Merenung Konflik Temple Mount, Jerusalem.

Oleh: Fadzlee Ahmad @ Post-Malayism

Mind Fuck Series: Temple Mount Jerusalem

Perkara 1.0 – Tiada Satu Nyawa Manusia Layak Diambil oleh Tangan Manusia Yang Lain
Judifikasi ‘membenarkan’ kelakuan keganasan (membunuh) di dalam suatu pertarungan dalam pertahanan hak kebenaran pihak masing-masing (yang terlibat didalam konflik) adalah masih lagi bersifat argumentasi (penaakulan). Tiada Legitemasi nilai Mutlak. (Nilai penaakulan perkara ‘membenarkan’.

Maka menyokong perkara ‘membenarkan’ adalah kejanggalan mempercayai perkara, baik perkara bagi menyokong (1) tindakan pihak yang menyerang atau (2) pihak yang bertahan, ; kerana bertahan adalah jua perkara mengunakan kekerasan atau tentangan.

Sebagai manusia biasa (dengan kapisiti mampu untuk berfikir), kita harus percaya nilai kemanusian itu pada aras kemanusian tulen iaitu tanpa mengira perkara etnik, kepercayaan, pola pemikiran, strata pendapatan dan perkara yang lain iaitu, keganasan, serangan atau serang balas terhadap dua pihak sehingga menyebabkan kerosakan kemalangan dan kerugian kepada nilai kemanusiaan adalah tidak dibenarkan, maka menyokong perkara ‘membenarkan’ baik dalam keadaan pihak yang menyerang atau pihak yang bertahan (balas serangan) haruslah dihentikan.

Maka hargailah nilai kemanusiaan, walaupun ia berbeda pendapat atau kepercayaan diatas perbahasan. Tiada Manusia layak dibunuh oleh tangan-tangan manusia atas apa jua sebab.

Perkara 2.0 – Memahami perkara asas, iaitu sebab dan asal muasal perkara konflik atau gerakan kedua-dua pihak.
Memahami fenomenologi konflik (pemilikan tanah di timur jurusalem (Temple Mount, East Jerusalem) mestilah mengikut suatu kajian onto-epistemologikal perkara, sebelum kita membuat keputusan untuk menyokong atau menolak perkara “membenarkan” melakukan kerosakan terhadap nilai kemanusian ke atas kedua-dua belah pihak.

Konflik di Temple Mount, Jerusalem; telah berlaku sejak 4000 tahun dahulu sehingga hari; dikuasai oleh 3 domain kumpulan utama iaitu gerakan kenegaraan (1) Judaisme, (2) Kristianiti dan (3) Islam,(melalui gerakan kenegaraan dan jajahan);

ketiga-tiga domain kumpulan ini mempercayai dan membenarkan kepercayaan masing-masing bahawa kawasan Temple Mount, Jerusalem adalah kawasan penting bagi gerakan kenegaraan dan kekuasaan wilayah.

Maka perkara hipotesis awal di dalam memahami konflik ini, perkara argument (thesis dan anti-thesis) sebab utama berlakunya konflik, mestilah yang melibatkan prinsipal dan pemboleh ubah nilai takulan logika bagi kasus-kasus seperti geopolitikal, demografi, konstitusi kenegaraan dan kekuasaan kewilayahan.

Memahami perkara ini; nilai awalan hipotesis akhir (sebelum satu sintesis (teori permasalan lengkap)) permasalahan keganasan dan kerosakan yang berlaku di Temple Mount Jerusalem, bukanlah disebabkan perkara asas mukamus tauhid hukum rasa ber-ketuhanan, tetapi berlaku situasi konflik ini hanyalah sebab seperti dinyatakan di atas.

Salam.

Saya orang yang memegang prinsip kemanusiaan, Saya Cintai Keamanan, saya menolak dan mengecam aktiviti – aktiviti, kemusnahan dan kehancuran (mengzalimi atau mengasari) yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia kepada jiwa-jiwa (nyawa) manusia yang lain. Tidak kira apa jua agama (nilai kepercayaan), bangsa dan bentuk negara-bangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *