Maidam agih bantuan lebih RM13 juta bermula minggu depan

KUALA TERENGGANU, 14 April — Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan mengagihkan zakat sebanyak RM13,495,300 kepada 22,857 Ketua Isi Rumah (KIR) bermula minggu depan.

Yang Dipertua Maidam Datuk Osman Muda berkata pada tahun ini Maidam bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan zakat kerana memahami kesusahan yang dihadapi oleh asnaf dalam kegetiran ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya ketika ini.

“Oleh itu, kadar bantuan zakat dinaikkan dari RM400 kepada RM500 bagi bilangan isi rumah tiga orang dan ke bawah termasuk KIR manakala bagi isi rumah empat orang ke atas, kadarnya dinaikkan dari RM600 kepada RM700.

“Bayaran akan diagihkan dengan kaedah wang tersebut terus dimasukkan kepada akaun bank penerima dan berharap ia dapat meringankan sedikit bebanan yang  dihadapi mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *