Skip to content
Laman Utama » Protes Kerajaan Gagal di Parit Raja, Batu Pahat

Protes Kerajaan Gagal di Parit Raja, Batu Pahat

BATU PAHAT, 14 April 2021 – Kelmarin, di ambang malam aidilfitri, sekumpulan pemuda mengadakan aksi spontan tunjuk perasaan di pekan Parit Raja. Mereka dilihat seakan sudah terlalu marah dan tidak puas hati dengan pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional di bawah Pimpinan Muhyiddin Yasin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata kepada Harian Metro, pihaknya menerima panggilan telefon pada 11.04 pagi 13 Mei semalam daripada orang awam mengenai tular kejadian merusuh, membakar suar dan menaikkan kain rentang bagi menyatakan bantahan terhadap pihak kerajaan.

Sumber: FB page Otai Johor

Pihak polis menerima satu lagi laporan daripada orang awam yang melayari laman sosial yang menunjukkan rakaman video satu perhimpunan yang tidak mematuhi SOP PKP yang sedang dilaksanakan ketika ini,” Kata beliau semalam.

Polis mengesahkan menerima beberapa panggilan telefon mulai 12 tengah malam hingga 1 pagi melaporkan aktiviti samseng jalanan di kawasan Parit Raja dan berjaya disuraikan.

Tindakan pencegahan dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan di daerah Batu Pahat khususnya di Kawasan Parit Raja,”

Beliau juga menyeru orang awam untuk menampilkan diri ke Balai Polis Parit Raja di talian 07-4541222 atai IPD Batu Pahat di 07-4363300.

Tambah beliau lagi, kes ini disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan atau Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

Beliau juga memberitahu bahawa pihak polis telah menahan seorang lelaki penduduk tempatan berusia 21 tahun bagi membantu siatatan.

Sebelum itu, aksi spontan ini telah dilaporkan oleh Otai Johor dan Nak Tau Tak? Channel melalui sebuah video yang memaparkan sekumpulan anak muda yang membuat onar bersama kain rentang yang menyatakan ‘Kerajaan Gagal’.

Walaupun ada netizen yang mengatakan itu adalah satu aksi samseng jalanan yang tidak beradab, kebanyakan netizen memberikan komen mempersetujui tindakan sekumpulan pemuda itu.

Salute guys ini yang kita nak sama-sama lawan sampah kerajaan ni semua!

Padu bai.”

Betul, tadi member kampung ada info budak-budak situ mengamuk.”

Sumber Youtube channel: Nak Tau Tak? Channel

Selain itu, ada juga netizen yang merasakan demo ini adalah kerja sia-sia,

Benda sia-sia… 10 Kali tukar kerajaan tapi muka situ yang sama juga jadi menteri main lompat-lompat parti, tak ada bawa perubahan apa pun dalam negara. Dah sampai masa sistem dikaji semula…

Ada juga yang menyatakan tindakan ini sangat tidak sesuai pada waktu pandemik ini.

Mangkok2 ni kena Covid nanti salahkan kerajaan jugak ni…” kata seorang netizen.

Seorang penduduk asal Parit Raja yang secara kebetulan berada di tempat kejadian sewaktu demo berjalan, yang mahu dikenali sebagai Mudin, 26 tahun, memberitahu kepada pihak kami mungkin ini adalah sebuah tanda protes dari sebilangan masyarakat yang marah terhadap pihak kerajaan.

“Mungkin sekarang isu masalah kerajaan semakin menjadi-jadi, orang semakin fed-up. Ahli politik dan golongan kayangan boleh langgar SOP, marhaen rakyat biasa sahaja kena saman puluh ribu…” Katanya hari ini pada pihak kami.

Mudin juga menjelaskan lebih lanjut, sekadar yang dapat diperhatikan dari jauh, kumpulan penunjuk perasaan ini kelihatan berumur dalam lingkungan 21 sehingga 25 tahun. Selebihnya, beliau juga tidak tahu siapa yang menyusun pergerakan anak-anak muda ini.

Pagi ini, Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Mohd Puad Zarkashi mengeluarkan kenyataan menafikan terlibat dalam mendanai tunjuk perasaan bantah kerajaan tersebut.

Ada individu yang cuba kaitkan saya dengan kejadian perhimpunan, bakar suar dan pamer kain rentang ‘Kerajaan Gagal’ di Parit Raja, Batu Pahat.

Mungkin, pertama kerana saya Ketua Umno Bahagian Batu Pahat. Kedua, kerana saya konsisten mengatakan kerajaan PM 8 (Muhyiddin Yassin) memang ‘Kerajaan Gagal’.

Perlu dijelaskan, Pt Raja berada dalam kawasan Parlimen Seri Gading bukan Parlimen Batu Pahat. Maka jangan tuduh semberono,” katanya dalam satu catatan di Facebook, hari ini.

Semoga PM 8 (Muhyddin) berpijak di bumi nyata. Tahniah orang Parit Raja,” tambahnya lagi.

Sementara itu, aktiviti orang awam di Parit Raja di hari raya pertama dan kedua tetap berjalan lancar seperti biasa mengikut prosedur dan SOP yang ditetapkan.

Sumber: FB page Otai Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *