Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Isu gari: Lelaki didakwa pukul pengawal peribadi bukan dalam tahanan polis
  • »
  • Berita, BERNAMA, Masyarakat
  • April 25, 2021April 25, 2021
  • 0

Isu gari: Lelaki didakwa pukul pengawal peribadi bukan dalam tahanan polis

KUALA LUMPUR, 25 April — Polis menyeru orang ramai agar tidak memanipulasi isu seorang lelaki yang dibawa ke Mahkamah Jalan Duta tanpa bergari dan tidak berpakaian lokap bagi menghadapi pertuduhan kes mencederakan dua pengawal peribadinya, Jumaat lepas.

Sebelum itu lelaki berkenaan pada Khamis lepas didakwa di Mahkamah Majistret Klang atas beberapa pertuduhan antaranya memukul dan mengugut mangsa sama.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah menjelaskan bahawa lelaki itu bukan dalam tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah Jalan Duta dan dia juga telah diberi jaminan polis sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

“Atas sebab berkenaan maka pihak polis tidak boleh menahan semula dan menggari suspek atas kesalahan yang sama semata-mata untuk dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur.

“Oleh itu, tidak timbul isu suspek mendapat layanan istimewa kerana undang-undang telah menetapkan sedemikian bahawa tiada siapa yang boleh ditangkap atas kesalahan yang sama sepertimana yang termaktub di bawah Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, berhubung isu lelaki berkenaan dilihat dibawa ke mahkamah tanpa memakai baju lokap, Mohamad Zainal berkata pihak polis mematuhi prosedur ditetapkan dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara A118, iaitu apabila banduan dibawa ke mahkamah, dia hendaklah memakai pakaian yang dipakai semasa dia ditangkap, melainkan pakaian berkenaan dijadikan barang kes.

“Polis turut menggesa orang ramai agar tidak memanipulasi isu ini sehingga boleh menyebabkan salah faham, menimbulkan kekeliruan dan menggambarkan keadaan yang tidak tepat sehingga boleh menjejaskan reputasi dan imej polis di mata masyarakat,” katanya.

Semalam, tular satu artikel yang memaparkan gambar lelaki itu yang merupakan majikan kepada dua pengawal peribadi terbabit, diiring ke mahkamah tanpa bergari.

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Kelonggaran pulang buat pekerja Malaysia divaksin di Singapura sedang diusahakan
  • Penduduk Tegas Untuk Selamatkan Bukit Payung

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.