SOALAN TABOO (JANGGAL) UNTUK PARENTS

Oleh: Komrad Betty

Pernah tak kita terfikir sebagai seorang ibu bapa, kita meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi pada anak-anak. Kita mahu dia berjaya dalam pelajaran, berkahwin dengan pasangan yang baik, bekerjaya dalam bidang professional, menjadi seorang yang berguna di dalam komuniti. Tapi pernah tak kita bersedia dengan kebarangkalian yang tidak akan sama dengan apa kita harapkan.

Sebagai contoh, ampa ada seorang anak lelaki yang berperwatakan seperti seorang lelaki, handsome, sado, bekerjaya, berkarisma. Lalu ampa mahu dia mendapatkan jodoh yang sekufu dengan dia, perempuan yang cantik, caring dan sebagainya.

Apa yang ampa akan buat apabila anak lelaki ampa tu berkata “saya gay”?

Apakah perasaan ampa ketika tu? Apakah tindakan ampa sesudah tu? Aku tidak heran sekiranya ampa akan elakkan soalan-soalan macam ni sebab isu seksualiti ni masih taboo dalam masyarakat kita.

Tapi realitinya generasi yang mendatang ni lebih tinggi kesedaran mereka tentang seksualiti. Mereka lebih berfikiran terbuka dalam bab-bab macam ni.

Sekiranya anak ampa gay, adakah ampa akan kahwinkan juga dia dengan perempuan, dengan harapan dia akan jadi heteroseksual semula? Tak semudah itu weii. Tarikan sesama gender ni lebih komplikated dari apa yang ampa fikirkan.

Bahkan ada kes kahwinkan lelaki gay dengan wanita heteroseksual hanya menyebabkan kesengsaraan antara mereka. Sudahlah ampa sengsarakan anak ampa, ampa sengsarakan sekali anak orang.

Aku merupakan seorang yang biseksual. Dalam sejarah hidup aku, orang pernah yang aku tertarik terhadapnya merupakan seorang lelaki, walaupun sekarang aku dah berkeluarga dengan seorang wanita. Tetapi aku seorang bi, aku ada juga minat terhadap wanita. Kita fokus pada seorang yang homoseksual, tak kira lelaki atau perempuan, dia tertarik pada gender yang sama.

Adakah ampa akan hantar dia untuk pergi berubat? News flash, homoseksual bukan satu penyakit. Tiada ubat atau terapi yang boleh menukarkan spektrum seksualiti seseorang. Sama la macam ampa nak ubah seorang heteroseksual kepada homoseksual. Sia-sia.

Apabila diajukan soalan kritikal macam ni, adakah ampa akan jawab “Insya Allah anak aku akan normal sebab aku dah bagi didikan agama yang terbaik untuk dia.” Come on man, you can do better than that.

Hang kan tahu di pusat-pusat tahfiz ada ja berlaku kes liwat bagai. Depa tu tiap hari kot mengaji. Berpijak di bumi yang nyata sekali sekala boleh tak?

To be fair, aku ada bertanya perkara ni pada diri sendiri. Apa yang aku perlu buat mana tau satu hari nanti anak aku keluar dari closet lantas berkata “i’m gay suprised!”

Okay, pertama, sebelum anak aku keluar dari closet, aku kena bersedia untuk probability seperti isu ni. Sebagai permulaan, aku akan banyakkan membaca artikel parenting berkenaan anak-anak LGBT. Disebabkan jarang-jarang isu seperti ni dibincangkan dalam scene parenting di Malaysia, maka terpaksalah bergantung kepada artikel luar negara. Lagi bagus artikel tersebut diselitkan dengan huraian dari segi psikologi.

Satu artikel yang aku baca berjudul “How to react to your child coming out as gay” karangan Justin Myers di laman sesawang GQ Magazine UK, penulis mengemukakan kaedah untuk menghadapi anak yang keluar dari closet. Beliau menasihatkan parents agar tenang dalam berinteraksi dengan anak-anak LGBT.

Penulis juga menyatakan anak-anak lebih cenderung menceritakan mengenai seksualiti mereka kepada orang lain terlebih dahulu seperti kawan-kawan atau sepupu mereka. Sebagai parents kita dinasihatkan untuk tidak berasa kecil hati kerana lumrah anak-anak akan berasa takut akan rejection yang mungkin diterima dari ibubapa mereka.

Betul la tu, aku sesudah SPM berhadapan dengan bapa aku memberitahu kepadanya yang aku merokok. Aku berani kerana merokok ni adalah satu perkara biasa dalam masyarakat kita. Namun, sampai ke sudah aku tidak pernah mengaku depan dia yang aku adalah biseksual walaupun aku yakin dia tahu melalui perwatakan dan kelakuan aku. Tapi aku tak berani untuk luahkan kepada dia kerana suasana penerimaan golongan LGBT pada masa tu tak sama seperti sekarang.

Aku akan ikut tips penulis dan bertanya kepada anak aku 

” adakah dia ceritakan kepada orang lain sebelum aku ” dan aku akan ucapkan terima kasih kepada dia kerana meluahkan kepada aku. Seorang anak meluahkan kepada ibubapanya akan perkara macam ni bermaksud dia menyayangi dan percaya pada kita.

Dan aku selepas itu aku akan menerima dia dengan hati terbuka kerana dia adalah darah daging aku. Apabila dia bukan minor atau bawah umur lagi maka tibalah masanya untuk dia mengatur hidupnya sendiri. Aku hanya boleh beri panduan dan nasihat pada masa itu. Tidak ada maknanya aku nak hantar dia ke rehab atau pemulihan akhlak untuk tuned dia semula menjadi hetero.

Aku terima dia seadanya. Kerana dia anak aku. Hatta kalau aku ada anak angkat yang mengaku gay sekali pun aku akan terima. Itulah pendirian aku.

Okay, sampai di situ sahaja soalan ini. Soalan seterusnya pula, apa yang ampa akan lakukan apabila anak ampa mengaku yang dia atheist?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *