Oleh: Fadzlee Ahmad
“Ilusi ini adalah realiti kita, kita ada makhluk berilusi tanpa sebarang realiti. Tuhan adalah realiti, satu-satunya yang benar nyata. Kita menerima realiti yang ilusi ini sebagai dunia kita. Kita membangunkan kepercayaan, tentang realiti sendiri.” – Raden Mas Prabhu Gusti Agong Ki Asmoro Widjoyo
Pengenalan
Apakah realiti kehidupan? Ini adalah satu persoalan tentang ‘nilai’, iaitu sebuah ‘nilai abstrak’ yang menginginkan ‘nilai kepastian mutlak’ di atas proses kehidupan. Apakah intipati nilai hidup manusia itu? Bagaimana untuk menjawab persoalan ini? Atau bagaimana kita melihat persepsi mengenai konsep permasalahan terhadap persoalan di atas? Atau lebih tepat lagi adakah kita memiliki kefahaman yang menyeluruh tentang persoalan di atas?
Apakah realiti kehidupan ini? Adakah persoalan ini menyatakan “Falsafah yang Membumi” atau satu “Proses Transmilasi Kefahaman Revolusi Rohani”? Jika ia satu falsafah membumi, bagaimana pula perihal kehidupan selepas mati? Adakah ia realiti? Atau hanya suatu halusinasi dan delusi terhadap Kitab Duniawi? Atau fenomenologi ‘Keakuan’ yang bukan-jasmani? Maka di manakah realiti keberadaan ‘Aku’ yang pasti? Pada keberadaan keakuan Tubuhnya Fizikal atau di tubuh Meta-fizikalnya. Dan kepentingan pada kenyataan ini, adalah ‘tubuh’ sebagai kewujudan adanya ke-Akuan yang menyatakan ‘Ada’.
“Aku Ada, menyatakan Realiti Aku”, apa itu maksudnya ‘ada’? Apakah faktor yang memastikan sesuatu itu ada? Kerana kronologi fenomena seperti aku berfikir, aku bermimpi, aku merasa serta aku berjaga dalam tubuh fizikal aku; semuanya adalah fenomena yang membekaskan keberadaan keakuannya manusia, iaitu “aku ada”. Tetapi persoalannya, di manakah bekas atau bukti yang memastikan realiti keberadaan Aku? Ini adalah persoalan fundamental tentang kewujudan Aku, atau dualiti-alam Aku. Oleh demikian, di mana Aku pada dualiti-alam yang membezakan kedudukan realiti keberadaan Aku?
Maka ada baiknya kita mempersoalkan tentang hidupnya diri. Apakah itu Hidup, yang telah mengadakan Diri ini? Bagaimana kita menjawab persoalan berikut, Apakah Kepastian yang kita miliki tentang kewujudan Diri kita sendiri? Apa yang kita faham tentang Dualiti Ke-Akuan Diri, yang mewakili wilayah zahir dan batin akan manusia itu? Apakah fenomena keberadaan Ke-Akuan di dalam wilayah tersebut? Apakah Kefahaman di atas struktur dan formulator yang membentuk ke-akuan Dirimu serta (Hubungan dan Erti) yang mengikat akan adanya Keberadaan Ke-Akuan-mu itu? Kesempurnaan “konsep pengetahuan” tentang Aku-mu adalah penting, supaya nilai akhir itu, akan membawa kepada suatu nilai kepastian yang menyeluruh.
Wacana Ilmu dalam mendapat Kefahaman Mengenai Realiti Keberadaan Diri
Ilmu itu tiada, Ilmu adalah kebolehan membezakan antara itu dan ini. Hasil daripada proses membeza-bezakan ini, apa yang bakal kita raih selepas itu adalah kefahaman, yang akhirnya membentuk pengetahuan yang dipanggil ilmu (mengikut terma perbendaharaan sekarang). Iaitu suatu nilai kefahaman terhadap perbezaan dan pengkamilan sesuatu perkara. Faham itu bukanlah Tahu, dan Tahu itu bukanlah Faham. Maka sekali lagi ingin ditegaskan: Ilmu itu Tiada, yang ada hanyalah Kuasa Memahami akan sesuatu.
Ke-Akuan Dirimu itu, apakah nilai sifat-sifatnya? Aku itu adalah satu bentuk kesedaran, yang dipanggil unit phenomenogram. Ia adalah satu kesedaran yang menyedari/terjaga (Aware) tentang sesuatu fenomenologi itu. Menyedari akan sesuatu fenomena adalah sifat daripada Nilai Kuasa Memahami (Kefahaman). Kefahaman adalah keadaan memahami fungsi (principle and variable), sesuatu perkara itu, mengikut parameter (true and logic sequence) dan kuasa kefahaman pula adalah (Power of Reasoning) [Logic is not true, true is not logic, when it’s logic then logic is true]. Tingkatan kefahaman suatu unit phenomenogram adalah berbeza-beza mengikut tingkatan kesedaran dan sistem intelligent minda seseorang itu (Mind Functioning).
“Aku berfikir, maka aku ada.”
Apakah nilai kefahaman kita terhadap syntax atau diktum di atas? Apakah maksud sebenar terma bagi perbendaharaan berfikir atau fikir itu sendiri? Apakah ‘fikir’ pada nilai parameter kelakuan fungsi otak (Lower Order) dan Nilai parameter kelakuan fungsi minda (Higher Order)? Berfikir pada keberadaan proses otak (lower order), adalah proses kognitif yang menghimpunkan data informasi, yang berfungsi sebagai peng-katalog-an data, iaitu pengdaftaran informasi di dalam simpanan memori otak (Proses Programmable Read Data Memory (PROM)). Manakala daftar kata “Berfikir” bagi fungsi minda (Mind Functioning), adalah proses interaksi antara data yang tersimpan dalam memori otak dengan aturan fenomenologi (order of phenomenology), iaitu fungsi minda di dalam memahami proses emanisasi/penciptaan/pentajalian alam di dalam peristiwa manifestasi kehidupan. Iaitu manifestasi akan Ke-Akuan Dirinya, pada keberadaan yang berperingkat, daripada Keberadaan Ke-Akuan Aku Tanpa Tubuh “Entiti Psikologi” menuju keberadaan “Alam Mental”. seterusnya kepada Keberadaan Ke-Akuan Aku Bertubuh iaitu “Identiti Fizikal”, dan terakhir sekali kepada keberadaan “Realiti Fizikal” di mana dua keberadaan ini direflek atau dipantulkan pada layar minda (Mindscape).
Persoalannya di manakah realiti kepastian ke Akuan? Aku dilanskap minda “Aku berfikir”, atau Aku di Alam Mental “Aku Perasaan”, atau Aku di fizikal kebendaan “Aku Tubuh”? Di manakah Ke-Akuan sebenar Aku yang menjadi penentu kepada kualiti keadaan dan keberadaan fungsi Ke-Akuan? Ini adalah suatu Argumentasi Juxtaposition.
Konsep Mengenal Diri atau “The Theoretical of Personality”, adalah suatu konsep kefahaman yang dapat membantu kita untuk mencari kepastian Realiti Diri seterusnya memaknai Apakah itu realiti kehidupan. Apakah yang dikatakan realiti yang pasti? Atau ia hanyalah satu trans-Ilusi realiti? Maka melalui Ilmu (Kefahaman yang menyeluruh dan konkrit) dapat dijadikan kayu ukur parameter yang menghubung antara trans-dimensi keberadaan Ke-Akuan diri yang bersifat kolektif.
Paradox Phenomenology (Dasein vs Denken)
Delusi Aliran Trans-Dimensi dalam struktur berfikir atau topologi di dalam berfikir. Was Heisst Denken? Apakah itu berfikir dan apa itu berfikir tentang fikiran? Adakah kita berfikir, atau akal yang berfikir? Persoalan jika kita berfikir adakah kita sedar akan fungsi Akal? Iaitu apa itu fikir dan apa itu berfikir? Seperti diktum “The Mind is The Phenomenogram”, Akal (The Mind) adalah produk kepada kesedaran (The Consciousness), yang berfungsi sebagai reseptor yang menerima data-data ketika manifestasi suatu kesedaran berlaku.
Akal/Mind berfungsi di atas dua principle (logic dan true), yang digunakan untuk mengasimilasi (replicate and retrieval) fungsi-fungsi di dalam phenomenologi. (Manifesting of Order), Melihat daripada argumentasi ini, diktum “Aku Berfikir, Maka Aku Ada.” tidaklah boleh digunapakai nilainya bagi menentukan Realiti Keberadaan Ke-Akuan yang bernama “Aku Manusia”. Kerana keberadaan keakuannya “Aku Manusia” itu tidaklah berfikir pada nilai sebenar sifat ‘fikir’ itu sendiri, manusia hanya menjalankan proses pemindahan dan pertukaran informasi di dalam model fungsi kognitif, dan proses ini dinamakan ‘berfikir’ mengikut perbendaharaan kamus kata manusia.
Nilai sifat “Aku berfikir” tidak sama nilainya sifat “Aku rasa berfikir”, kerana interpretasi hubungan dan nilai antara objek dengan subjek itu akan membawa kepada kualiti yang berbeza. Untuk menginterpretasi hubungan dan nilai antara objek dan subjek ini, adalah melalui pengstrukturan formulasi yang seperti berikut:-
“Aku Pemikir” sebagai Subjek dan “X” sebagai objek spekulatif, maka hubungan notasi antara objek dan subjek di dalam “Aku Berfikir” adalah komunikasi dua hala, iaitu lengkap satu kitaran hermeneutika (kefahaman yang menyeluruh). Tiada Lagi hubungan Objek dan Subjek, hanya satu set manifestasi. Berbeza dengan fenomema Aku Rasa Berfikir (Sense Perception), notasi hubungan antara objek dan subjek adalah satu hala, iaitu satu tindak balas kognitif fungsi otak terhadap objek itu. Maka kefahaman (Nilai Atribut/sifat) terhadap objek yang difikirkan hanyalah suatu konsep kefahaman yang telah diformulakan, bukanlah kefahaman yang menyeluruh tentang objek itu. [Faktor Apa dan Ke-apaan = Object of Consciousness].
Membentangkan argumentasi akan “Siapa yang Sedar?” dan “Siapa yang Menyedari (Aware) tentang adanya kesedaran itu?” Ini adalah suatu permasalahan horizontal dan interpretasi akan suatu fenomena, keberadaan ini adalah suatu fenomena minda (Phenomenology of Mind), yang bersifat dwimuka (twofold), dua keberadaan kesedaran yang mewakili dua principle order phenomenology iaitu (1) Manifesting Principle, dan (2) Non-Manifesting Principle. Untuk memahami dua prinsip hukum fenomenologi, haruslah seseorang itu memahami daftar kata “Dasein”, ”being there” atau dipanggil suatu kewujudan, Dasein adalah suatu kesedaran Mutlak (Oneness), yang dikeluarkan semasa proses emanisasi/pentajalian Keberadaan Kesedaran Mutlak (Absolute). Di mana realiti keberadaan adanya Dasein, terletak pada Alam Makro dan Alam Mikro-nya.
“Self and world are not two beings, like subject and object, or like I and thou, but self and world are the basic determination of the asein itself” (Being and Time 1982, 278).
Maka, yang Menyedari keberadaan kesedaran itu adalah Higher Mind/Akal-Al-Ruhi.
Untuk menyelesaikan masalah paradox di dalam Phenomenology of The Mind, adalah dengan memahami sistem pemikiran (The Intelligent System). Pada dasarnya, kemampuan keberadaan Akunya manusia itu pada fasa unit Entiti Psikologi adalah berfungsi mengunakan prinsip sistem binari (Binary System) iaitu betul atau salah, ya atau tidak, itu atau ini, nak atau tak nak. iaitu dualiti akan keberadaan yang menunggal sahaja. Manakala “Higher Mind” yang mengunakan sistem trinari (Trinary System) adalah sebuah fungsi minda yang memiliki kemampuan lebih tinggi. Dengan menggunakan parameter (logic and true) untuk membenarkan aturan kesamaan dalam ketidaksamaan dan ketidaksamaan yang menyamai, di dalam keberadaan persamaan yang menyamai. Permasalahan Paradox Minda ini timbul kerana tiada kefahaman terhadap sistem pemikiran yang lebih tinggi, ini kerana Aliran Kefahaman adalah berkadaran terus dengan aliran pemikiran dan aliran kepercayaan. [Aliran Pemikiran x Aliran Kercayaan].
Kegagalan dalam memahami sistem ini akan membawa kepada Halusinasi dan Delusinasi Kerasaan kerana tiada kaedah yang betul di dalam interpretasi dan penetrasi fenomena tersebut. Faktor Kerasaan (Sense Perception) yang tidak berjaya difahami, akan menyebabkan ketidakpastian realiti terhadap pengalaman Keakuan. Kerana Rasa Betul, Bukanlah Kepastian akan Betul, dan Nilai Atribut Betul bukanlah Nilai Mutlak iaitu Nilai Suatu Kebenaran.
Realiti? Dua Keberadaan Ke-Akuan – Dualiti Aku
Jaga dan Tidur adalah suatu keilmuan bagi mengetahui keadaan dan Keberadaan, serta proses kelakuan kebezaran kesedaran. Jaga dan Tidur juga adalah satu kelakuan Paradigma Trans-Ilusi Realiti, iaitu di mana letaknya Realiti Keberadaan Ke-Akuan Aku. Bagaimana kita menerangkan fenomena anjakan paradigma dari Keberadaan Ke-Akuan Fizikal (Tubuh Kasar) kepada keberadaan Ke-Akuan Entiti Psikologi (Kesedaran Psyche Realm). Mengapa bila bentuk kesedaran Ke-Akuan berpindah ke alam kesedaran Psyche Realm, seperti mimpi akan lupa tentang bentuk kesedaran Alam kesedaran fizikal? Dan mengapa bila Bentuk kesedaran ke-Akuan itu berpindah semula kepada jagad keberadaan fizikal, pengalaman di Alam Kesedaran Psyche Realm boleh diingat akan pengalamannya.
The Interpretation of Dream (Jaga dan Tidur)
Adakah aku bermimpi? Atau Aku hanya melihat projektri fenomena Alam Kesedaran Psyche Realm (Alam Mimpi)? Sekiranya Aku bermimpi, adakah Aku mengawal akan Keadaan Ke-Akuan Aku? Interpretasi secara umum bagi membincangkan Alam Kesedaran Mimpi (Psyche Realm), ialah memahami terma “Dua objek, gambarnya Satu” iaitu dengan memahami konsep fenomena ketika berdepan di hadapan cermin, (1) Ke-Akuan-mu yang melihat cermin, (2) Ke-Akuan-mu iaitu imej yang ternyata di dalam cermin. Semasa anda melihat Diri anda di hadapan cermin, di manakah keadaan keberadaan Ke-Akuan kamu, Adakah di Alam fizikal iaitu Tubuh Fizikal yang melihat Cermin atau Imej yang terpancar di hadapan cermin?
Fahamkan terlebih dahulu konsep “Dua objek, gambarnya Satu”, Konseptual Idea bagi konsep ini adalah menyedari bahawa kesedaran yang berpindah-pindah, dan ia bukanlah Ke-Akuan fizikal kamu, kerana kita telah bersetuju di dalam argumentasi yang terdahulu di mana keadaan keberadaan Ke-Akuan Aku boleh ada di tataran kesedaran yang berbeza (plain of operation); sama ada di landskap minda, atau di tataran emosional (psyche realm), atau di alam fizikal (physical plain). Maka memahami fenomena ini adalah satu keberadaan nilai horizontal dalam bentuk tingkatan kesedaran Ke-Akuan.
Formulasi terhadap konseptual ini adalah dengan memahami nilai horizontal di dalam Godel Space Theorem iaitu 2 prinsip proses manifestasi ke-Akuan, (1) [Open Timelike Curvature = Manifesting Principle] dan (2) [Close Timelike Curvature = Non Manifesting Principle]. Atau Manusia itu adalah kesinambungan di atas dua aspek iaitu Zahir dan Batin.
[Juxtaposition between form and matter] Di Manakah Realiti Keberadaan Aku?
[Husserlian Categorical Intuition] “Di manakah Aku Berada? Di mana Tubuh, Disitulah Aku.”, Maka apakah nilai bagi sifat kewujudan Aku? Adakah ‘Aku’ ini sebuah kesedaran asing yang tiada kena mengena dengan tubuh, yang mana tubuh ini hanyalah satu kenderaan untuk ‘Aku’? Atau ‘Aku’ ini tercipta akibat dari adanya tubuh yang bersifat material? Bagaimana kita menjawab persoalan ini? Aku itu adalah Bentuk Kesedaran, dan bukanlah Nilai Atributasi Bentuk Aku, Aku itu asalnya Tidak Berbentuk tetapi ia mengambil bentuk, “Ibarat Air mengambil bentuk cawan”, Cawan itu bukanlah Air, tetapi cawan itu adalah bentuk air. Fahamkan kronologi ini dan asimilasikan ia kedalam kefahaman Tentang Ke-Akuan dan dapatkanlah hubungan dan erti antara bentuk “Aku” dan Tubuh “Aku” supaya nilai kefahaman yang menyeluruh dapat ditemukan.
Secara umumnya manusia lebih mudah memahami sesuatu yang bersifat material saja. Namun, kesempurnaan kesedaran sebagai seorang ‘manusia’ terletak pada kesempurnaan ilmu pengetahuannya tentang perihal yang zahir dan batin. Jika hal ini masih belum difahami, maka bagaimana seorang manusia mampu mengetahui realiti kehidupannya secara pasti? Sedangkan kesempurnaan tentang pengenalan Dirinya tiada satu pun yang bersifat menyeluruh.
“If a man think the fulfilment of nominal meanings clear enough, we shall ask him how we are to understand the fulfilment of total statements, especially as regards that side of that stretches beyond their “matter,” in this case beyond their nominal terms.” (Husserl 2001 v2.271).
[Theological Return, Kehre] Asal kejadian manusia adalah ciptaan daripada Dzat Yang Mutlak, tiada kepastian dan kebenaran yang pasti tentang realiti kehidupannya. Untuk menyangka perjalanan Diri yang melalui proses hidup dan mati itu adalah satu “Realiti Mutlak” yang membuktikan kewujudan Akunya manusia (di dalam kontek identiti Ego), adalah satu Ilusi yang pasti. Nilai kepada sifat Ilusi ini adalah “Jahil akan Tuhannya”, dengan menyangka bahawa Dirinya adalah “ Sebuah Kepastian Realiti”.
Kesimpulan
Ketahuilah bahawa Ke-Akuan Diri-nya manusia itu, adalah ibarat “fatamorgana di padang pasir”, hanya mereka yang tidak mahu menyemak fenomena kesan sinaran panas terik matahari terhadap padang pasir itu, akan percaya bahawa keberadaan “Tautan Imej Air” yang dilihat adalah Realiti, walhal ia hanyalah sebuah ilusi daripada pandangan majazi seorang manusia.
“Pelajari, Kupas dan Bentang.”
Kumpulan Nota Pembelajaran dan Perbincangan.