Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Kenyataan Media Sekretariat Solidariti Rakyat – Ini Bukan Pengakhiran, Terima Kasih Anak Muda!
  • »
  • Berita, Masyarakat
  • July 31, 2021
  • 0

Kenyataan Media Sekretariat Solidariti Rakyat – Ini Bukan Pengakhiran, Terima Kasih Anak Muda!

31 JULAI 2021 – Ini Bukan Pengakhiran, Terima Kasih Anak Muda!

Sekretariat Solidariti Rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada ribuan anak muda dan rakyat Malaysia yang hadir secara fizikal mahupun secara maya dalam himpunan #KeluarDanLawan hari ini. Ribuan anak muda telah turun untuk menuntut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin segera meletakkan jawatan.

Namun di peringkat Sekretariat, kami kecewa tidak dapat berarak ke Dataran Merdeka walaupun pihak polis sendiri mengakui bahawa perhimpunan ini berjalan secara aman. Pihak kami memilih Dataran Merdeka kerana lokasi tersebut akan memudahkan pengawalan SOP terutamanya penjarakan sosial. Kita berjaya mengawal SOP dengan baik dan semua peserta memakai pelitup muka serta menjaga jarak antara satu sama lain.

Pihak Sekretariat Solidariti Rakyat menganggarkan seramai lebih 2,000 anak muda turun berhimpun. Dengan penjarakan sosial yang dibuat, barisan yang terbentuk dianggarkan sepanjang 3 km. Hampir 2,000 anak muda turun ke jalan menyatakan suara untuk mendesak Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan dan lebih 272,000 ciapan (tweet) berkenaan #Lawan serta 20,000 ciapan mendesak agar Dataran Merdeka dibuka. Ini menjadi bukti bahawa rakyat terutamanya anak muda sudah muak dengan pentadbiran Muhyiddin yang gagal mengemudi negara untuk keluar daripada pandemik Covid-19.

Hari ini, peserta-peserta kami juga telah menunjukkan bahawa kita boleh dan mampu protes di jalanan dengan selamat untuk menegakkan hak-hak kita. Terima kasih buat para peserta dan sukarelawan kami kerana mendengar arahan marsyal-marsyal protes dan berjaya mematuhi SOP sepenuhnya. Anak-anak muda kita sedang bersuara bagi setiap rakyat Malaysia yang tidak boleh, atau tidak akan keluar protes walaupun mereka sedang merasai kesan tatatadbir yang gagal dan juga penindasan. Sukarelawan sukarelawan perubatan kami juga akan terus #Lawan di hospital, pusat-pusat kuarantin, PPV dan juga di jalanan kerana berdiam diri bukan lagi satu pilihan.

Petang tadi, kami baharu sahaja menerima berita bahawa 5 orang penganjur daripada Sekretariat kami telah dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis di IPD Dang Wangi pada jam 10 pagi esok. 5 penganjur ini merupakan Mohamad Al Shatri Bin Abdullah, Mohammad Asraf Sharafi bin Mohammad Azhar, Tharmelinggem Pillai, Qyira Yusri dan Sevan Doraisamy. Sekali lagi, kami mengingatkan Muhyiddin Yassin serta seluruh kabinet untuk segera berundur dan meletakkan jawatan. Ini bukan pengakhiran kepada tuntutan anak muda. Kita tidak akan sesekali berundur.

Sekiranya hari ini kita tidak melawan, kita akan ditindas lagi dan lagi! Hidup rakyat!

#Lawan

Dikeluarkan oleh:
Sekretariat Solidariti Rakyat

Tags: #Lawan

Editorial

  • Aplikasi Bendera Putih “Sambal SOS” Dilancarkan, Sebuah Inisiatif Murni Anak Muda Malaysia
  • Anak Muda Terus #Lawan Biar Seribu Intimidasi – Kenyataan Media Sekretariat Solidariti Rakyat

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.