Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Solidariti Buat #Johor20!
  • »
  • Berita, Johor, KARYASAMA, Masyarakat, Parit Raja
  • May 16, 2021May 16, 2021
  • 0

Solidariti Buat #Johor20!

Susulan dari penangkapan 20 orang pemuda Parit Raja, semalam. Kami telah berhubung dengan salah seorang ahli keluarga, dan kami akan membantu sebaiknya untuk memastikan hak tahanan terpelihara sesuai dengan Perlembagaan Malaysia.

Tindakan mereka adalah satu realiti yang perlu diakui dan diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa. Mereka hanya menyuarakan isi hati sebenar masyarakat terhadap masalah yang timbul akibat dari sikap dan cara kerja kerajaan sendiri.

Kejadian yang dikatakan sebagai ‘rusuhan’ tersebut sebenarnya adalah acara tahunan anak-anak muda Parit Raja. Ia sudah berlangsung untuk bertahun-tahun.

Hanya kerana tahun ini mereka membawa kain rentang mengkritik kerajaan, isu ini menjadi kes siasatan polis. Sedangkan yang berlaku, mereka hanya menggunakan acara tahunan ini sebagai ruang untuk menyuarakan kesusahan rakyat melalui kain rentang #KerajaanGagal.

Tiada perkara baru dalam acara ini melainkan kain rentang. Jika tindakan mereka dianggap sebagai satu rusuhan yang melampau, kenapa tidak di tahun-tahun sebelum ini? Mereka masih tetap membuat riuh-rendah yang sama.

Adakah ini satu tindakan untuk menutup suara kerana bercakap tentang masalah kerajaan?

Tindakan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan juga dapat dilihat sebagai kesan apabila ramai ahli politik dan golongan elit yang melanggar SOP sesuka hati.

SOP yang berubah-ubah dalam waktu yang singkat juga faktor utama kemarahan rakyat.

Hakikatnya, ramai rakyat sedang susah. Sepanjang lebih 14 bulan kerajaan memerintah, terlalu banyak keputusan yang dibuat pada saat-saat akhir; dalam keadaan yang tergesa-gesa dan tidak konsisten. Sikap ini telah banyak menyusahkan rakyat yang terdiri dari peniaga kecil, golongan pekerja, pelajar sekolah dan universiti.

Hakikatnya, ramai rakyat yang sedang susah. Maka apakah alasan terbaik untuk menidakkan ini adalah suara rakyat?

Suka atau tidak, jelas di situ mereka hadir membawa ‘suara’. Kita harus memelihara kebebasan bersuara dan jangan sesekali kerajaan memandang rendah suara anak-anak muda!

Teruskan menyokong dan maklumat lanjut akan menyusul.

Solidariti buat #Johor20!

Abu Zabad

  • Solidariti Johor20!
  • Kenyataan Media Solidariti #JOHOR20 dan Hari Belia – Hentikan Intimidasi Terhadap Anak Muda dan Belia

Jemput baca

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.