Selamat Ulangtahun Kuliah Buku (KuBu) ke-8!

Disediakan Oleh: Media Karyasama

Menyelusuri perjalanan dan meraikan sambutan platform “Kuliah Buku @ KuBu” kali ke-8. Bertempat di Lostgens Pasar Seni, Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 2022.

Maklumat Ulangtahun KuBu ke-8
Kuliah Buku Sebagai Platform Wacana awam (Public Discourse)

Secara lahiriah “Kuliah Buku” @ KuBu, adalah sebuah aplikasi medium platform. Secara dasarnya adalah tempat perkumpulan ahli-ahli gerakan kolektif dan warga awam, untuk duduk berbincang. Iaitu menyuarakan pendapat dan kritikan terhadap apa jua perkara perspektif yang bergerak didalam lingkungan sosial masyarakat. Ia adalah sebuah pendekatan mertodiks “Public Discourse” dengan pemilikan dan kepentingan awam.

Sejarah Penubuhan Kuliah Buku

“KUBU”, bermula dengan pertemuan di antara “pembeli-pembeli buku” dan “seorang penjual buku”, pada awal 2014 di restoran sekitar Masjid India. Bermula dari perkenalan dua orang, bertambah kepada tiga, seterusnya bertambah dari masa ke semasa. Kecenderungan minat kumpulan mereka adalah sama iaitu, pertama buku dan keduanya adalah “wacana keilmuan”.

Oleh yang demikian, timbul pula satu konseptual idea daripada kalangan rakan, supaya diadakan suatu “gerakan kolektivisme”. Gerakan yang berfungsi sebagai operator panitia perlaksana untuk menyelenggara sesi “public discourse”. Serta dokumentasi dan peranan media di platform media sosial. Maka dengan itu terlahirlah “Kuliah Buku” @ KuBu.

KuBu, adalah satu fundemental “Public Discourse” dengan bertemakan “Coffee and Books” sepertimana yang terdapat pada logo rasmi KuBu. Pada awal penganjuran ia diadakan di restoran-restoran sekitar Masjid India Kuala Lumpur. Terbuka kepada semua warganegara tidak mengira umur, jantina, pelajar atau pekerja, latar belakang pendidikan, anutan agama atau fahaman politik. Semua dijemput hadir dan diraikan. Perkara seperti maklumat informasi terhadap perkara topik perbentangan, panel pembentang dan tarikh, dihebahkan melalui media sosial facebook rasmi Kuliah Buku.

→ Wacana Awam: “Meraikan persamaan dan perbezaan pendapat”

Lurus ke Kiri, dan Tegak Ke Kanan”, KuBu meraikan keseluruhan spektrum pemikiran dan idealisme di dalam rauda landskap pemikiran manusia. Bersifat bebas di dalam wacana pemikiran dalam apa jua topik yang dibentangkan. Baik dari segi aspek wacana pemikiran falsafah, psikologi, politik, ekonomi, sains teknologi, budaya dan agama. Tak lepas dari sudut onto-episemologi model pemikiran barat atau timur, modenisasi atau post-modenisasi, KuBu meraikan kelestarian citra perbedaan masing-masing.

Ini dibuktikan lagi dengan kematangan peserta. Ahli komrad kolektif yang matang dan menjaga hak sensitiviti ketenteraman kontrak sosial di dalam diskusi, argumentasi dan kritikan. Walaupun memiliki ideologi permikiran dan fahaman politikal yang berbeza-beza.

“Di Sini Intelektual Marginal Ber-KuBu” slogan Kuliah Buku @KuBu

Kuliah Buku, bukanlah “agenda doktrinasi dan pengkultusan”, iaitu agen rekrut dan propaganda fahaman. Kerana Kuliah Buku adalah wadah yang bebas dan merdeka. Tidak didukung secara terus atau tidak terus oleh mana-mana parti politik atau pertubuhan-pertubuhan.

Perbincangan berkaitan pemikiran Tan Malaka

Kuliah Buku @KuBu adalah suatu proses rauda berfikir, iaitu mendapatkan maklumat, mendatangkan kefahaman perkara dan mendapatkan penyelesaian teori formulasi permasalahan. Dan nilai penakulan logika perbentangan atau diskusi adalah bersifat “dinamika relatif”, mengikut kefahaman masing-masing.

→ Membudayakan Wacana Awam: “Warganegara Merdeka dan Bebas”

Secara fundamental falsafah penubuhannya, mempercayai bahawa setiap warganegara Malaysia adalah warganegara yang merdeka dan bebas. Di mana pengertian “merdeka” mengikut terminologi KuBu, manusia itu tidak boleh “dipenjarakan” akalnya. Kerana akal manusia itulah adalah sebahagian eksistentasinya, “Aku Berfikir, Maka Aku Ada”. Dan pengertian “Bebas” pula adalah, hak warganegara di dalam menyatakan “pendapat dan kritikan” di dalam ekosistem sosiologi kenegaraan ataupun ekspresi manifestasi “jiwa kemanusiaannya” di dalam Alam dan Manusianya.

Sesi perbincangan yang berlangsung di salah satu restoran mamak di Majid Jamek.

“Kebebasan” itu adalah “Hak Bersuara” yang dilindungi haknya sepertimana di dalam perlembagaan. Budaya Wacana Awam, telah berkembang pesat dinegara-negara maju dan membangun, dan di Malaysia Kuliah Buku @KuBu, mereka bukanlah yang pertama, dan sebelum ini telah ada medium platform diskusi, seperti sekolah pemikiran, buku jalanan, program wacana pemikiran yang dibuat ditempat tempat awam seperti taman riadah, ruang awam dibandar-bandar dan banyak lagi.

Selain daripada meraikan pendapat, wacana awam seperti Kuliah Buku @KuBu juga adalah suatu medium prasarana sokongan bagi mengalakkan “Industri Buku” di Malaysia. Interaksi Industri “Buku” tidak boleh dilihat dari segi perkaitan perekonomian antara penerbit, penulis, penjual dan penbaca buku, namun ia mestilah diraikan dari segi nilai karya atau nilai ideologi penulis itu sebagai iteraksi sosial. Bagi merealisasikan “interaksi sosial” ini, wacana awam atau “public discourse” perlu dijadikan budaya didalam negara kita malaysia.

→ Semangat dan Harapan: “Diaspora Budaya Kuliah Buku”

“Manusia datang dan pergi, pemain dan gelanggang silih berganti”, yang hendak diraikan sempena sambutan Ulangtahun Kuliah Buku @KuBu yang ke lapan bukanlah operator atau pengendalinya, namun yang diraikan adalah “budaya wacana awam” yang berjaya dijalankannya, dari segi wacana keilmuannya dan nilai arkib dokumentasi peristiwa yang berjaya disusun dan direkod.

Harapan dan Semangat “ruh perjuangan” Kuliah Buku @KuBu, akan terbit lagi banyak medium platform wacana awam “public discourse” di seluruh pelusuk negara Malaysia, tidak kira apa jua nama dan corak medium platform yang digunakan, Kami @KuBu, berharap dan mendoakan generasi rakyat Malaysia akan datang lebih progresif dan cakna terhadap “nilai ketamadunan” bangsa negaranya, dan sentiasa “Merdeka dan Bebas” di dalam menongkah arus perubahan dunia yang lebih mencabar dan kompleks.

Selamat Ulangtahun KuBu yang ke lapan, daripada kami warga kolektif Karyasama, semoga “Diaspora Budaya Kuliah Buku” terus bercambah dan mekar di setiap pelusuk negeri di dalam Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *