Muammar Gaddafi dan Buku Hijau

Oleh: Iltizam Iman Abd Jalil

LATAR BELAKANG MUAMMAR GADDAFI

Muammar Gaddafi dilahirkan pada 7 Jun 1942 dan meninggal akibat dibunuh oleh rakyatnya sendiri pada 20 Oktober 2011. Walaupun dibunuh oleh revolusi rakyat, nama beliau dikenali sebagai seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau bersama gerakan bawah tanahnya yang terdiri dari angkatan-angkatan tentera menggulingkan pemerintahan Kesultanan Raja Idris, dan seterusnya mengasaskan Republik Sosialis Arab Libya. Tempoh pemerintahannya bertahan selama 42 tahun (1969 – 2011).

Gaddafi adalah sebahagian orang yang sangat kecewa dengan dunia Arab apabila Palestin kalah perang di tangan Israel dalam perang 1948. Terinspirasi dengan Gamal Abdel Nasser yang menjatuhkan kerajaan Kesultanan di Mesir.

Pada 1963, beliau menyertai Akedemi Tentera di Benghazi pada 1963. Dalam akedemi ini beliau dengan kumpulan tentera yang lain membentuk gerakan militari bawah tanah pada 1964 untuk membuang Raja Idris yang pro Barat. Pada 1 September 1969, sekumpulan kecil pegawai tentera telah merampas kuasa Raja Idris yang ketika itu sedang mendapatkan rawatan perubatan di Turki. Kumpulan ini dipimpin oleh Gaddafi.[1]

Di bawah pemerintahannya selama 42 tahun itu, Libya telah membuat kemajuan besar dalam pendidikan. sewaktu awal berkuasa, di Libya hanya terdapat kira-kira 25% orang dewasa yang boleh membaca. Dalam masa beberapa tahun saja jumlah itu meningkat sehingga 83%.

Dalam masa 10 tahun pertama, Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) negara Libya meningkat sebanyak 600% daripada USD 3.5 billion pada 1969 kepada USD 20 billion pada 1979. Selepas Libya disisihkan oleh UAR, Gaddafi menarik diri dari Republik Arab Bersatu dan berfokus pada reformasi domestik. Dengan menasionalisasikan sumber minyak negara, beliau menggunakan wang itu untuk membina kemudahan awam, pendidikan dan diagihkan kepada rakyat marhaen.[2]

Pucuk pangkalnya, selepas rampasan kuasa berlaku segala hasil kekayaan negara Libya digunakan oleh Gaddafi untuk menjamin program pembangunan sosial bagi seluruh rakyat Libya, ini termasuklah pendidikan percuma, perubatan percuma, bekalan elektrik percuma dan pinjaman kewangan kerajaan yang bebas faedah.[3]

RINGKASAN ISI KANDUNGAN BUKU HIJAU

Bab

Tajuk

Ringkasan

Masalah Demokrasi Alat pemerintahan

Pemerintahan yang bagaimana sepatutnya dibangunkan?

Buku Hijau mengusulkan demokrasi secara langsung (direct democracy) bagi menggantikan demokrasi berparlimen, iaitu rakyat memerintah diri mereka sendiri melalui kongress.

Majlis perwakilan

Demokrasi berparlimen cenderung untuk disalahgunakan oleh wakil rakyat untuk menentukan dasar dan memonopoli kekuasaan untuk kepentingan peribadi dan kelompok minoritinya.

Proses pemilihan wakil rakyat tidak sebenar-benarnya ditentukan oleh tindak-tanduk memilih yang sihat. Majlis perwakilan telah menjadi penghalang untuk masyarakat menggunakan kuasa rakyatnya.

Sebagai alat untuk memerintah secara paksa terhadap rakyat yang tidak memilih mereka.

Parti Parti adalah hasil dari persetujuan satu kelompok kecil tentang sesebuah ideologi pemerintahan, ia adalah alat pemerintahan diktator yang terakhir.

Berbanding terus fokus kepada masalah rakyat dan keperluan-keperluan mereka, sistem kepartian menuntut agar pengaruh dan kuasa itu diuruskan terlebih dahulu sebelum masalah-masalah rakyat dapat diselesaikan.

Politik kepartian cenderung untuk lebih mementingkan kuasa berbanding masalah rakyat, akhirnya memerangkap rakyat dalam permainan kuasa orang atasan. Tiada beza antara perebutan kuasa antara parti dengan kebilah atau puak.

Kelas

Kelas adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan, manusia akan sentiasa terkumpul mengikut kumpulan dan kategori.

Parti adalah sebuah kelas baru yang muncul setelah berdirinya demokrasi berparlimen. Semangat kelas kepartian adalah lebih buruk dari semangat kelas berpuak atau bangsa.

Walaupun parti pemerintah sentiasa boleh bertukar setiap 4 – 5 tahun, tetapi masalah golongan minoriti memerintah keseluruhan masyarakat majoriti tidak akan pernah selesai.

Pungutan suara

Pungutan suara bukanlah penyelesaian untuk masalah politik. Pendapat politik tidak terbahagi kepada ‘ya’ atau ‘tidak’, ‘ini’ atau ‘itu’ semata-mata.

Kongress dan jawatan kuasa rakyat

Rakyat – Kongress Rakyat Asasi – Jawatankuasa Rakyat – Kongress Rakyat Tak Asasi – Kesatuan Pekerja

Kongress dan jawatan kuasa rakyat adalah penyelesaian bagi masalah demokrasi sedia ada. Kongress melibatkan keseluruhan rakyat.

Rakyat pekerja perlu membangunkan kesatuan berdasarkan kecenderungan dan kepakaran mereka.

Kongress Rakyat Umum bukanlah dewan parlimen yang mana seorang wakil mewakili secara mutlak untuk ribuan orang di bawahnya. Tetapi sebagai dewan yang menghimpunkan kumpulan kongress, kesatuan pekerja, sindiket dan pertubuhan.

Undang-undang masyarakat

Asas kepada undang-undang masyarakat yang paling asli adalah adat dan agama. Melalui adat dan agama, manusia tahu menjaga perilaku mereka tanpa memerlukan sebuah akta bertulis.

Siapa yang Mengawasi Masyarakat?

Seperti kuasa rakyat yang tidak perlu digantikan dengan majlis perwakilan, rakyat juga tidak memerlukan wakil pengawas untuk menjaga tindak-tanduk mereka.

Pengawasan dapat dilakukan melalui kongress dan jawatan kuasa rakyat. Rakyat adalah pengawas terhadap pelaksanaan undang-undang mereka sendiri.

Bagaimana masyarakat dapat membaiki perbelanjaannya kalau berlaku penyelewengan dalam undang-undang?

Jika masyarakat diperintah oleh golongan minoriti, maka akan lahirnya satu minoriti yang lain mahu merebut kuasa pemerintahannya.

Masalah ini juga diselesaikan melalui kongress dan jawatan kuasa rakyat.

Apabila rakyat telah mentadbir diri mereka sendiri secara organik, maka setiap masalah adalah masalah dalaman yang harus ditangani secara kerjasama. Tiada lagi musuh di luar yang untuk dilawan.

Persuratkhabaran

Surat khabar yang diterbitkan oleh individu atau syarikat adalah berita dan pandangan yang berat sebelah. Paling tidak, hanya mewakili sebahagian kecil pendapat masyarakat.

Setiap individu dan syarikat mempunyai hak untuk menerbitkan surat khabar mereka tersendiri, walaupun cenderung berpihak kepada pemikiran mereka.Surat khabar yang mewakili suara rakyat, haruslah dikeluarkan oleh kongress dan jawatan kuasa rakyat.

MASALAH EKONOMI Aspek ekonomi menurut Teori Dunia Ketiga

Hak pekerja untuk berpersatuan dan menuntut gaji minima, tidak akan pergi jauh untuk mencapai keadilan untuk seluruh pekerja.

Sistem kerja bergaji perlu dimansuhkan dan diganti dengan sistem rakan niaga. Ia adalah proses jaringan kerjasama antara seorang individu dengan individu-individu pekerja yang lain di dalam industri yang terlibat.

Asas ekonomi haruslah kembali mengikuti undang-undang semula jadi. Melalui undang-undang semula jadi, sosialisme semula jadi akan lahir.

Keperluan

Keperluan hidup adalah masalah ekonomi yang utama. Keperluan masyarakat telah digunakan sebagai modal untuk menjana keuntungan oleh sebahagian golongan pemilik modal, maka ia cenderung untuk berlakunya eksploitasi.

Manusia masih belum benar-benar bebas jika keperluan asas hidupnya dimonopoli oleh sebahagian orang berkepentingan.

Rumah Setiap orang wajib diberikan sebuah rumah, dan tidak boleh memiliki lebih dari sebuah rumah.

Sewa rumah adalah penindasan buat penyewa. Sesiapa yang membina rumah untuk disewakan bererti ia telah melakukan langkah pertama dalam menguasai keperluan hidup orang lain.

Sara Hidup

Pendapatan setiap individu bekerja adalah penting untuk pergerakan ekonomi. Pendapatan sara hidup haruslah berasaskan kerjasama di dalam industri, bukan hasil bayaran dari seorang tuan.

Kenderaan

Kenderaan harus dimiliki oleh setiap orang, atas dasar keperluan. Kenderaan juga tidak boleh disewakan.

Tanah

Tanah juga harus dimiliki oleh semua orang. Tiada sesiapa berhak memiliki tanah lebih dari sekadar yang mampu diuruskan mereka. Setiap orang harus bebas untuk membangunkan tanah masing-masing untuk memenuhi keperluan hidup mereka.

Orang gaji

Seperti pekerja bergaji yang mencipta kekayaan untuk orang lain, orang gaji juga adalah salah satu bentuk perhambaan yang perlu dihapuskan.

Kerana status orang gaji adalah lebih rendah dari pekerja bergaji, maka mereka adalah golongan yang lebih utama untuk dibebaskan.

Rumah kediaman haruslah diuruskan oleh penghuni rumahnya, kerana pengurusan rumah mencerminkan pergerakan organisasi keluarga.

ASAS SOSIAL

TEORI DUNIA

KETIGA

Asas sosial bagi Teori Dunia Ketiga

Individu, keluarga, puak/bangsa, dan negara adalah unit masyarakat. Negara adalah unit pusat.

Semangat kenegaraan tertanam melalui semangat nasionalisme yang berasaskan nilai-nilai asli masyarakat, bukanlah melalui ideologi golongan berkuasa.

Keluarga

Individu, keluarga dan negara adalah kategori masyarakat yang terbangun secara semula jadi.

Individu yang terasah, lahir dari persekitaran organisasi keluarga yang baik. Organisasi keluarga yang baik adalah kunci masyarakat yang baik. Mayarakat yang baik akan membuahkan sebuah semangat kebangsaan yang baik.

Alat pemerintahan, sistem ekonomi, telah banyak menghancurkan organisasi keluarga berpecah-belah.

Puak

Puak lahir melalui ikatan perhubungan antara keluarga. Ikatan antara puak pula melahirkan bangsa. Hubungan antara bangsa pula melahirkan semangat kebangsaan.

Hubungan yang mengikat nilai kekeluargaan, adalah hubungan yang sama membuatkan wujudnya semangat berpuak. Tetapi ikatannya akan semakin longgar jika jumlahnya semakin membesar.

Maka, pada dasarnya, semangat kebangsaan adalah semangat yang lahir dari semangat kekeluargaan.

Faedah-faedah puak

Semangat berpuak mengakar di dalam darah daging. Tidak dapat dinafikan perihal biologi juga banyak menentukan tindak-tanduk seseorang.

Apabila keluarga kecil gagal menangani tindak-tanduk yang keji oleh seorang ahlinya, maka puak akan mengambil alih tugas pengawasan dan hukuman moral ini.

Melalui proses ini, tindak-tanduk puak itu akan melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih baik dari pendidikan di sekolah. Puak itu sendiri adalah sekolah masyarakat.

Bangsa

Keluarga yang kuat, akan menyumbang kepada kekuatan puak dan bangsanya. Manakala bangsa yang kuat, akan menyumbang kepada pembangunan dunia.

Semangat kebangsaan haruslah didasari oleh nilai-nilai asli dalam masyarakat, yang ditentukan oleh tindak-tanduk masyarakat itu sendiri.

Doktrinasi semangat kebangsaan yang palsu akhirnya akan membunuh bangsa itu sendiri dan menjadi penyebab jatuhnya sesebuah empayar atau kerajaan.

Wanita

Wanita dan lelaki adalah sama dari segi keperluan tubuh, emosi dan fikiran. Perbezaan seksualiti menentukan fungsi yang berbeza dalam keluarga, dan akhirnya memainkan peranan yang berbeza dalam masyarakat.

Hukum semula jadi telah menetapkan wanita adalah penjaga kepada anak-anak dan ahli keluarganya. Maka, hak pertama orang wanita adalah hak untuk menjaga ahli keluarganya tanpa sebarang kerisauan sebelum hak untuk bekerja. Jika wanita bekerja disebabkan oleh keterdesakan ekonomi dan tuntutan kos sara hidup keluarga yang tidak mampu ditanggung oleh suami, maka ia adalah penindasan yang amat zalim.

Minoriti Golongan minoriti terdapat 2 jenis. Minoriti yang mewakili sesebuah bangsa, dan yang tidak berasal dari keadaan sesebuah bangsa. Hak kedua-dua ini wajib dijaga.

Minoriti yang memegang kuasa politik dan ekonomi adalah golongan minoriti yang harus dilawan, mereka adalah diktator yang melakukan kezaliman.

Masalah minoriti dari sudut politik dan ekonomi, hanya dapat diselesaikan jika rakyat jelata yang memiliki kekayaan, kekuasaan dan peralatan.

Orang-orang kulit hitam

Perhambaan paling akhir adalah perhambaan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam.

Kekuasaan akan sentiasa bersilih-ganti dan berputar. Sewaktu orang kulit putih menjelajah benua Asia dll, orang kulit hitam telah terlebih dahulu menguasai dunia.

Zaman ini adalah giliran orang kulit putih menguasai dunia, orang kulit hitam masih dalam perhambaan fizikal dan mental. Selepas ini akan berlakunya kebangkitan orang kulit hitam dan mereka akan menguasai alam.

Pendidikan

Pendidikan adalah satu proses untuk manusia menguasai potensi dirinya. Ia bukanlah satu proses pemaksaan yang didasari oleh ketakutan terhadap kebodohan.

Malah, pembelajaran secara paksa yang bertindak menentukan ‘apa’ dan ‘bagaimana’ murid harus belajar, adalah satu penindasan, membunuh potensi kemanusiaan yang asli dan mengekang kebebasan.

Buku Hijau tidak menolak keberadaan sekolah, tetapi reformasi terhadap struktur pembelajaran harus berlaku.

Muzik dan kesenian

Sesebuah pentadbiran masyarakat yang kuat haruslah ditadbir oleh satu bahasa. Bahasa yang berlainan akan menimbulkan citarasa budaya dan nilai kesenian yang berlainan.

Proses asimilasi yang berlaku antara pembawa budaya awal akan menghasilkan satu generasi baru yang mempunyai citarasa budaya dan nilai kesenian berbeza, seterusnya merubah bahasa dan bentuk kesenian.

Proses asimilasi ini akan terus berlaku sehinggalah umat manusia bertutur dalam bahasa yang sama dan membuahkan nilai kesenian yang paling tinggi jika tamadun tidak musnah.

Sukan,

kepahlawanan dan

pementasan

Budaya sukan yang dijadikan bahan tontonan adalah satu penghinaan dan penindasan buat manusia, jika wujud penonton yang terdiri dari golongan yang tidak berhak atau berpeluang untuk terlibat dengan acara tersebut akibat keterdesakan ekonomi.Nota

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *