Skip to content
Laman Utama » SENI DEKORASI

SENI DEKORASI

Oleh: Redo

Seni Dekorasi

Secara ringkasnya, masyarakat memahami seni dekorasi adalah sebuah seni yang mengikut citarasa dan kesesuaian suatu sudut, ruang atau seumpamanya untuk menghasilkan susunan, corak dan konsep yang mereka bayangkan. Arkitektur adalah bagaimana mahu mendirikan sebuah bangunan dengan pattern dan coraknya dan dekorasi adalah bagaimana mahu menghiasi ruangan bangunan yang ada. 

Seni dekorasi ini akan berubah-ubah mengikut trend semasa seperti mana kita melihat dekorasi tahun 90an, era 2000 dan sekarang, semua berubah-ubah. Tahun 90an kalau kita perasan, dekorasi ruang tamu contohnya, akan dihiasi kain-kain renda, langsir-langsir labuh, sofa set dan kelihatan amat penuh serta terlalu banyak hiasan. Makin besar ruang, makin banyak barang atau hiasan yang akan digunakan. Manakala konsep dekorasi pada hari ini, ramai orang mengamalkan konsep minimalis tidak kira di rumah, studio, bilik tidur dan lain-lain ruangan. Walaupun ruangan kecil, tetapi kelihatan luas dan ruang yang besar kelihatan semakin luas.

Contoh set sofa populor 90an
Contoh konsep dekorasi minimalis, daripada warna, barang-barang serta hiasan yang tidak terlalu menonjol

Selain itu, jika kita melihat pada trend sebelum ini, ada juga orang memanfaatkan ruang-ruang halaman luar rumah dengan dekorasi kolam ikan, susunan bunga-bunga hiasan sama ada menggunakan pasu bagi ruang yang sempit dan terus ditanam jika ada ruang yang luas. Sehingga ke hari ini, aktiviti-aktiviti seperti ini masih saja dilakukan tetapi seperti diterangkan di atas, ia berubah-ubah. Begitu juga hiasan ruang tamu di rumah, zaman sekarang orang dah tak pakai set sofa yang besar, meja kecil, pasu bunga plastik, kalau boleh orang mahu betul-betul minimalis sesuai dengan persegi rumah.

Contoh konsep seperti ini juga dilakukan di laman rumah teres yang terbuka. Kebiasaanya menjadi pembiakan aedes serta menggangu pemandangan

Tetapi ada satu yang menjadi trend meluas hari ini adalah tanaman yang sesuai di dalam rumah, selain melahirkan persekitaran yang baik, ia juga kelihatan cantik dan menenangkan. Telah banyak orang menggantikan dekorasi bersifat material kepada tanaman kehijauan. Tambahan pula, rumah-rumah yang kita diami sekarang arkitekturnya sudah tidak mempunyai halaman rumah yang luas, muat-muat sebuah kereta, jika rumah pangsa/flat langsung tiada, jika ada pun muat-muat untuk rak kasut sahaja. 

Jadi, masih mengekalkan kesedaran kebaikkan tanaman yang ada di sekeliling kita, ramai telah membuat pendekatan untuk mempunyai tanaman yang boleh hidup di dalam rumah. Ada banyak jenis dan mudah cara penjagaannya. Walau bagaimana pun, semua konsep inilah yang dikatakan seni dekorasi.

Sama ada dalam konsep material dan tanaman ianya adalah sebuah seni. Berhubung kait dengan emosi, sikap, meditasi, semuanya sebuah seni. Begitu juga jika dilihat ruang-ruang art space yang wujud, sama ada menggunakan poster, frame, lukisan, wheatpaste dan lain-lain semuanya bergantung kepada keinginan dan imajinasi setiap orang atau kelompok. 

Dalam masa terdekat Disember ini, Alir Cahaya akan bersama-sama Salina Ariffin dalam program Semangat Dan Harapan, bengkel lukisan pasu terracotta (pasu tanah liat). Salina seorang artis tempatan Batu Pahat Johor yang mempunyai khidmat penjualan jenis-jenis tanaman indoor serta pengamal seni kontemporari berkaitan dekorasi tanaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *