
TAYANGAN FILEM ANIMASI PENDEK “ANAK BAKAU TERAKHIR”, DAN SESI DIALOG BERSAMA SAUDARA RAYHAN AHMAD(BAROKA BLESSED) DAN SAUDARA EDDIE SALIM (ORANG ASLI KAUM SELETAR).
Johor Bahru 26hb Februari 2022, Pihak penganjur Panggung Punggok, dengan jayanya telah menjalankan program Tayangan Filem Animasi Pendek “Anak Bakau Terakhir”, dan Sesi Dialog bersama Saudara Rayhan Ahmad(BAROKA Blessed) dan Saudara Eddie Salim (Orang Asli Kaum Seleter) di Embrace Hall Cafe. Program ini adalah salah satu program pembukaan oleh organisasi Panggung Punggok setelah berehat panjang akibat kawalan pergerakan semasa pandemik Covid 19 yang lalu.
SESI DIALOG BERSAMA SAUDARA RAYHAN AHMAD(BAROKA BLESSED) DAN SAUDARA EDDIE SALIM (ORANG ASLI KAUM SELETER).

INISIATIF PROGRAM AWAL PENDIDIKAN BAROKA BLESSED DENGAN ANAK-ANAK ASLI SELETAR.
Di dalam budaya Komuniti Kemasyarakatan, secara literalnya mempunyai permasalahan tersendiri terhadap isu pendidikan, begitu juga dengan Kaum Asli Seletar di Johor Bahru, permasalahan sosio-budaya, logistik (pengangkutan dan perhubungan) dan kesedaran terhadap pentingnya pendidikan menjadi masalah teras bagi anak-anak Asli Kaum Seletar, walaupun ada usaha dan tindakan yang dijalankan oleh Pihak Kementerian Pendidikan , namun permasalah demografi dan awal psikologikal kanak-kanak dilihat tidak dapat menyelesaikan permasalahan sedia ada.
Sepertimana yang diberitahu oleh Saudara Rayhan Ahmad, pihak pengurusan Sekola Baroka – Tompok Budaya telah menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan awal kanak kanak bersama komuniti anak-anak Asli Kaum Sekitar dengan kerjasama penduduk kaum Asli Seletar, dinamakan sebagai projek Tanam Tumbuh.
Acara program yang dijalankan pada awal 2020, dengan menekan kurikulum asas 3M Membaca, Menulis dan Mengira, telah dijalankan dengan anak-anak Asli Kaum Seletar, namun ia terhenti akibat Pandemik Covid-19, di awal proses pembelajaran dan pendidikan, tenaga sukarelawan pengajar mengalami permasalahan komunikasi dengan anak-anak berikut, namun ia berjaya diatasi dengan memahami budaya setempat dan psikologi kanak-kanak asli Seletar tersebut.
Salah satu cara yang konseptual idea yang diketengahkan oleh pihak BAROKA Bressed adalah pembabitan anak-anak Asli Seletar didalam pembikinan filem Animasi pendek “Anak Bakau Terakhr”.
“Anak Bakau Terakhir” adalah suatu projek ilustrasi keadaan perseptif yang berlaku di atas penempatan Kaum Seletar secara literal, melalui persembahan inkapsulasi animasi yang berbentuk “futuristik” dan dekat dengan imiginasi kanak-kanak diharap ia dapat memberi semangat dan harapan kepada kanak-kanak asli Seletar untuk minat terhadap pendidikan. Filem animasi pendek “Anak Bakau Terakhir” akan dipersembahkan kepada komuniti orang Asli Seletar, dan ia akan dibawa ke platform pementasan tujuan komersial & pendidikan pada masa akan datang.
SIMBOLIK “ANAK BENIH BAKAU” UNTUK KAUM SELETAR OLEH SAUDARA EDDIE SALIM.
Pertama sekali En. Eddie Salim menegaskan kepentingan pendidikan adalah penting untuk komuniti Asli Seletar, luahannya ini adalah kekesalan daripada pengalaman beliau sendiri, ini disebabkan akibat transformasi tehadap demografi dan Alam Sekitar yang berlaku ditempatnya (penempatan Kaum Asli Seletar Johor Bahru).
Beliau tidak menolak kemajuan pembangunan dan teknologi secara keseluruhan, namun beliau terkilan kerana kurang arif dengan perundangan, hukum kanun tanah serta Hak Keistimewaan Orang Asal (asli) yang dilindungi oleh perlembagaan negara. Pada awal tahun 2008, beliau dibantu oleh seorang Profesor, didalam memperjuangkan hak penempatan dan eko sistem yang menjadi asas kepada sumber makanan dan perlindungan buat kaum Seletar.
Buat pengetahuan umum, penempatan orang Asli Kaum Seletar di Johor Bahru, adalah berstatuskan tanah rizab sungai dan pantai, bukan nya “Tanah Rizab Orang Asli Persekutuan” sepertimana yang telah di-gazet-kan pada mana penempatan orang asli lain di semenanjung Malaysia. Maka En. Eddie Salim bersama komuniti Kaum Seletar telah cuba mendapatkan status “Tanah Rizab Orang Asli Persekutuan”, daripada 8 penempatan orang asli Seletar sekitar Johor Bahru, empat telah berjaya di-gazet-kan sebagai “Tanah Rizab Orang Asli Persekutuan” dan baki empat lagi masih dalam usaha dan proses ke arah itu.
“BAKAU & KAUM SELETAR”
Bakau merupakan sesuatu yang “sakral” didalam tradisi kepercayaan dan ekosistem Kaum Seletar sebagai bangsa yang menempati laut, “Tanpa Bakau, Akan Tiada Beting, Tiada Bakau dan Beting maka tiada lagi ketam, kupang dan gamat, Maka Tiadalah penempatan Kaum Seletar kerana sumber makanan dan perlindungan sudah tiada lagi” ujar beliau. Mengenai filem animasi “Benih Bakau Akhir”, petikan kata-kata watak Bagong dan rakannya “Apa yang perlu kita buat dengan benih bakau terakhir ini?, semua pokok bakau yang ada telah musnah”. “takpe kita tanam semula” jawab rakannya, maka nilai epistemologi cerita secara konstrutif konseptual idea, filem animasi pendek “Benih Bakau Terakhir” merupakan subjetiviti kepada “suara hati” leluhur (benih), kepada anak bangsa Kaum Seletar, supaya ia kekal ada dan berjaya dalam “ke-survival-an” (perjuangan) meng-adaptasi perubahan masa dan zaman, tanpa menghilang benih(pusaka) budaya asal peninggalan leluhurnya.
Bagi pihak Media Karyasama, kami sentiasa menyokong dan ber-solidariti terhadap apa jua usaha murni pihak BAROKA Blessed (Tanam Tumbuh) dan seluruh komuniti Kaum Seletar Johor Bahru didalam memperjuangan Hak Tanah Adat (Penempatan) mereka, semoga berjaya segala objektifnya.
Disediakan oleh
Karyasama Johor Bahru
28hb Februari 2022.
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *