuma? 

Pendidikan dari awal pendidikan ke institusi pengajian tinggi percuma, dan peluang yang adil untuk semua? 

Adakah semua rakyat atau keluarga dapat memiliki rumah yang selesa; iaitu tanpa kaedah beban hutang dan tempoh pinjaman yang panjang?

Dan adakah rakyat Malaysia sihat dan bahagia, tiada tekanan emosional akibat kelangsungan untuk hidup? 

Ini adalah intipati utama perjuangan pergerakan sosialisme, bukan titik tolok banding kepada parameter pencapaian bangunan paling tinggi (infrastruktur fizikal) kereta nasional boleh terbang, rumah ibadat paling besar, pingat emas pertama sukan Olimpik dan lain-lain lagi.

MELIHAT PERKEMBANGAN “TRANSFORMASI & TRANSMUTASI” KONSEPTUAL IDEA SOSIALISME DALAM TEORI FORMULASI DEMOKRASI SOSIAL DAN KEBERKESANAN DI NEGARA NORDIC (NORDIC MODEL’S) EPISTEMOLOGI DEMOKRASI SOSIAL: 

adalah suatu konseptual idea ideologi politik yang menggabungkan konseptual idea sosialisme, dengan parameter pemboleh-ubah teoritikal kapitalis yang sesuai. 

Ontologikal gagasan konsetual idea “Demokrasi Sosial” adalah penyelesaian permasalahan kepada penguasaan “Unsur Kapitalis” di dalam sistem pentadbiran negara dan kemasyarakatan. Fahaman atau gagasan pemikiran “Demokrasi Sosial” ini, adalah berasal daripada “tempoh peralihan” sistem politikal kenegaraan daripada sistem ekonomi yang pro kepada kapitalis (kapitalisme) kepada model sistem ekonomi sosialisme, dengan menggunakan kaedah perundingan dan kaedah teoritikal politik yang aman, tanpa perlu ada “perubahan mendadak” yang dipanggil “sosialisme berevolusi” kerangka model “Demokrasi Sosial” moden adalah bercirikan suatu “Memorendum Kesefahaman” (M.o.U) didalam pengubalan & sokongan rang undang-undang yang menjadi polisi yang menjamin akan perihal;

  1. Ketidak-samaan dan Penindasan (peluang) kepada golongan bawahan masyarakat 
  2. Menyokong dan membantu perkhidmatan awam, dalam perkhidmatan pendidikan, kesihatan, kebajikan dan Hak Pekerja. 

DEMOKRASI SOSIAL DALAM LANDSKAP STRUKTUR (NORDIC MODEL’S) : 

Nordic Model merupakan suatu asimilasi model kemasyarakatan yang menggabungkan aspek ekonomi dan polisi sosial sebagai suatu budaya kehidupan “cultural practices” yang diamalkan oleh negara seperti Denmark, Finland, Iceland, Norway dan Sweden.

Secara naratif sejarah penubuhan “Nordic Model” dikaitkan dengan peristiwa “Grand Compromise” antara pekerja ladang dan pemilik ladang dengan parti buruh pada 1930. Asas kaedah pembentukan model nordic ini adalah menerapkan negara berkebajikan, peluang dan kesamarataan pencapaian (multi level collective bargaining) berdasarkan suatu fondasi model ekonomi “social corporatism”. Pencapaian Sistem Demokrasi Sosial “Nordic Model”, negara-negara seperti Denmark, Finland, Iceland, Norway Dan Sweden, memiliki sistem kebajikan rakyat yang ideal seperti sistem pendidikan percuma, sistem kesihatan percuma, sistem perumahan rakyat, dan ia bukanlah sekadar percuma namun sistem pendidikan negara Nordic ini diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia. 

Pendapatan Per Kapita rakyat yang tinggi, serta indeks kegembiraan rakyat yang tertinggi di dalam dunia. Bagi sektor pengurusan pentadbiran kerajaan dan jabatan, kerajaan kerajaan di dalam negara model Nordic ini mendiami carta 10 terbaik dunia, dengan amalan kerja cemerlang, bebas rasuah dan yang paling mengejutkan, tiga negara dalam Model Nordic iaitu Negara Scandinavian seperti Denmark, Sweden dan Norway masih lagi memiliki sistem konstitusi diraja, malah penduduk mereka masih lagi mewarisi dan mengamalkan tradisi dan budaya mereka turun temurun. 

Maka, mengapakah di Malaysia fahaman atau ideologikal gagasan fikir serta ideologikal parti berfoundasi kerangka model sosialisme sukar diterima?

Mengapa konseptual idea formulasi kaedah model “Raja Berpelembagaan” tidak boleh diperkasakan dengan menerap nilai janaan estetika “Demokrasi Sosial”, sebagai “kontrak baru” penyelesaian permasalahan kleptokrasi dan nepotisme akibat kejersama kesefahaman antara “peminpin politik” dengan “Pihak Pemodal dan Pemain Industri?

Mengikut konstitusi perlembagaan Negara Malaysia, kedudukan Raja, iaitu merujuk perihal perkara; Yang Dipertuan Agong (YDPA), adalah hanya berkuasa mutllak ke atas perkara Adat Istihadat Melayu, Hal Ehwal Agama Islam, dan Ketua Turus Angkatan Tentera, manakala Perdana Menteri adalah individu yang “paling berkuasa” di dalam menentukan dasar pelaksanaan dan rang undang-undang negara, juga menasihatkan Yang Dipertuan Agong, supaya bagi mempersetujui keputusan termasuk juga perihal belanjawan dan perbelanjaan tabir urus dan perlaburan negara. 

  • GERAKAN KESEDARAN IDEOLOGIKAL POLITIK KIRI MALAYSIA KEPENTINGAN MEMAHAMI STRUKTURAL SISTEM IDEOLOGIKAL PARTI POLITIK DAN ALIRAN SPEKTRUM POLITIKNYA. 

Secara akumulatif keputusan kajian lapangan, 95% ke 99% peratusan pengundi- pengundi tidak mempunyai pengenalan pengetahuan dan kefahaman yang menyeluruh mengenai Teori Spektrum Ideologikal politik dan parameter peratusan yang sama juga, para pengundi (keseluruhan masyarakat) mengetahui akan kewujudan parti ideologi politik berhaluan kiri atau parti politik itu diklasifikasikan sebagai parti ideologi politik berhaluan kiri, seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PSM). 

Ini menunjukan konseptual idea “sosialisme” adalah suatu perkara yang asing, atau terpinggir didalam arena landskap argumentasi & kritikan politik dalam Malaysia.

HALATUJU GERAKAN IDEOLOGIKAL PARTI SPEKTRUM ALIRAN KIRI MALAYSIA

Penglibatan Parti Sosialis Malaysia (PSM), didalam PRN Johor 2022, secara kebangkalian dan kemungkinan, tiada apa boleh berlaku atau dilakukan dari segi perubahan dasar di peringkat dewan undangan Negeri (DUN), kerana pihak Parti Sosialis Malaysia (PSM) hanya menghantar satu calon tunggal didalam PRN, ( iaitu1 daripada 54 kerusi DUN yang dipertandingkan) dan jika dinilai daripada Manifesto (Akur Janji) PRN pihak Parti Sosialis Malaysia (PSM), manifesto yang dikeluarkan secara ciri kaedah pembentukan, memiliki kesamaan dengan parti-parti dominan yang bertanding, hanya parameter pemboleh-ubah memiliki ciri yang berbeza namun tidak ketara.

Perkara fundamental yang seharusnya menjadi keutamaan oleh gerakan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebagai hala tuju bukanlah usaha memenangi pilihanraya, akan tetapi membawa suatu revolusi pemikiran, arena politik baru sebagai suatu kempen pengenalan, pengetahuan, kefahaman dan kesedaran rakyat terhadap;

Apa itu sosialisme? 

Apa itu spektrum politik dan evolusi serta pencapaian konseptual idea sosialisme dalam menyelesaikan permasalahan rakyat pada hari ini?

Memenangi Majoriti Pilihanraya Vs Sosialisme Berevolusi?

Kedua-dua idea ini, dilihat tidak praktikal kerana kekurangan dana dan pembiaya untuk menyertai PRU atau PRN secara keseluruhan kerusi, dan sejarah negara bangsa Malaysia memperolehi kemerdekaan bukannya dengan kaedah gerakan revolusi rakyat, tetapi secara rundingan. 

Namun apakah yang relevan dan penting untuk dibangunkan dan digerakan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau mana- mana parti ideologikal spektrum haluan kiri?

SEKOLAH SOSIALISME : GERAKAN PEMBAHARUAN DAN KEMPEN KESEDARAN TERHADAP KEPENTINGAN MENGAMBIL BERAT TENTANG POLITIK, DAN TRANSFORMASI MODEL-MODEL KONSEPTUAL IDEA POLITIK TERKINI

Ya, sekolah atau pendidikan adalah merupakan agen penting didalam suatu gerakan perubahan masyarakat, Permasalahan Spektrum Parti Politik Haluan Kiri di Malaysia adalah keilmuan tentangnya, iaitu tiada pengenalan pengetahuan (naratif sejarah atau teori formulasi keilmuan) di kokurikulum sekolah menengah atau universiti (tempatan), tiada pengenalan pengetahuan mengenainya di media masa utama dan paling merisaukan tiada kelompok yang ramai membentangkan dalam bentuk diskusi ilmiah, sembang santai atau doktrin material (yang melabelkan gerakan aliran parti politik ideologi aliran kiri). 

Jika ada ia adalah tertutup. Pertubuhan Parti Politik Yang berdaftar seperti Parti Politik Sosialis Malaysia (PSM), seharusnya dijadikan kelebihan, iaitu sebagai platform bagi memperkenalkan dan menyebarkan gagasan pemikiran ideologi parti politik haluan kiri, dengan menubuhkan sekolah atau pusat perbincangan di setiap cawangan parti. 

Dan “semangat kiri” penetangan dan revolusi diterapkan dalam budaya menyampaikan konseptual idea apa itu sosialisme dan ahli-ahli politik parti juga tidak boleh terikat atau kultus dengan teori formulasi awal penubuhan “sosialisme”, akan tetapi sentiasa dinamika iaitu mempunyai ruang berdiskusi dan menerima aspek nilai tambah daripada epistemologi politik aliran kanan. Atau pihak PSM boleh mempelopori dan membangunkan idea “Demokrasi Sosial” yang sesuai dengan budaya dan perlembagaan Malaysia, dimana model Nordic ini telah dibuktikan berjaya dan paling penting dapat menyelesaikan permasalahan masyarakat. 

Perjuangan adalah Pengorbanan dan ia mengambil masa (kaedah proses). Revolusi Pemikiran adalah jua bentuk revolusi, Mungkin peranan utama parti-parti politik ideologi spektrum haluan kiri di Malaysia, adalah memperjuangkan “revolusi pemikiran” iaitu satu evolusi pemikiran yang tidak kultus atau doktrin kepada suatu pihak atau displin ilmu didalam kepelbagaian spektrum yang berbeda. 

Rujuk kepada Tokoh Sosialisme Indonesia Tan Malaka (Pasca Kemerdekaan), beliau telah menyelesaikan permasalahan masyarakat ketika itu, seperti permasalahan kepercayaan agama dan budaya masyarakat ketika itu (teologi kelangitan), permasalahan dialektika satu hala (kepimpinan), serta permasalahan budaya pemikiran yang merendahkan kebolehan logika akal (penghambaan status sosial). 

Tan Malaka telah memperkenalkan teori formulasi “Madilog” Materialisme Dialektika dan Logika sebagai asas foundasi ideologikal (gagasan berfikir) dan menerapkan 10 prinsipal utama di dalam “Murbanisme” sebagai gerakan pratikal konseptual idea beliau. Dan gagasan bentuk pemikiran Tan Malaka ini hanya diguna pakai oleh rakyat indonesia semasa revolusi 1998 menentang kleptokrasi dan nepotisme di dalam pengurusan pentadbiran kerajaan Indonesia ketika itu, walhal idea gagasan pemikiran beliau terbit sebelum pasca kemerdekaan Indonesia lagi. 

Perjuangan ke arah kebaikan adalah suatu pengorbanan dan tindakan sakral, perjuangan tidak seharusnya berkisar atau berpusat ke arah memenangi pilihanraya sahaja, malah lagi penting adalah membawa kesedaran baru dan alternatif ruang penyelesaian permasalahan kemasyarakatan adalah lebih diperlukan dan didokong. Harapan di masa hadapan ialah gerakan parti politikal ideologi spektrum haluan kiri di Malaysia akan terus berkembang sebagai wadah “Revolusi Pemikiran” bangsa terhadap kesedaran keseluruhan sains kemasyarakatan (politik) pada setiap vektor pencerahan spektum politikal yang ada.

HIPOTESIS AKHIR KESIMPULAN PERBINCANGAN PENDAPAT DAN ARGUMENTASI 

Ini bukan persoalan menyokong atau menolak pihak kultus dikiri atau dikanan, ini hanyalah suatu kesempurnaan “dialektika & argumentasi”, di dalam mengenali kanan dengan adanya kiri, mengenal kiri sebab tahu dan mengerti apa itu kanan. 

Kanan dan kiri hanyalah suatu “keadaan keberadaan” iaitu doktrinasi dan bukanlah “kenyataan keberadaan” (hukum perundangan) yang menentukan ada. 

Sekian Terima Kasih

Media Karyasama, Johor Bahru. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *