Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • 2.7 juta rakyat Johor terlibat Banci Malaysia 2020
  • »
  • Berita, BERNAMA, Ekonomi, Masyarakat
  • April 25, 2021April 25, 2021
  • 0

2.7 juta rakyat Johor terlibat Banci Malaysia 2020

JOHOR BAHRU, 25 April — Seramai 2.7 juta rakyat Johor terlibat dalam Banci Malaysia 2020 bermula 7 Julai tahun lepas, membabitkan satu juta kediaman di seluruh negeri, kata Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia (Program Ekonomi) Datin Seri Rozita Talha.

Rozita yang juga Timbalan Pesuruhjaya Banci 2020 berkata bagi menggalakkan lebih ramai penduduk di negeri ini dibanci, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengadakan program turun padang iaitu Program Pelaksanaan Banci Malaysia bersama pembanci di Muar hari ini.

Beliau berkata program berkenaan bertujuan untuk membuat pemantauan pelaksanaan banci secara bersemuka dari rumah ke rumah sekali gus dapat memberikan publisiti kepada Banci Malaysia 2020 yang sedang giat dilaksanakan di seluruh negara pada masa kini.

“Banci Malaysia 2020 merupakan peluang yang diberikan kerajaan setiap 10 tahun kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menyatakan keperluan yang diperlukan sama ada dari segi kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, capaian Internet serta kemudahan awam seperti jalan raya, rekreasi, bekalan air dan elektrik.

“Banci Malaysia 2020 meliputi semua penduduk di Malaysia iaitu warganegara dan bukan warganegara. Data yang dikumpul menjadi nadi utama dalam pembentukan dasar oleh kerajaan dan pihak berkepentingan serta rujukan penganalisis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, operasi Banci Malaysia 2020 di lapangan di seluruh negara dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard – Operasi Pembancian di Lapangan Banci 2020 dan tertakluk kepada arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa.

“Semua penduduk diseru untuk menjayakan Banci Malaysia 2020 dalam memastikan tiada yang ketinggalan demi masa depan bersama. Kejayaan negara dan kesejahteraan hidup yang dinikmati pada hari ini adalah hasil penyaluran maklumat penduduk daripada banci-banci terdahulu,” tambahnya.

Untuk rekod, sehingga kini, 16.3 juta atau 49.9 peratus daripada anggaran 32.7 juta rakyat Malaysia telah dibanci.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: Banci, Johor, tgk

Editorial2

  • Jadual Cub Prix Malaysia mungkin terjejas jika kes COVID-19 meningkat
  • Ibu bapa jangan risau, kerajaan ada cara tangani kluster pendidikan – Rina

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.