ALIR CAHAYA (SEMANGAT DAN HARAPAN)

THE LIGHT PROJECT, ART IN THE CITY

Sabtu, 25 Disember 2021, Batu Pahat Johor

Batu Pahat, sekumpulan aktivis dan penggiat seni telah merancang untuk melakukan sebuah projek instalasi seni awam dan diberi nama sebagai Alir Cahaya (Semangat Dan Harapan). Perancangan program ini telah pun dijayakan dengan kerjasama daripada pihak Thinkcity, Cendana dan Pemulih di bawah tema The Light Project, Art In The City.

Alir Cahaya adalah sebuah projek yang berunsurkan “cahaya”, membangun karya berbentuk seni awam berkisar tentang “Pemulihan” dalam menjalani hidup menempuhi pasca pandemik. Seperti yang diterangkan oleh Pengarah Seni Program, Aisyah Baharuddin, beberapa isu utama seperti kesihatan mental, perubahan iklim dan kemanusiaan perlu mendapat perhatian sewajarnya, ini kerana kehidupan manusia dan alam telah berubah setelah mengalami pengasingan sosial dan penjarakan sosial jangka masa panjang, kita berhadapan dengan kehilangan orang yang kita sayang dan kehilangan pekerjaan. Perubahan ini telah menciptakan ketakutan dan jumlah masalah kesihatan mental seperti kemurungan semakin meningkat. Ternyata, ketika pergerakan manusia dan ekonomi lumpuh, alam pula semakin mekar dan sembuh. Adakah itu satu tanda manusia tidak bergerak selari dengan alam?

Pada objektif projek Alir Cahaya akan menekankan tentang pemeliharaan seni dan budaya dengan mengetengahkan aktiviti dan warisan masyarakat setempat dan juga memelihara alam sekitar melalui instalasi dan aktiviti bersama komuniti awam. Galakan motivasi seperti memberi semangat dan harapan baru kepada mereka yang terkesan dengan pandemik dan isu globalisasi ini akan menginspirasikan peluang pekerjaan, memperoleh dan berkongsi kemahiran antara bidang seni serta dapat menyuntik minat pada generasi muda khususnya di sekitar Batu Pahat dan Johor itu sendiri.

Barisan kurator

Sehubungan dengan itu, projek ini akan berlangsung seperti dirancang iaitu di Terminal Bas, bandar Batu Pahat dengan melibatkan beberapa kolektif di Johor dan juga individu-individu bakat tempatan seperti Pusat Sekitar Seni, Luas Karya, Kebun Cinta Lestari, Karyasama dan banyak lagi. Idea kepada projek ini adalah dengan menghasilkan tujuan utama persembahan iaitu instalasi sebuah pintu gerbang besar yang akan dihiasi dan dipertunjukkan dengan penggunaan konsep cahaya, lab meditasi dan persembahan. 

Diantara konsep dan elemen karya yang akan dipertunjukkan adalah tentang falsafah energi yang menghasilkan cahaya adalah unsur alam, berkait rapat dengan peredaran matahari, bulan dan juga malam yang membuatkan gelap menjadi terang. Seperti karya yang akan dihasilkan adalah terjemahan melalui gabungan nilai lama dan baru, dimana seni kontemporari bertembung dengan sejarah, tradisi dan kebudayaan setempat. Dalam menggabungkan beberapa elemen ini, tiga fenomena cahaya iaitu Bayang, Gerhana dan Pelangi dapat menggambarkan situasi saat ini dalam proses terapi, pengubatan dan pemulihan.

Seperti dijelaskan oleh Aisyah lagi, instalasi karya ini akan merespon ruang pintu masuk utama dengan menggunakan kaedah susunan cahaya pelita. Karya ini merupakan sebuah cerminan tradisi masyarakat dalam menyambut perayaan aidilfitri, deepavali serta tahun baru cina dan lain-lain. Aliran cahaya ini simbolik kepada semangat dengan mengangkat imej “gunungan” sebagai lambang kehidupan, dimana corak imej karya ini akan memiliki unsur udara, angin, api dan tanah. Boleh diertikan juga sebagai kehidupan yang tiada habis atau disebut “patah tumbuh hilang berganti”.

Karya ini akan kekal selama empat bulan di lokasi bersama karya-karya selingan lainnya yang akan memenuhi ruang acara dan antaranya ialah ruang pameran “lab meditasi” yang akan dijayakan oleh kolektif Kebun Cinta Lestari serta instalasi lainnya.

Contoh/mock-up di lokasi

Berkaitan The Light Project, Art In The City, sebanyak lima buah negeri yang terlibat, antaranya di Ipoh Perak – “STAR/KL” yang telah dilancarkan pada 26 Nov 2021, Seberang Perai Peneng, Kuching Sarawak, Melaka dan Batu Pahat Johor. Untuk makluman semua, Alir Cahaya akan dirasmikan pada 31 Dis 2021, Jumaat, malam tahun baru 2022.

Sepanjang sebulan awal, artis dan bakat tempatan yang terlibat sebagai jemputan telah pun memulakan aktiviti selingan mereka yang dijayakan bersama Joey Kher (artis batik), Zulaikha (artis macrame), Salina Ariffin (dekorasi), melalui siaran langsung platform atas talian. Untuk projek jangkauan, sama-sama kita nantikan kemaskini daripada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *