SENI BATIK

Oleh: Redo

PENGENALAN RINGKAS SENI BATIK

Apa Itu Seni Batik?

Seni batik seperti yang kita tahu dalam subjek Pendidikan Seni Visual adalah seni yang terhasil melalui proses menerap lilin dan mencelup warna. 

Ada beberapa kaedah yang dapat dikenal pasti seperti mengecap dan juga mencanting. Di Malaysia pengamal seni batik lebih ke arah mencanting tetapi kaedah menggunakan teknik mengecap juga tidak kurangnya. Kedua-duanya juga populor.

Menghasilkan batik dengan cara mencanting selalunya akan menjadikan harga pasaran lebih tinggi daripada menggunakan blok. Ini dinilai dengan kreativiti dan juga penggunaan material. 

Menggunakan blok sebagai kaedah sebaliknya, boleh kita bayangkan bagaimana pada hari ini orang mengamalkan kaedah silkscreen untuk mencetak design atau imej di atas baju. Kerja menjadi lebih mudah berbanding mencanting.

Seni batik di dalam Malaysia adalah sebuah simbolik masyarakat majmuk dan seni tradisional yang populor di sekitar pantai timur Terengganu, Kelantan dan Pahang. Seni batik amat populor dari segi perusahaannya sejak kemunculan awal dan sudah tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia.

Jika mengikut sejarah ada beberapa sudut pandang yang berbeza, namun semua pandangan ini tidak jauh dari faktanya. Sebutan batik itu berasal dari Indonesia iaitu “titik kecil” dan ada juga menyatakan berasal dari Jawa yang membawa maksud “setitik lilin”. Apa-apa pun perkataan batik itu membawa maksud seni yang menggunakan lilin sebagai bahan utama.

Walau bagaimana pun, dimana asal seni batik itu bermula, kajian masih samar kerana banyak negara yang mengamalkannya dan seni batik yang ada di Malaysia, masyarakat atau rakyat akan penuh yakin dan percaya bahawa ia aktif di sekitar pantai timur Malaysia. 

Di Malaysia juga, industri batik sudah lama wujud sejak zaman sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin II, dan Ia juga membawa nama Hj, Che Su Ibrahim sebagai role model perusahaan batik yang menggunakan lilin dan disebut-sebut dalam sejarah.

Dominasi Etnik?

Seni batik di Malaysia didominasi oleh etnik kaum Melayu. Majoriti penduduk di pantai timur adalah orang Melayu. Tidak hairan lah jika ia berlaku.

Tetapi, penggunaan batik amat populor oleh seluruh kaum di Malaysia, baik dari kalangan orang Cina, India dan Melayu. Ia juga menjadi pakaian, busana, hiasan rasmi di dalam negara. Kebanyakkan seni batik akan diperagakan pada majlis-majlis besar, majlis-majlis umum dan seumpanya.

Berbalik kepada hari ini, seni batik tidak lagi asing dan bukan sahaja kaum Melayu yang mengusahakannya, sudah ramai tidak kira apa bangsa pun menjadikannya seni kontemporari, seni pop, sudah universal. Sejarah hanyalah memimpin kita tetapi kebebasan di dalam seni tidak terhad kepada etnik, bangsa, jantina dan peringkat umur.

Apa Yang Berlaku Kepada Seni Batik Pada Hari ini? 

Pada hari ini kerajaan telah memelihara warisan seni ini sepenuhnya bagi menjadikan identiti warisan negara. Ia masih kekal dan sudah ramai generasi baru yang mengamalkannya dan menjadikan sumber pendapatan tidak secara menyeluruh. Manakala, sudah banyak pameran-pameran seni yang menjadikan seni batik sebagai hasil kerja. 

Sesuai lah ia dikatakan simbolik masyarakat majmuk di dalam Malaysia hatta masyarakat dunia sekalipun. Ramai juga telah membuka media sosial sebagai platfom mengenalkan seni batik moden secara kolektif. Ada beberapa kolektif yang wujud seperti di Langkawi, Johor, pantai timur Malaysia dan lain-lain. Mereka ini terdiri daripada anak-anak muda yang mencintai kerja-kerja seni tangan seperti ini dan kebanyakkan markas mereka akan dikunjungi kawan-kawan luar negara juga selain daripada kawan-kawan tempatan. 

Seperti yang kita faham, orang luar tidak mahu tengok apa kemajuan negara dari segi pembangunan, mereka mahu melihat apa yang dihasilkan oleh orang-orang tempatan dan ini lebih bernilai daripada tingginya bangunan dan padatnya lapangan. Perkara seperti itu di tempat mereka juga ada dan tak membawa makna sentimen budaya selain kemajuan elitis. 

Tetapi hasil-hasil kerja seni budaya dan bangsa seperti seni batik adalah menjadi keutamaan tujuan mereka keluar mengembara dan melihat dunia luar.

3 JENIS KAIN YANG DIGUNAKAN

Kain Mori

Kain yang sudah menjalani proses pemutihan. Jenis kain mori ini juga mempunyai bermacam ragam. Jika di pasaran kain mori ini akan dibezakan dengan istilah kain mori batu, mori biru, mori prima dan mori primis. 

Kain ini juga disebut sebagai kain kapan untuk membungkus jenazah. Kain yang berukuran lepas. 

Untuk raw material (bahan mentah) kain mori biasa dibezakan kepada 3 jenis iaitu rayon, sutera dan cotton juga mempunyai perbezaan dari jenis benang dna konstruksi.

Kain Shantung

Kain Shantung merupakan nama lain bagi kain rayon yang teksturnya lebih halus, lembut dan dingin ketika dipakai. 

Kain jenis ini banyak digunakan untuk kaedah printing, namun ada juga yang digunakan untuk kaedah cap dan tulis.

Kain Sutera

Kain yang sangat populor diantara jenis kain yang ada “The Quenn of Fabric” yang dihasilkan daripada serat kepompong ulat sutera. 

Kain yang mempunyai kualiti tinggi serta terkenal dengan kelembutan, halus dan mengilap. Walaupun harganya mahal, tetapi tidak sedikit orang yang menggunakan material ini sebagai bahan dasar pembuatan batik.

5 TEKNIK MENGHASILKAN BATIK

Mencanting

Teknik mencanting ini fungsinya adalah untuk melukis atau menulis menggunakan perkakas yang tajam dihulunya seakan pensil atau pen. Dengan kaedah yang rumit ini, tidak hairanlah produk yang dihasilkan akan lebih mahal. Bayangkan, berapa lama untuk menghasilkan 1 meter kain untuk membatik?

Mencelup Ikat

Teknik paling mudah. Kain yang digulung dan diikat, kemudian celupkannya ke dalam cairan yang sudah dicampur warna. Tidak celup terlalu lama dan selepas itu dibuka ikatannya, kemudian dibentangkan.

Menggunakan Blok / silkscreen

Teknik populor yang bukan sahaja untuk menghasilkan batik, tetapi juga apa jenis printing yang berada di permukaan seperti baju, tote bag, kotak, plastik dan lain-lain. Teknik ini akan menghasilkan sehalus-halus corak dan kualitinya sangat baik malahan lebih mudah. Bayangkan, 1 meter kain hanya mengambil masa 2 hingga 3 minit dengan bantuan blok (perkakas) yang disediakan. Letakkan rubber dye/warna diatas permukaan blok, langsung meratakannya menggunakan skuji, corak akan berada di atas permukaan seperti di dalam gambar.

Mengecap

Teknik ini menggunakan canting cap yang sudah ada corak, kemudian dicelupkan kedalam cairan pewarna, lalu cap ke atas kain. Pun sama dengan teknik silkscreen yang mengambil masa tidak lama untuk 1 meter kain, cuma berbeza perkakasnya.

Mencolet

Teknik ini dikenal sebagai teknik melukis. Kerumitannya sama tinggi dengan teknik mencanting yang memerlukan daya kreativiti dan kemahiran yang bagus.

Rujukan:

Ilmupedia.co.id

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *