Skip to content
Laman Utama » Alir Cahaya

Alir Cahaya

SENI TERAPI

Bantuan rawatan tanpa ubatan, khususnya mental atau spiritual, juga sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, mambangunkan kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan dan menguruskan jati diri.

Dengan kaedah terapi ini, membantu individu fokus atau memberi tumpuan pada kerja seninya. Proses ini dengan perlahan-lahan akan membantu individu mengawal kecelaruan dalam diri. Dalam proses ini, akan dapat melihat sikap individu itu dan membantu doktor atau perawat menilai kecenderungan setiap individu.

SENI DEKORASI

Secara ringkasnya, masyarakat memahami seni dekorasi adalah sebuah seni yang mengikut citarasa dan kesesuaian suatu sudut, ruang atau seumpamanya untuk menghasilkan susunan, corak dan konsep yang mereka bayangkan. Arkitektur adalah bagaimana mahu mendirikan sebuah bangunan dengan pattern dan coraknya dan dekorasi adalah bagaimana mahu menghiasi ruangan bangunan yang ada. 

Seni Terapi

Oleh: Fadzlee Ahmad Terapi Seni “Art Therapy” adalah suatu displin kaedah“rehabilitasi & pemulihan” yang dibangunkan oleh kumpulan kolektif konstruktif, terdiri daripada pakar seni (kurator), pengiat… Read More »Seni Terapi