Skip to content
Laman Utama » MVIA gesa kerajaan gubal undang-undang salah guna vape

MVIA gesa kerajaan gubal undang-undang salah guna vape

KUALA LUMPUR, 5 Mei– Pertubuhan bukan kerajaan Malaysian Vape Industri Advocacy (MVIA) hari ini menggesa kerajaan agar mempercepatkan pelaksanaan undang-undang khusus berkaitan penggunaan rokok elektronik. 

Presidennya Rizani Zakaria menegaskan MVIA memperjuangkan penggubalan undang-undang itu khususnya melibatkan penyalahgunaan rokok elektronik dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

MVIA turut menyelar tindakan ibu bapa yang memberi anak mereka menggunakan alatan itu seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

“Jika terdapat satu peraturan, tindakan terhadap mereka dapat diambil. Pengguna vape juga perlu dididik supaya mereka tidak menyalahgunakan produk ini.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ibu bapa kanak-kanak ini menyebabkan masyarakat memandang serong kepada penggunaan vape,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, tular klip  video berdurasi 12 saat yang memaparkan seorang wanita memberi anaknya yang sedang menonton video animasi di telefon bimbit, menghisap rokok elektronik.

Polis sedang mengesan individu terlibat untuk siasatan lanjut.

 

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *